Friday 23 October 2015

7 TIPS PEMAKANAN SIHAT SEMASA MUSIM JEREBU

IPU Jerebu di Shah Alam.
Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pengunjung blog sakinahms.blogspot.my..

SMS doakan anda semua sihat dan ceria selalu disamping keluarga tercinta.

InsyaAllah.

Sekarang, terlalu kerap notis penutupan dan penangguhan sekolah terpaksa dikeluarkan kerana fenomena Jerebu yang semakin parah.

Hari demi hari jerebu menebal dan menyesakkan ruang pernafasan kita.

Sesungguhnya, setiap musibah yang berlaku adalah peringatan dari Allah kepada kita umat manusia.

So, diharapkan kita sama-sama ambil iktibar.

Ok.

SMS nak kongsikan sedikit tips kesihatan yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada sahabat semua.

7 TIPS PEMAKANAN SIHAT SEMASA MUSIM JEREBU

Time jerebu ni, macam-macam penyakit datang terutama buat anak-anak kecil yang mempunyai penyakit Asma.

Kebiasaannya kadar imunisasi mereka yang lemah, menyebabkan mudah jatuh sakit, batuk dan demam dengan perubahan cuaca cam nie.

Antara tips yang KKM kongsikan adalah seperti gambar di bawah.

Amalkan Vita E, SR Vitamin C Plus, Performance Drink dan Omega Guard.
1. Banyakkan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas atau 2 liter sehari untuk elak dari dehidrasi (Boleh amalkan Performance Drink Shaklee ).

2. Minum jus atau makan buah-buahan/sayur-sayuran yang kaya dengan anti-oksida, vitamin, mineral dan serat bagi membantu lawan penyakit.

Buah dan sayur juga mengandungi air yang boleh membantu meningkatkan pengambilan air.

3. Sediakan makanan sendiri dan amalkan makan di rumah.

Jika makan di luar pilihlah tempat makan yang bertutup dan berada di dalam bangunan.

4. Elakkan minuman yang mengandungi kafein seperti kopi dan minuman beralkohol yang boleh menyebabkan pembuangan air kencing secara kerap dan seterusnya berlaku dehidrasi.

5. Kurangkan makanan tinggi garam yang boleh menyebabkan kehausan dan dehidrasi.

6. Makan makanan yang tinggi kandungan vitamin C, E dan Omega-3 (Omega Guard Shaklee) untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.

7. Untuk meningkatkan pengambilan air, ambil makanan yang berair seperti sup dan singgang.

So, berhati-hati dan jaga lah anak-anak kita dengan baik.

Semoga ia bermanfaat kepada anda dan rakan-rakan di luar sana.

InsyaAllah.

SMS doakan anda kaya, bahagia dan berjaya dunia/ akhirat.

Sekian,wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
~Now Everyone Can Kurus~

019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment