Friday 2 October 2015

DUGAAN WANITA INGIN BERSARUNG KAKI

Assalamualaikum wbt..

SMS mendoakan semoga sahabat pengunjung blog SMS sentiasa berada di bawah rahmat dan payung lindungan Allah SWT.

Kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.

InsyaAllah.

HIDAYAH ALLAH ITU INDAH

2 tahun lepas saya mula digerakkan hati olehNya untuk berfikir dan mencuba.

Allah datangkan kepada saya anak-anak muda yang sangat baik budi pekertinya.

Mereka anak-anak orang berada.

Tapi, dalam banyak-banyak perkara, satu yang saya tertarik pasal dorang. Iaitu perwatakkan mereka.

Anak-anak gadis ni, semua.. Memakai sarung kaki. Saya taw akan kewajipan menutup aurat bagi wanita. Tapi, hati dan diri saya belum boleh menerima.

Sebelum nie, saya selalu jugak tengok teman-teman sekuliah memakai sarung kaki pergi ke kelas.

Saya rasa cam pelik.. bersandle, tetapi nampak kaki bersarung tebal. Cam tak kena je kalau saya yang memakai.

Itulah saya yang dulu.

DUGAAN KETIKA CUBAAN BERSARUNG KAKI

Saya pernah mencuba.

Lumrah manusia nie, suka meniru kalau nampak cam bagus je.

Banyak sarung kaki yang dibeli. Tapi, saya gagal jadikan ia sebagai pakaian harian. Saya rasa rimas. Kaki saya mudah berpeluh..

So, saya on off.

Saya hanya akan memakai sarung kaki ketika berkasut. Itu pun, kadang-kadang je pakai. Kalau berselipar ke ber 'heel' ke.. Memang saya tak pakai. Rasa cam lecehnya. Sambil pujuk hati "Bukan orang nak tengok pun kaki aku".

Kebanyakkan selipar saya semua yang banyak tali. Saya suka design yang berpintal-pintal supaya mudah kaki nak bernafas.

Hurm.

Saya tak suka pakai kasut.

Sebab kasut ni, tertutup. Lagi satu, kaki saya cepat melecet kalau pakai kasut.

Hari demi hari, Allah gerakkan hati saya.

Semua heel yang bertali tue, mula ditinggalkan. Ada macam-macam ketinggian. Sedar tak sedar, rupanya banyak jugak heel aku nie. Biarlah. "Past is Past".

Aku mula berubah

Saya mula membuat perubahan. Saya mencari kasut.. Kasut separuh penuh. So, kaki di bahagian belakang selamat lah. Takkan melecet. Cuma bukan mudah nak jumpa yang berkenan di hati.

Bila dah jumpa. Tak selesa pulak. Berpeluh-peluh. Sehingga ada satu masa, kaki saya berbau busuk. Sebab, terlalu banyak berpeluh. Dan bau itu, mengganggu aktiviti saya untuk mengajar.

Saya pelik. Kasut dan sarung kaki baru je dibeli dan dipakai.(Cantik taw kasut tue. Berwarna pink. Nak jugak cakap. Hehehe).

Pasti anda boleh bayangkan cam mana baunya. Bukan di waktu petang. Tapi, seawal pagi bau dah menusuk kalbu. Huhuhu.

Nasib baik, saya memang ada sandle stand by di ofis. So, saya terpaksa tukar untuk elak daripada berbau. Keesokkannya, saya mencuba lagi. Tetapi, ianya tetap sama.

Ai.. nampaknya, saya kena cari kasut baru lagi nie.

Dugaan Allah kepada saya. Nampak cam mudahnya. Tapi, susah jugak.

Dalam masa yang sama,

Saya seronok dan sedikit cemburu bila tengok housemate berkasut murah RM10 (katanya beli di pasar malam) sahaja dan selesanya dia bersarung kaki. 

Kaki saya tak boleh terima kasut tue. Sedangkan saya suka kasut dia. Even murah. Tapi, fleksible dan ramai orang suka kasut dia.

Setiap hari sebelum keluar kemana-mana dia pasti wajib pakai sarung kaki dengan kasut tadi.

Begitulah dugaan dan hidayah Allah hadirkan kepada saya dalam usaha bersarung kaki. 

Alhamdulillah sekarang, asbab mereka. Saya rasa tak selesa bila keluar kemana-mana tanpa sarung kaki.

Saya dah jumpa kasut yang sesuai. Dan kasut tue pun, dah lusuh.

Saya tak kisah. Sebab, saya selesa. Bukan saya tak de kasut lain. Cuma hanya kasut tue yang fleksible. Hehehe.

Opss!! Panjang pulak saya berceloteh pepagi nie :-)

So nasihat saya kepada rakan wanita di luar sana. Tutup lah aurat. Bukan sekadar bersarung kaki. Tapi, tutup mengikut syariat. Bukan tutup cam nak bungkus nangka, ye :-)

Wallahualam.

Sila SHARE jika anda rasa entry kali ini bermanfaat kepada mereka di luar sana terutama wanita.

SMS doakan semoga anda semua kaya dan berjaya.

InsyaAllah.

Sekian wassalam.

Salam Sayang, Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS

019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment