Sunday 2 August 2015

PERJUANGAN SEMAKIN HEBAT : AKU TIADA APA-APA MELAINKAN DIA

Assalamualaikum wbt..

SMS mendoakan semoga sahabat pengunjung blog SMS sentiasa berada dalam keadaan sihat dan ceria bersama keluarga tercinta.

Sayangilah mereka hingga hujung nyawa.

Keluarga adalah anugerah terindah dari Allah.

Kerana mereka jugak, SMS menjadi SMS hari ini.

AKU TIADA APA-APA MELAINKAN DIA


Saya tak tahu bagaimana ingin mulakan bicara. Sebab, saya kurang suka sebenarnya, kongsikan kisah-kisah duga, pahit maung dalam hidup.

Kita semua sedia maklum.. Setiap yang berjaya, pasti ada gores dan menangnya cam cabutan bertuah pulak. Hehehe..

Kisah saya bermula, apabila saya mempunyai konflik dalaman di tempat kerja. Dalam masa yang sama, ayah saya jatuh sakit.

Saya difitnah, dituduh pecah amanah dan tidak bertanggungjawab. Tak perform.. Kontrak keje ditamatkan..

Dapat notis berhenti kerja dalam masa sebulan.

I'm jobless!! (Baca DI SINI).

Ayah sakit, perlukan duit. Gaji saya pula dibekukan walaupun dah buat rayuan.

Sehingga ayah dan meninggal.. Gaji saya masih dibekukan.

Saya rasa, orang sekeliling saya semuanya kejam..

Saya cuba sembunyikan masalah ini dari keluarga. Sebab, kat depan keluarga saya perlu kuat. Dorang perlukan kekuatan saya.

Saya cari kerja sana-sini, tak dapat. Saya GAGAL. Saya rasa tak bergunanya bertahun-tahun aku belajar demi segulung ijazah. Orang tak pandang pun. Pengalaman yang ada, orang dah tak pedulikan pun.

Saya hampir down..
Saya jatuh sakit pulak..

Susahnya, nak bangkit. Badan semakin membesar. Saya jadi malas. Saya jadi lemah.

2,3 bulan tanpa kerja. Duit simpanan semakin susut.

Alhamdulillah bulan, Ogos 2014 Allah gerakkan hati saya untuk berniaga.

Sebelum tue, saya dah berniaga. Tapi, saya gagal. Sebab, tiada Elmu (Emosi + Ilmu).

Saya tiada masalah nak berhadapan dengan orang. Sebab, kerja saya sebelum ni memang berhadapan dengan ramai orang. Walaupun, hakikat sebenarnya saya seorang yang pemalu:relaxed:

Saya wat keputusan nak mulakan perniagaan A. Tapi, saya tiada Elmu. Saya perlukan Elmu supaya saya tak gagal lagi.

Saya cari tips-tips dan rahsia berniaga kat google. Tak jumpa pun.

At last, jumpa ebook nie. Ebook Sorry Boss.. Saya terpaksa berhenti Kerja!!

WHATSAPP SEKARANG!! : 0 1 9 9 1 6 4 2 7 6
EBOOK PERCUMA INI, YANG TELAH BANYAK MEMBANTU HIDUP SAYA
INCOME 4 ANGKA SEBULAN HANYA DARI RUMAH
Saya baca.. Cam best je. Cam menarik je.

Dari situ, bermulanya kisah baru dalam hidup saya.

September 2014, saya mendaftarkan diri dengan shaklee di bawah Empayar MariaFirdaus.

Saya dah nekad. Saya takkan toleh ke belakang lagi.

Bayangkan hati nekad. Tapi, saya tak de apa-apa nak mulakan perniagaan.

Orang mesti kata, saya buat kerja bodoh..

Huhuhu..

Mungkin kerana saya dan penat bekerja dengan orang. Penat kayakan orang.. Penat jadi kuli orang.. Penat atas jalan raya. Penat bersabung nyawa drift tiap-tiap pagi. Yang paling penat bila kita bekerja orang lain dapat nama. Yang part nie ok, lagi. Yang tak ok, kita dicantas.

Saya teringat kata-kata Dr.Azizan Osman di seminar IMKK nya yang lalu.

Dalam kerjaya nie, ada 3 perkara je.. Sama ada ko kerja gila-gila..

1-Then dinaikkan pangkat,
2-atau ko di terminate
3-atau pun ko terpaksa terminate boss..

So, fikirkan kat mana kita. Saya yang kedua.

Fuh!! Panjang pulak coretan hari nie.

Bagi saya..

Saya hari ini, bukan kerana apa-apa. Semuanya datang dariNya. Setiap yang berlaku dalam hidup ini ada hikmahNya.

Sejak saya berniaga.. Saya mula rasakan perubahan demi perubahan yang positive.

Kalau saya jatuh.. Saya bangkit dengan kekuatan saya yang lalu. Saya jatuh lagi.. Saya ingat orang-orang tersayang. Merekalah kekuatan saya.

Walau pun, family kurang bersetuju. Ramai yang nak bantu saya. Offer kerja macam-macam. Tapi, saya cakap.. Saya nak focus kepada perjalanan saya sekarang. Perjalanan yang baru je saya mulakan. Saya nampak hujungnya yang indah.

Dalam hidup nie, kita tak pernah lari dari ujian. Kita perlu bersyukur bila diuji. Itu makna nya Allah masih sayangkan kita. Dia nak kita kuat. Nak kita bantu lebih ramai orang. Sebab tue, dia uji kita.

Bayangkan kalau kita lemah.. Energy lemau.. Cam mana kita nak bantu dorang yang dah sedia lemah.

Jawapnya ke laut lah..

Hehehe..

Sebab kan itulah, saya sentiasa berusaha persiapkan diri untuk menjadi lebih baik.

Memohon kepadaNya. Hadirkan insan-insan yang hebat. Meminta denganNya..

Jangan pernah berhenti berharap dan berusaha.

Rasanya, cukup sampai sini kot. Nak citer.. Takkan pernah habis.

InsyaAllah, oneday.. Saya akan bukukan kisah kejayaan hidup saya untuk bantu dan motivasi lebih ramai orang.

Terima Kasih kepadaNya, yang pertemukan saya dengan insan-insan yang mulia dalam dunia ini.

Terima kasih, Master Mariafirdaus yang tak pernah jemu. Membuatkan rasa bersalah kalau tak berusaha. Harapan insan-insan sekeliling membuatkan diri ini terus kuat dan tabah.

All The Best to all :-)

SMS mendoakan semoga sahabat pengunjung blog SMS kaya dan berjaya.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.


"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS 
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment