Sunday, 18 June 2023

PETUA HILANGKAN JERAGAT DENGAN CEPAT

Jeragat? Semua wanita risau bila melihat Jeragat di wajah masing-masing. Anda sama jugak seperti saya. Kerana Jeragat membuatkan kita merasa low-self confident. Ya lah, kulit jadi tidak sekata, gelap, hitam, kusam. Malu nak berjumpa dengan rakan-rakan dan orang terdekat. Normally mereka yang memiliki kulit wajah kering lebih tinggi berisiko kulit mudah berjeragat.

JERAGAT

Jeragat adalah merupakan tompok-tompok kecil yang memenuhi bahagian wajah seperti dahi, pipi, muka dan kawasan mulut. Tompok Jeragat ini akan kelihatan lebih jelas gelap dari warna kulit asalnya. Ada sedikit dan ada yang banyak hingga tidak terkawal.

Jadi ada tak Petua Hilangkan Jeragat ni?

Sebelum saya pergi lebih jauh cerita pasal petua Jeragat, penting untuk kita ambil tahu apakah punca-punca sebenarnya yang menyebabkan ianya berlaku.

Dah lah datang tidak diundang, pergi nya susah ya amat, liat dan degil nak hilangkan. Huhuhu. Hanya yang pernah alaminya sahjaa faham apa yang saya kongsikan.

Untuk makluman anda Jeragat ini akan berlaku apabila lapisan kulit kita yang dikenali sebagai Dermis ditembusi oleh sinaran UVA dan UVB dalam tempoh masa yang lama dan kerap.

Petua Hilangkan Jeragat

5 Punca Penyebab Jeragat

Penggunaan Alat Make Up dan Skincare

Anda mungkin telah menggunakan skincare dan produk kecantikkan yang tidak berkualiti, tidak selamat dan mempunyai bahan kimia beracun dan berbahaya.

Ini kerana bahan-bahan yang digunakan di dalam produk tersebut telah menghakis lapisan kulit wajah sehingga penyebabkan sinaran UVA dan UVB meresap masuk lebih jauh ke dalam kulit (Lapisan Dermis) serta memusnahkan sel-sel kulit dengan lebih teruk.

Keturunan

Jika ibu anda pernah mempunyai masalah Jeragat, kemungkinan besar anda jugak akan mengalaminya.

Usia

Semakin kita berusia, semakin tinggi risiko untuk Jeragat tumbuh. Kebiasaannya Jeragat akan mulai tumbuh pada awal 30-an, dan kes-kes terpecil pada usia 20-an.

Terdedah kepada sinaran UV

Sinaran akan tembus ke dalam kulit wajah yang tiada perlindungan UVA UVB Cream sehingga mengundang Jeragat.

Udara persekitaran yang tercemar

Molekul-molekul dari bahan tercemar seperti asap kenderaan, asap rokok, kilang, mudah hinggap di kulit wajah. Jadi penting cuci muka sebelum dan selepas tidur.

Petua Hilangkan Jeragat

Banyak petua yang dikongsikan oleh orang-orang lama menggunakan bahan semulajadi. Tetapi kali ini saya hanya ingin share 3 Petua Hilangkan Jeragat yang mudah didapati di mana-mana sahaja.

BUAH LEMON

Buah Lemon mengandungi asid sitrik yang dapat membantu membersihkan kulit wajah kita dari kotoran dan dikatakan mampu menghilangkan jeragat. Cara-caranya :

  • Potong Lemon sederhana nipis.
  • Kemudian gosokkan pada kulit wajah anda (Hati-hati ia agak pedih jik ada luka atau kulit sensitive).
  • Biarkan 10-15 minit dan bilas.
  • Boleh juga dicampur bersama madu asli.

TEH HIJAU

Dalam perubatan tradisional, Teh Hijau sangat bagus untuk kesihatan seperti detox dan melancarkan lancar, melembut dan melicinkan kulit wajah jika dibuat seperti scrub.

Teh Hijau mengadungi banyak Polifenol seperti Flavonoid dan Catechins yang berfungsi sebagai antioksidan. Anda boleh baca artikel penuh di sini, Khasiat Teh Hijau.

Menurut kajian, Teh Hijau boleh mengurangi pengeluaran minyak dan juga boleh menghalang penyerapan androgen dalam kulit.

Cara Hilangkan Jeragat di wajah secara semulajadi dengan Teh Hijau adalah dengan merendam uncang Teh ke dam air panas selama 5 minit. Selepas itu angkat dan gosok di kawasan yang berjeragat seperti scrub. Lakukan secara berkala untuk kesan lebih baik.

ALOE VERA

Manfaat Aloe Vera untuk kulit pula bukan sekadar bantu menghilangkan jeragat bahkan boleh mencerahkan kulit wajah, melindungi dari sinaran matahari, mengecut dan menghilangkan jerawat, melembapkan kulit wajah dan memperbaiki sel-sel kulit yang bermasalah.

Cara mudahnya :

  • Campurkan lendiran Aloe Vera dengan madu.
  • Biarkan selama 5 -10 minit.
  • Lumurkan pada kulit wajah.
  • Selepas 20 ke 30 minit, bilas dengan air suam.

Anda lakukan petua-petua ini sehingga mendapat hasil yang diinginkan.

Sekiranya anda merasa sangat leceh nak sediakan bahan-bahan di atas, saya mencadangkan anda amalkan Set Skincare YouthTM Shaklee bersama dangan Set Kulit ResVivix shaklee.

In Shaa Allah diyakini selamat, berkesan dan semulajadi.

Saya sendiri telah menggunakan untuk masalah Jeragat yang sangat Tegar. Anda boleh baca kisah Kusamnya Muka Aku, Malunya.

Berminat, untuk mencuba ResVivix Shaklee? Whatsapp saya segera : Sakinah Shaklee. Atau anda boleh direct puchase di link express ini, register keahliaan shaklee percuma untuk dapatkan harga istimewa dan tawaran menarik.

https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1168494

Cara mendaftar ahli Shaklee untuk Vivix Murah
Tidak faham bagaimana nak mendaftar? Meh sini, wasap saya. Biar saya uruskan.

Ok, sehingga kita berjumpa lagi di lain entry.

Sekian, wassalam.

#kursusspamurah #spashaklee #mobilespa #mobilespamalaysia #kelasspaonline #NextLevelBlogging #blogmegashaklee #projekblogmega2 #shakleethrive2023 #shakleethriumph202#SetRahmahShaklee2023 #ResVivixCampaign #testimonishaklee #sakinahshaklee #shakleekualaterengganu


No comments:

Post a Comment