Saturday 5 January 2019

DAPUR SAKINAH - SAMBAL TEMPE IN THE MAKING

Sambal Tempe sedia dimasak. Jom ! tengok resepi.
Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu.

Tengah hari ni, Kinah terlebih rajin pulak.

Rasa nak masak Sambal Tempe. So, kita masuk dapur dan masak.

Bahan-bahannya sangat simple dan mudah. Cuma menuntut kerajinan dan sedikit ketekunan Working-At-Home-Mom (WAHM) macam Kinah nie.


Masa penyediaan lebih kurang 15 minit ke setengah jam sahaja.

Actually resepi Tempe ni Kinah olah sendiri selepas makan sambal tempe member Kinah beberapa tahun lepas (Tahun 2011). Itu first time Kinah, makan.

Mula-mula pandang sepi je. Sebab nampak kepingan bawang putih goreng dalam sambal.

Hurmm.. Kinah mana makan bawang putih. Dedulu-dulu ye lah (masa kecil). Lepas ada orang cakap ketiak kita akan berbau busuk disebabkan makan bawang goreng, terus stop sampai hari ni.

Cuma makan bila perlu sahaja.

Ok, berbalik semula citer pasal sambal tempe yang kawan Kinah bawak tu (Kawan Kinah wat kudapan raya).

Korang tahu?

Lepas Kinah rasa sekali, fuh! sedap tak terkata. Sampai habis kitorang hadap makan tempe tue sebalang. Hehehe.

So, now ! kalau rasa rindu nak makan sambal tempe Kinah masak je lah.

Nak tunggu kawan Kinah tu tak tahu bila lah dapat berjumpa semula kan. Sekarang pun dia dah kahwin. Dah ada life memasing.

Dia menetap di Johor follow husband. Anak pun dah dua.

Nasib baik lah bahan-bahan dan cara penyediaannya sangat mudah.

Jom ! layan Sambal Tempe in the making :

Tempe dipotong kiub.
Bawang putih digoreng hingga rangup.

Ikan bilis digoreng garing.

Kacang tanah digoreng garing (Api jangan terlalu besar, nanti kacang hangit dan tak masak).

Tempe digoreng garing keemasan.

Tumis bawang merah (Berapa biji? Ikut suka hati korang. Kinah guna 4 biji yang besar) bersama cili kering (Ikut suka hati dan tahap kepedasan cili korang).

Sambal dah siap. Tadi semasa proses menyambal, Kinah letak gula 3 sudu dan secukup rasa (Maggie).

Ok, bahan-bahan kat atas tadi semuanya dipotong dan digoreng garing.

Sambal digoreng hingga masak. Bila dah masak, Kinah biarkan sejuk dahulu.

Bila dah yakin sejuk, baru lah Kinah menggaul kesemua bahan gorengan tadi.

Ingat ye ! Tiada masalah nak gaul terus semasa sambal panas. Cuma, nanti ikan bilis dan kacang tak rangup.

Siap untuk dihidang. Kalau masak banyak, pastikan simpan dalam bekas kedap udara untuk memastikan ia kekal rangup untuk dimakan.

So, selamat mencuba resepi mudah dari Dapur Sakinah.

Haa ! Korang nak Shaklee boleh contact Kinah taw : 019-916 4276. Alang-alang nak share promo Shaklee bulan ni (Refer Poster).


Wasap Kinah 019-916 4276 untuk harga yang lebih rendah dah berbaloi-baloi.
ESP Twin Pack bernilai kurang dari RM306.80. Sah sehingga 31 Januari 2019.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

No comments:

Post a Comment