Thursday, 26 March 2020

DAY 9 PKP : IMMUNE BOOSTER VITAMIN C TERBAIK

Alhamdulillah hari ni, dah masuk hari ke sembilan kita semua #StayAtHome sejak Malaysia mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) di seluruh negara.

Terima kasih kepada anda dan jugak frontliners kita semua yang berusaha kuat untuk memastikan Malaysia bebas Covid..

Namun kes Covid 19 semakin meningkat setiap hari tetapi syukur Alhamdulillah, peningkatannya adalah mendatar dan semakin ramai juga yang sembuh dan sihat sepenuhnya dari virus berstatus pandemik ini. Tak kurang juga setiap hari ada kes kematian. Ini yang kita semua tidak mahu. Walau ajal maut itu sudah tertulis di Luh Mahfuz. Kita tetap kena ikhtiar untuk jaga kesihatan diri dengan tingkatkan Immune sistem badan seluruh ahli keluarga bersama.

Wednesday, 25 March 2020

COVID 19 : 3 NASIHAT BEKAS PESAKIT POSITIVE VIRUS COVID YANG TELAH SEMBUH

Hari ni dah masuk hari ke lapan kita semua akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan. Tahniah kerana anda semua telah menyokong dan menyahut seruan kerajaan #StayAtHome untuk kebaikan bersama.

Alhamdulillah, keadaan sudah mula terkawal. Namun kes positive Covid 19 masih ada peningkatan dan setiap hari ada kematian di Malaysia kerana Virus Covid19. Dan syukur Alhamdulillah ramai jugak pesakit yang telah sihat dan sembuh daripada ujian ini.

Tuesday, 24 March 2020

COVID 19 : ADAKAH SELAMAT PRODUK SHAKLEE UNTUK TINGKATKAN IMMUNE SISTEM

Sekarang kita memang dinasihatkan supaya jaga Immune sistem kita. Tingkatkan Immune untuk kekuatan badan. Sekiranya dijangkiti Covid 19, Immune kita bersiap siaga melawan virus tersebut.

Tetapi, kalau makan pun tak jaga atau tak dapat nak jaga sebab faktor risau bekalan stock seperti buah dan sayur menjadi agen jangkitan di musim virus bermutasi tanpa sempadan ini.

Cara terbaik adalah duduk diam-diam di rumah dan berikan suplemen tambahan kepada sel badan kita. Kalau duduk diam, tak bergerak aktif pun boleh memudaratkan diri kita jugak. Serba tak kena jadinya, kan.

COVID 19 : DAY 7 KUARANTIN DI RUMAH, JANA INCOME MELALUI YOUTUBE ATAU SOSIAL MEDIA

Hari ni dah #day7 #StayAtHome

Mommies semua macam mana?

Saya ada cadangan, untuk mommies atau mereka yang bujang. Bagi mengelakkan daripada bertumpu kepada perkara yang negative, stress anda boleh guna sosial media untuk buat duit.

Kalau anda suka buat video, masa ni lah boleh create your own channel di Youtube. Share perkara yang memberi manfaat kepada orang ramai.

Jangan korang tak tahu, ramai dah orang jana income melalui Youtube sahaja. Kalau korang tak mahu guna Youtube, saya boleh ajarkan cara lain. Nak tahu kena lah wasap personal.

Monday, 23 March 2020

COVID 19 : HARI KE ENAM PERINTAH KAWALAN PERGERAKKAN

Salam subuh, rindu bertandang.

Di saat ini masih diberi nikmat mendengar kicauan burung di luar rumah. Alhamdulillah, tenang dan bahagia.

Mungkin mereka sedang berzikir kepada Tuhan Seluruh Alam, Pemilik Kerajaan Langit dan Bumi.

Mungkin juga anak-anaknya sedang kelaparan mengejutkan ibunda untuk keluar mencari rezeki. Indah dan bahagianya mereka di singgahsana, di atas pokok. Bebas berbicara dalam bahasanya.

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Bagaimana nasib rakan-rakan dan saudara-mara kita yang terbatas pergerakkan di saat ini kerana Covid19? Hilang punca pendapatan. Pasti ramai terkesan, saya pun turut terkesan.

Sunday, 22 March 2020

COVID 19 : PERINTAH KAWALAN PERGERAKKAN (PKP) HARI KE LIMA

Masa saya menaip ni dah jam 10 pagi, Day 5 Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) atau saya lebih suka lagi kita sebut #StayAtHome.

Dulu zaman bujang kalau hari cuti membuta sampai ke tengah hari. Bangun subuh, pastu sambung tidur balik. Tengah hari baru bangkit mencari-cari makan, settle kan kerja yang pending, kadang tak tahu nak buat apa, start enjin kereta meronda-ronda ambil angin atau berjalan-jalan pusing tasik, jogging ke pantai bila balik ke rumah di Beserah.

Friday, 13 March 2020

DIARI AZZAHRA : APA MOMMIES BUAT KALAU TELINGA ANAK MASUK KUTU BABI HISAP DARAH

Hai, mommies semua.

Dalam saya duk berjaga-jaga dan risaukan Covid-19, semalam dapat setepek si kutu ni masuk telinga Azzahra. Punca tak dapat dikenal pasti.

Cuma yang pasti dalam tempoh 2 ke 3 hari ni :

✔️Kitorang pernah ke taman, foodcourt, bengkel kereta, rumah tok wan Zahra, 
✔️Kitorang pernah ke rumah mak sedara Zahra
✔️Zahra selalu main kat luar rumah bila waktu petang. Di kejiranan kami ada kucing berkeliaran. Zahra suka sapa kucing kalau datang kepada dia. Saya dah halang, tak bagi main. Dia sempat lah sentuh kucing tu sekejap. Takkan sebab kucing. Dia tak peluk pun. 

Thursday, 12 March 2020

PERBEZAAN MAKAN VITAMIN SHAKLEE SELEPAS 9 TAHUN

REVERSE AGING - 20 Year Challenge

Ini Kak Maria. Saya kenal beliau Ogos 2014 thru blog. Dan seingat saya, kami berjumpa buat pertama kali tahun 2015. Saya pernah 2 kali bermalam di rumah ibunya di Keramat.

First time bermalam sebab pergi IMKK sekali dengan Ibu dan Ayahnya. Masa tu Kak Maria di Perak.

Sehingga lah kami berjumpa untuk kunjungan saya kali kedua ke Keramat bagi tujuan Projek The Walking Beauty (TWB). Masa berjumpa beliau, memang dah cantik sebab dah amalkan Shaklee since tahun 2012.

Tuesday, 10 March 2020

DIARI AZZAHRA : RAWATAN TEMU JANJI AUDIOLOGI KALI PERTAMA

Alhamdulillah, settle urusan setengah hari di sini hari ini. Ikutkan saya memang tak suka ke hospital, nak nak musim Covid-19 ni.

Tapi, demi Azzahra, kita happy dan enjoy berdua. Ayah Azzahra pulak settle beberapa urusan di tempat lain.

Untuk ke bahagian Audio kami tak naik lift, kami naik tangga sebab orang jarang guna tangga. Namun saya tetap berjaga-jaga. Elakkan dari memegang tepi tangga, nak bukak pintu pun saya berlapik, kalau boleh guna kaki atau badan, saya guna kaki. Paranoid betul hati seorang ibu.

Monday, 9 March 2020

DIARI AZZAHRA : CERAI SUSU SELEPAS 30 BULAN BUKANNYA MUDAH

Alhamdulillah. Setelah 30 bulan 4 hari, Allah beri kekuatan kepada Ibu untuk Wean Off Azzahra. Sebelum ni dah cuba, tapi mungkin tak bersungguh-sungguh. Ibu tak kuat.

This time, Ibu pasti boleh💪💪💪

Sebenarnya dari start 24 bulan (2 tahun) lagi, dah niat nak cerai susu. Bila jumpa ayat Al-Quran berkata susukan sampai 30 bulan, ibu sabarkan dan fight for it.

Friday, 6 March 2020

ANDA SELALU TRAVEL? JOM ! BACA PESANAN PENTING INI JIKA TIDAK MAHU SAKIT

Menurut Pakar Nutrisi kami, Puan Sarah :

Sesiapa yang selalu/ kerap kali travel ke luar negara atau outstation dari satu tempat ke satu tempat yang lain perlukan extra dose Vitamin C sebab badan kita sentiasa letih, tidak cukup rehat yang berkualiti dan mudah terdedah dengan kuman dan juga virus yang kita sendiri tidak nampak di sekeliling.

Sebab itu juga, Kementerian Kesihatan menasihatkan sesiapa yang pulang dari luar negara supaya memantau tahap kesihatan masing-masing ekori Virus Covic-19.

INSAF : KELAWAR MENJADI PUNCA PENEMUAN NOVEL CORONAVIRUS

Bismillahirahmanirahim.

Hari ini saya ingin berkongsi beberapa penemuan dan ikhtibar kepada kita semua berkaitan Novel CoronaVirus yang telah meragut ramai nyawa manusia di seluruh dunia terutamanya di China.

Novel CoronaVirus atau sekarang lebih dikenali sebagai Covid-19 dikatakan berasal dari sebuah daerah di negara China iaitu Wuhan pada Disember 2019.

Dan puncanya adalah dari pemakanan haiwan yang telah diharamkan dalam Islam seperti kelawar, tikus, katak dan macam-macam lagi sumber makanan eksotik yang telah dijual di sana. Makanan ini dijual dengan mudah secara langsung.

Thursday, 5 March 2020

4 CARA BAGAIMANA ATASI MASALAH PERUT BUNCIT?

Assalamualaikum semua.

Ok pagi ni, saya nak berkongsi dengan anda semua bagaimana caranya untuk mengatasi masalah PERUT BUNCIT?

Masalah PERUT BUNCIT ini terlalu banyak berlaku di kalangan wanita dan lelaki berusia 30-an dan ke atas. Kenapa?

Suka saya highlight kan kat sini, setiap masalah pasti anda puncanya. So, untuk atasi masalah PERUT BUNCIT kita kena kenal pasti terlebih dahulu apa amalan kita yang sebabkan perut anda menjadi buncit. Perut yang buncit bukan berlaku secara tiba-tiba, right.

It's take time to process your tummy looks like preggy mom.

Sunday, 1 March 2020

KENAPA WANITA 63 TAHUN AMBIL VITAMIN SHAKLEE?

Assalamualaikum, salam hujung minggu. Hujung minggu ahad ni, korang buat apa?

Kinah hari ni, spend time bersama family kecil kami. Pastu, pergi COD Vitamin C kepada customer kat Galing, Kuantan tadi.

Pi COD Vitamin C kat Galing, Kuantan tadi.

Sempat dia pose sekeping dua sementara tunggu tuan rumah hidang minuman😍

Bagus cust. ni. Walau usia dah 63 tahun tapi tetap amalkan pengambilan suplemen untuk kesihatan dirinya.