Friday, 7 October 2016

ONLINE COACHING CLASS BERSAMA BUSINESS GROUP SUPPORT : TIPS BLOGGING

Assalamualaikum dan salam jumaat yang penuh barakhah.

Saya doakan semoga semua pembaca blog sakinahms.blogspot.my sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan berbahagia selalu di samping keluarga tercinta.

Kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.

Semalam saya bersama team bisnes MFMS telah bersama-sama dengan Mentor kami (Master Firdaus) mengikuti satu sessi kelas coaching Tips Blogging di Telegram group.

So, pagi ni saya nak share dengan anda Tips Blogging tersebut.

TIPS BUSINESS : 4 TIPS BLOGGING

Tips business ini sangat bagus untuk newbie yang baru berjinak-jinak memulakan perniagaan online dan ingin ada blog sendiri. Tapi, tidak tahu cara cam mana nak mulakan.

Nak ke nak saya share Tips Blogging nie? Mesti ramai yang nak tahu kan.

Ok. Ada Empat Tips Blogging yang dikongsikan.

1. Blogging vs Facebooking

First, saya nak anda semua faham dan tahu, jika anda ingin berniaga? Blog adalah platform yang terbaik untuk jangka masa panjang berbeza dengan sosial media seperti Facebook, Instagram, Twitter, dan sebagainya.

Dan apa yang saya perhatikan kebanyakkan antara peniaga online yang baru nak berniaga, mereka menggunakan Facebook sebagai kedai online mereka (termasuk saya suatu masa dahulu).

FYI, facebook ni umpama seperti kedai sewa. Tetapi, blog ia adalah aset kita, kedai kita yang evergreen. (Ni, saya fokus kepada blogspot ye. Nanti, advance sangat pening kepala).

Kenapa saya cakap evergreen?

Sebab, posting kita 10 tahun lepas masih boleh dilihat dan dicari dengan mudah di enjin carian google. Manakala, Facebook mustahil untuk seseorang scrolldown wall kita yang 10 tahun lepas mencari maklumat. Itu pun, saya tak pasti ia masih wujud atau sebaliknya.

Anda faham?

Ok, saya rasa ramai dah tak sabar nak tahu apa Tips Blogging yang seterusnya kan.

2. Pemilihan nama blog

Pastikan nama yang nak dipilih simple, mudah nak diingati.

Saya masih ingat lagi Dr. Azizan Osman Pernah share tips memilih nama company, produk atau website. Anda boleh baca di sini (Tips Business : Memilih nama company, produk & website).

3. Tips meningkatkan Search Engine Optimization (SEO). Yang ni, best dan sangat menarik.

Kita kena kenalpasti apa keywords yang nak digunakan dalam setiap posting bakal kita tulis.

Dari keywords itu, ia boleh buatkan blog kita berada di front page google if kena caranya taw.

Then, pastikan kita consistent menulis di blog (kedai kita).

Kalau di facebook kita boleh update 5 kali sehari, di blog pun pastikan kita mampu untuk kekalkan momentum tersebut.

Tulis sekurang-kurangnya, 3 kali seminggu. Nak lagi power, tulis setiap hari.

4. Task dari mentor.

Kemudian di akhir kelas, Master Firdaus berikan satu task untuk kajian kami, belajar dan faham.

Siapa yang siap tugasan, akan dapat Bonus Advance Blog Marketing pulak.

Amacam?

Best ke best :-)

Alhamdulillah seronok berada dalam team MFMS nie. Sebab sentiasa dilimpahi dengan ilmu-ilmu dan tips business. Dan yang penting ianya online. Tiada alasan untuk kita menciptakan halangan.

Pesan Master lagi, blog ni sangat powerful. Kita kena bersabar dan ia menuntut kerajinan yang tinggi.

Jika hari ni, kita bekerja mampu keluar rumah seawal pagi setiap hari tanpa alasan.

Jika hari ni, kita mampu luangkan masa menonton movie/drama bersiri setiap hari tanpa miss.

Jika hari ni, kita mampu solat 5 waktu kerana kita tahu ia adalah suatu kewajipan.

Kenapa tidak hari ni, kita luangkan masa 1 hingga 2 jam untuk menulis di blog seminggu atau setiap hari demi perniagaan kita sendiri.

InsyaAllah, saya yakin. Mesti dan pasti kita semua boleh.

Blog ni umpama seperti sepohon pokok yang rendang berbuah lebat, bila tiba masa dan saat ketika baru kita dapat menuai hasilnya.

Untuk permulaan kita kena baja dia, siram dia, belai dia, tengok dia, sihat ke, sakit ke, layu ke.. Sehingga lah berputik dan berbunga mengeluarkan buah.

Ok.

Kita kena yakin dan percaya.

Tak percaya tak pe, buat je.

Sekian dulu Tips Business : Tips Blogging untuk hari ini.

Saya doakan anda kaya dan bahagia dan berjaya dunia akhirat.

Wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.


"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Miss Sakinah
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment