Thursday, 27 August 2015

6 TABUNG KEKAYAAN DAN KEBAHAGIAAN DALAM PENGURUSAN KEWANGAN TERBAIK !!



Assalamualaikum wbt..

SMS mendoakan semoga sahabat pengunjung blog SMS sentiasa berada dalam keadaan sihat, dan berbahagia selalu di samping keluarga tersayang.

Kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.

InsyaAllah.

Hari nie, saya nak share dengan anda semua sedikit tips pengurusan kewangan buat sahabat semua.

Tips ini diperoleh dalam program Intensive Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) bersama Dr. Azizan Osman (DAO) yang lalu.(Baca di sini).

6 TABUNG PENGURUSAN WANG YANG TERBAIK !!

Sebelum menghadiri IMKK, saya tak tahu pun rupanya ada tips yang begitu mudah dan berkesan untuk diaplikasikan.

Rasa cam rugi, ada ilmu tapi tak sampaikan kepada orang lain.

Saya yakin masih ramai yang tercari-cari cara bagaimana ingin menguruskan kewangan masing-masing.

Selalu berlaku kebocoran wang.. Duit ada, tapi at the end tak tahu kemana? Tak pernah cukup.

Betul, betul..

Mari kita amalkan 6 Tabung (6T) ini untuk kehidupan yang lebih kaya, bahagia, berjaya dan yang paling penting diberkati oleh Allah SWT.

Ok.

Saya bagi satu kes merujuk kepada pendapatan RM5 000 sebulan.


T1 : Tabung Necessity iaitu Tabung Keperluan [55% x RM5 000 = RM2 750]

Amount ini akan digunakan untuk perbelanjaan harian setiap bulan.

Contoh, installment rumah, kereta, bil elektrik, air, barangan dapur, minyak petrol, Tol, telefon, yuran sekolah anak-anak dan jugak duit untuk emak ayah kita serta banyak lagi lah mengikut keperluan wajib masing-masing.

Emak ayah jangan dilupakan, kalau nak bahagia dunia akhirat.

Semakin banyak kita memberi kepada mereka semakin banyak rezeki akan datang kat kita atau insan-insan sekeliling.

InsyaAllah.

Tapi, cam mana pulak kalau T1 melebihi dari pendapatan sebenar?


Ok, DAO ada ajarkan dua jalan penyelesaian iaitu :-

Pertama

Kurangkan perbelanjaan anda dan keluarga. Jika sekarang menggunakan kereta yang agak mahal, cuba tukar kepada kereta yang lebih murah tetapi lebih kurang sama saiznya.

Boleh jugak gunakan motor ke tempat kerja. Ia lebih saving berbanding kereta jika berada di bandar-bandar besar. Terlepas dari tol yang mahal dan jugak jamp yang panjang.

Malam sebelum tidur, matikan elektrik dan banyak lah penjimatan yang boleh dilakukan sebenarnya.

Kedua

Cari pendapatan tambahan seperti bisnes online yang lebih jimat, selamat dan mudah.Tak perlukan modal yang besar serta premis perniagaan. Masa flexible. 

Tapi, ingat ye.

Jangan gunakan masa kerja anda di pejabat untuk berniaga. Itu tak betul.. Dah kurang dari segi keberkatan. Sebab, anda dibayar gaji untuk masa tersebut. Melainkan masa rehat dan lunch.

Hurmm..

Nak berniaga tue, even side income kena lah ada ilmu dan mentor ye sahabat. Anda boleh baca di sini.

Dalam tempoh beberapa tahun nie, kena lah banyak bersabar untuk kehidupan yang lebih baik.

So, anda pilihlah nak buat yang pertama ke kedua atau kedua-duanya sekali.

T2 : Tabung Long Term Saving For Spending [10% x RM5 000 = RM500]

Tabung nie, adalah untuk saving jangka masa agak panjang yang mana dalam perancangan seperti ingin membuat downpayment rumah, beli sofa baru, dan banyak lagi.

Kalau yang bujang, tue elok lah sangat tabung nie. 

T3 : Tabung Financial Freedom Account, FFA [10% x RM5 000 = RM500]

Tabung nie, kiranya rewards kepada diri kita untuk masa depan. Dah kerja penat-penat, kena lah fikirkan masa depan jugak kan. (Berapa nilai yang kita nak 5-10 tahun lagi).

Duit ini kiranya, disimpan ke dalam bank sebagai pasif income. Bila nilainya dah cukup, bolehlah digunakan untuk membeli property atau pun saham. Dapat lak, pulangan kat situ berganda-ganda.

Sebelum invest tue, kena lah belajar dulu dari yang pakar ye. Jangan main redah je. Nanti, anda yang rugi.

Belajar dari pakar saham mahupun property. Jangan pi belajar dengan pegawai kerajaan kelas A lak. Hehehe..

Nak belajar apa-apa pun, cari orang yang betul supaya kita tak langgar dinding.


T4 : Education [10% x RM5 000 = RM500]

Tabung nie, untuk pendidikan kita dan pasangan kita ya. Bukan untuk anak-anak. Anak-anak dah masuk dalam T1 tadi.

Jadikan kewajipan menghadiri program-program ilmu dunia dan akhirat biar seiring dan sejalan. Tidak semestinya program berbentuk perniagaan semata-mata.

Hati kita, jiwa kita pun perlu terisi dengan makanan rohani.

Kalau dalam Shaklee, kita perlu hadiri semua workshop yang pihak company sediakan. So, ia termasuk dalam tabung nie.

Dan jangan lupa, belilah buku-buku ilmiah meggunakan tabung ini jugak. Kalau dulu saya suka beli novel, Sekarang, dah terbalik. Saya prefer membeli buku bermanfaat daripada novel jiwang yang mengkhayalkan.

Tak salah nak baca.. kena pilih content. Kadang, ada novel yang bermanfaat dan berpijak di bumi yang nyata.

T5 : Tabung Charity/ sedekah [5% x RM5 000 = RM250]

Tabung nie, special untuk memperoleh rezeki yang berkat dan tidak pernah putus. InsyaAllah. Boleh up ikut cara masing-masing.

Iaitu tabung sedekah dan jugak zakat yang berfungsi untuk membersihkan harta (Saya ada kongsikan di sini).

Selalu berlaku kebocoran wang

Pernah tak, income kita besar dan banyak dalam 10K-20K camtue? Tapi, tak pernah cukup. Selalu berlaku perkara yang menyesakkan seperti kecurian, kemalangan kecil tapi melibatkan kerosakkan yang teruk.

Kiranya, wang mengalir ke arah yang kita tak ingini tanpa rela.

Tiba-tiba anak jatuh sakit. Dan banyak perkara yang membuatkan kita terpaksa keluarkan duit yang banyak.

Mungkin, adalah kerana kita tidak pernah mengeluarkan zakat dan bersedekah. Berkongsi rezeki yang diperolehi sesama insan.

So, after this.. perbanyakkan lah sedekah dan keluarkan zakat ye sahabat.

Hidup di dunia nie, sementara je.

Sebelum pergi meninggalkan alam yang fana, better kita lakukan 3 perkara ini sebagai amalan berterusan.

1. Bersedekah dan menginfaqkan sebahagian harta.

2. Berkahwin..sesungguhnya, dengan perkahwinan itu kita akan mempunyai zuriat/ anak-anak yang soleh (InsyaAllah).

Didik dan ajar mereka. Semoga selepas kita pergi mereka sentiasa mendoakan kita.

3. Ilmu yang bermanfaat dan berpanjangan. Sebab itu, SMS seronok berkongsi manfaat dan kebaikan di blog ini.

Sekurang-kurangnya, bila SMS dah tiada suatu hari nanti. Masih ada pengunjung yang akan singgah mencari-gali ilmu-ilmu dan perkara yang boleh diamalkan dalam kehidupan mereka.

Ia dinamakan pencen kubur. Bukan pencen didunia sahaja.

Kejarlah pencen kubur, ye sahabat.

T6 : Tabung FUN [5% x RM5 000 = RM500]

Haa..

Duit dalam tabung nie, memang wajib dihabiskan setiap bulan.

Ia adalah tabung untuk kita berhibur dan berehat bersama family terutama anak-anak dan isteri/suami.

Gunakan T6 ini dengan sebaik-baiknya, seperti bercuti ke tempat-tempat menarik, makan di luar bersama keluarga, Spa & massage treatment, belikan mainan untuk anak-anak ke atau ke zoo dan banyak lagi.

Berikan ruang masa anda bersama keluarga.

Dalam IMKK, DAO ada pecahkan kepada dua cara. Iaitu bahagikan T6 nie kepada dua bahagian. Iaitu Fun jangka masa pendek dan jangka masa panjang.

Contoh : 1/2 dari RM500 = RM250 untuk jalan-jalan dan makan-makan di hujung minggu.

Lagi sebahagian, RM250 simpan untuk melancong lagi 6 bulan akan datang. So, selepas 6bulan ada simpanan tabung nie sebanyak RM1500. Boleh lah plan dari sekarang nak kemana kan.

If tak cukup, kena lah gandakan income RM5 000 kepada yang lebih besar.

Cam mana caranya, kena lah usahakan. SMS just tunjukkan jalan, 9/10 rezeki datangnya dari sumber perniagaan.

Tak tahu nak berniaga apa? Dapatkan ebook percuma di bawah nie.

Whatsapp : 0199164276 ebook PERCUMA ini.
K,lah sahabat mudah-mudahan entry ini memberi manfaat kepada anda semua.

Sila SHARE kepada seberapa ramai rakan-rakan kita. Agar mereka tidak mengalami kebocoran wang yang membelenggu diri dan keluarga.

InsyaAllah.

SMS doakan anda semua, kaya dan berjaya dunia akhirat.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Sayang Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS


019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment