Monday, 10 August 2015

AWAS!! FIBROID BERKEPALA BAYI DALAM RAHIM

kredit to http://colorfultimeinmylife.blogspot.com
Assalamualaikum wbt..

Salam Ceria, Salam Bahagia :-)

Saya mendoakan semoga pengunjung blog SMS sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan berjaya walau di mana jua anda berada.

Kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.

InsyaAllah.

Syukur kepadaNya atas nikmat kehidupan kita pada hari ini.

SMS nak berkongsi satu kisah kejayaan seorang wanita menurunkan berat badan dalam Now Everyone Can Kurus (NECK) yang hampir kehilangan rahimnya.

FIBROID SEBESAR KEPALA BAYI

Nama diberi Rohiah Binti Abdul Jalil. Berasal dari Sri Damai, Kuantan, Pahang.

Saya baru je, dua bulan lebih mengenali beliau.

First Day Kak Yah bersama NECK.
Allah temukan kami dalam program Now Everyone Can Kurus (NECK) Batch kelima.

Alhamdulillah, sepanjang saya mengenali beliau.. Beliau seorang wanita yang sangat tabah dan kuat.

Dalam NECK, beliau lebih dikenali dengan panggilan mesra kak yah. Usahanya memang membuatkan saya betul-betul kagum dengan beliau.

FIBROID MEMBESAR SEPERTI SAIZ KEPALA BAYI

Saya nak kongsikan penyakit yang sedang Kak Yah lalui, yang membawa kepada ukhuwah kami hingga ke hari ini.

SHARING DARI KAK YAH YANG SEDANG BERJUANG DENGAN FIBROIDNYA

Saya sebenarnya dah bertahun-tahun mempunyai masalah overweight.

Sejak saya melahirkan anak kedua pada tahun 2002, berat badan saya semakin lama semakin naik. Gemuk dan terus gemuk.

Tahun 2008..

Saya termakan jugak pujukan seorang sahabat untuk mengambil ubat kurus. Masa tue, saya memang kurus bila makan ubat kurus tersebut.

Tapi, bila selepas saya berhenti makan ubat kurus.. badan saya semakin berkembang dengan jayanya.

Sehinggalah saya mula sedar yang saya dah mencapai BMI 30++ tahap obesiti.



Namun disebabkan suami ok, je. Tak de, masalah.

So, saya punya usaha pun ok, lah tanpa rasa bersalah menjadi Queen Control.

Ye lah, isteri lebih besar dari suami. Cam saya nak control dia pulak yang bersaiz kecik.

Peha saya sahaja dah dua kali peha suami. Huhuhu.

Nasib baik lah, dia tak lari cari yang lain.

Episod duka bermula

Tahun 2014, tahun duka saya apabila suatu hari saya mengalami kesukaran untuk membuang air kecil.

Saya ke klinik berhampiran.

Setelah scan tiada masalah, doktor memberikan ubat lawas buang air kencing.

Hari demi hari, masalah pembuangan air kencing masih jugak tidak selesai.

Saya berbincang dengan suami untuk bertemu doktor Pakar Puan.

Selepas temujanji

Sedihnya, saya ketika itu.. hanya Allah je yang tahu.

Doktor mengesahkan saya ada ketumbuhan Fibroid di pangkal rahim bersaiz 8cm x 8cm. Sebesar kepala bayi yang saya lahirkan.

Doktor mencadangkan saya membuat operation bagi membuang fibroid bersama rahim sekali.

Sedikit pengakuan beliau yang hampir hilang rahimnya.
Bayangkan perasaan saya.. "Wanita Tanpa Rahim."

Tidak..!!

Terasa berat betul dugaan yang DIA berikan.

Tapi, saya tetap tak berputus asa. Saya berusaha macam-macam cara. Ribu-riban berhabis duit untuk beli ubat dan supplemen di pasaran.

Saya jaga pemakanan.. berpantang makan ikan, ayam dan daging yang diberikan hormon tambahan.

Saya ada jugak beli katil pemanas untuk masalah saya nie. Orang kata, ia bagus untuk merawat dan kecutkan Fibroid.

Katil pemanas yang digunakan Kak Yah setiap hari untuk bertungku.
Tapi, malangnya.. amat mendukacitakan. Saiznya semakin membesar kepada 9cm x 9cm pada check up Mac 2015 yang lepas.

Saya tak give up!!

Saya buat keputusan sendiri.. masalah ini, mungkin berpunca dari kesilapan saya yang pernah mengambil perancang keluarga dan jugak pertambahan berat badan yang melampau.

Saya mula mencari maklumat bagaimana untuk kuruskan badan, buang toksin dan lemak yang dah lama bersarang.

Saya berjumpa dengan program NECK di FB yang dikongsikan oleh crew SMS selaku agen NECK.

Selepas bersama NECK

Saya seperti orang lain. " Mampu ke buat nie.. terlalu banyak fikiran negative saya".

"Boleh jadi ke?"

Mula-mula agak negatif sebab coach bagi task yang saya rasa tak mampu nak buat. Selalu rasa tak sempurna macam orang lain buat. Saya redah je ... Berpeluh menitik ke lantai ...

Tapi selalu ingatkan diri. Kalau aku tak tolong diri sendiri, siapa yang nak tolong.

Berat semakin hilang, badan semakin mengecil.
Habis minggu kedua, kami kena timbang dan semangat terus berkobar-kobar bila kurang 3.5 kg. Hingga sekarang habis minggu ke 10, masih bersemangat untuk terus hilangkan berat.. Makan nasi memang setiap hari cuma dah pandai dan rasa kenyang dengan sesenduk/ segenggam nasi berbanding dulu
Keputusan timbangan Kak Yah yang terkini.
Inilah sedikit kisah dan perjuangan Kak Yah bersama kami dalam usaha beliau melawan dan bergelut dengan ketulan Fibroidnya.

Doa saya untuk Kak Yah.. Semoga beliau terus kuat dan tabah untuk dugaan ini. Kak Yah dikurniakan tubuh badan yang sihat dan selamat dari segala jenis penyakit.

Ok, lah Sahabat. Anda boleh jugak baca sedikit info mengenai risiko kegemukan dan Perancang Keluarga membawa kepada Fibroid DI SINI.

Kita sebagai wanita nie, terlalu unik kejadian yang Allah ciptakan. Keunikkan itu terlalu indah dan perlu dihargai sebaik-baiknya.

So, sama-samalah kita berusaha menjaga kesihatan diri untuk kehidupan yang lebih baik dan dapat mempertingkatkan amal ibadat kepadaNya.

Peringatan ini, untuk diri SMS jugak.

Actually, Fibroid berkaitan dengan keseimbangan hormon. So, berhati-hati lah ye, kaum wanita terutamanya.

SMS doakan anda sihat dan berbahagia dunia dan akhirat.

Sila SHARE jika anda rasa entry kali ini amat bermanfaat kepada kita semua.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
~Now Everyone Can Kurus~
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment