Friday 31 May 2019

9 TIPS PULANG BERAYA KE KAMPUNG HALAMAN DENGAN GEMBIRA DAN SELAMAT

Assalamualaikum, hai korang.

Korang buat apa tue? Ada yang tengah siap-siap nak balik kampung ke?

Ni, Kinah nak pesan.

Biasa wanita banyak benda dalam kepala duk merangka sepanjang perjalanan balik hingga kembali semula ke rumah.

Songkok suami, butang baju melayu suami, anak-anak lelaki, kerongsang anak perempuan dan sendiri punyer. Baju raya, baju kat dapur, baju nak pi beraya, baju itu baju ini. Baju anak-anak yang kecik. Dah main-main, jap lagi kotor, basah berpeluh.

Duit raya, kuih raya, make up raya, skincare raya, vitamin raya, toiletries raya, semua nak kena angkut sekali. Tak boleh miss. Kalau miss salah satu, haru-biru jadinya. Sebab tu penting kita orang pompuan kena ada B Complex dalam handbag.

Pesan Kinah, 1) relax mommies semua. Sila buat 2) Checklist barang nak bawak balik sebelum mengemas. Dan pastikan checklist tu akan diguna pakai semasa mengemas kat kampung nanti (supaya tak tertinggal barang kat rumah parents).

Bukan apa, sat lagi tertinggal songkok lah. Dah habis raya, songkok main letak je kat mana. Anak pulak ambil buat main golek-golek😂

Cara paling mudah, save kat App Notes dalam phone.

Dah settle bab barang semua nie. Pastikan ada sedikit 3) bekalan makanan buat anak-anak kecil sepanjang perjalanan seperti air Performance Drink dan biskut atau roti.


Yang dari KL nak ke Kelantan, Terengganu, Utara memang kena hadap jamp yang lama. Nak berhenti kat R&R atau Stesen Minyak, tak tahu jam berapa. Anak dah tantrum dalam kereta kebulur. So, be prepared.

Semua dah ready, rumah pun dah settle 4) switch off semua jenis alatan elektrik, pili air, dan kunci pintu rumah, tingkap betul-betul, dah boleh gerak.

Sebelum gerak, 5) check anak-anak. Mana taw ada yang tertidur bawah tangga😂 ada yang memerap dalam toilet lagi🤣

Pastu, 6) baca doa naik kenderaan sebelum bergerak. Tak reti arab, bahasa melayu pun tak pe. Asalkan maksudnya tepat. For me, better bahasa yang kita sendiri faham baru lebih feelings.

Dah gerak, 7) perbanyakkan zikir, istiqfar serta selawat sepanjang perjalanan. Ajak semua ahli keluarga buat sama-sama dengan seronok.

Islam ini indah dan simple. Tak complicated kalau kita menghayati.

Bila masuk waktu solat, berhenti lah 8) solat jamak & qasar. 9) Rancang perjalanan. Nak berhenti kat mana. Tunaikan kewajipan kita walau anda sedang bermusafir.

Ok.

Sekian pesanan ikhlas dari Kinah sekeluarga. Kalau nak Shaklee boleh contact Kinah ye. Klik baca di sini untuk Promosi Shaklee Mei 2019 dan juga Promosi Rawatan Spa Pengantin Terbaik di Kuantan Tahun 2019.

Happy Balik Kampung dan Closing to all Shakleeans.

Sakinah Mat Said😍
Your Trusted Shaklee Leader | WAHM | Beautician TWB | Writing is My Therapy
Whatsapp : 019-916 4276

No comments:

Post a Comment