Di saat anda merasa terlalu lelah akan segala ujian kehidupan, berhentilah seketika bertafakur. Ambil kitab suci Al-Quran dan selaklah lembaran agongNya kata-kata Motivasi yang terindah bagi merawat jiwa agar tidak tersasar dalam membuat percaturan dan pilihan.
Sungguh kehidupan hari ini sangat mencabar. Namun percayalah cabaran dan ujian itu hanyalah “storyboard” hidup kita. Ia adalah alat yang mana akhirnya kita semua akan kembali kepadaNya jua.
Sebagaimana petikan kata-kata Motivasi Pertama dari Al-Quran ini : Surah Al-Hadid, ayat 20.
Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan gurau senda, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba-lumba dalam kekayaan dan anak keturunan, seperti hujan yang tanaman-tanamannya mengagumkan para petani, kemudian, tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Di Akhirat kelak ada azab yang keras bagi pendusta dan ampunan Allah bagi mereka yang beriman. Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu.
Ya, berkata memang mudah. Bila terkena kepada diri sendiri itu yang jadi payah untuk kita menerima hakikat dan redha dengan ujian. Tapi percaya lah tiada apa yang berlaku tanpa pengetahuan Allah dan tiada yang sia-sia.
Sebab itu saya mengajak anda menyelami setiap bait-bait indah kata-kata motivasi dari ayat suci Al-Quran. Kerana beruntungnya kita sebagai ummat Nabi Muhammad SAW, masih ada Al-Quran sebagai rujukan. Jangan abaikan kalam Allah yang satu ini.
Terlalu banyak berita-berita tidak masuk akal yang telah menggemparkan negara kita beberapa tahu kebelakangan ini. Antaranya yang terkini, Kes Teman Lelaki membunuh Teman Wanita, Adik Nur Anisah yang dikatakan telah 4 bulan mengandungkan anak mereka. Viral kes tersebut di sosial media, kerana si mangsa telah dirobek perutnya untuk dikeluarkan janin dalam kandungan, kemudian mangsa dibakar untuk menutup bukti. Setahu saya kejadian berlaku di Ladang Kelapa Sawit, Sg. Besar, Selangor.
Akhirnya kes terbongkar dan satu Malaysia mengetahui kisah tersebut. Kejamnya si pelaku.
Naudzubillah Min Dzalik. Seram sejuk saya memikirkan nasib dan masa depan anak-anak kita. Boleh jadi Anxiety kan kalau sesiapa yang memang dah lama mempunyai masalah tekanan perasaan atau trauma.
Nasihat saya walau apapun ujian yang dilalui sila jangan tinggalkan solat, jagalah solat anda, perbanyakkan Istiqfar, Zikir dan Solawat. In Shaa Allah jiwa kita akan lebih tenang walaupun kadang merasa kusut dan buntu hingga tiada jalan keluar. Dan lazimkan buat solat sunat Taubat setiap malam.
Percayalah bila kita diuji bermaksud Allah sayang dan rindukan rintihan hati kita. Allah tegur kita dengan ujianNya. Ujian adalah rahmat Allah. Macam kita dengan Emak, kalau kita buat salah Emak marah, Emak tegur kan.
Tapi cara Allah kalau kita silap, DIA turunkan sedikit ujian. Kalau kita nak sesuatu pun ada jugak ujianNya.
Mungkin kita akan melihat seperti Allah tidak adil bila mula membandingkan diri dengan orang lain. betul ke kita yakin Allah tidak adil? Tiada siapa tahu sebab itu semua rahsia Allah.
Setiap ujian yang kita lalui dengan penuh kesabaran, In Shaa Allah ada ganjaran pahala dariNya. Cuma kita tak nampak je. Kalau nampak dosa pahala, mesti tak de yang berani buat dosa kan. Termasuk lah saya tidak berkecuali dari diuji.
Jadi kata-kata Motivasi di bawah ini adalah peringatan untuk diri saya juga.
Motivasi kedua dari Al-Quran :
Surah Ali-Imran, Ayat 139.
Dan janganlah kamu merasa lemah, dan jangan pula bersedih hati, kerana kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman.
Kata-kata Motivasi ketiga dari Al-Quran :
Surah Al-Insyiraah, ayat 6.
Sekali lagi ditegaskan sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.
Kata-kata Motivasi keempat :
Surah Yusuf, ayat 87.
Wahai anak-anakku! pergilah kamu, carilah berita tentang yusuf dan saudaranya, dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya yang berputus asa daripada rahmat Allah, hanyalah orang-orang yang kafir.
Motivasi kelima :
Surah Al-Taubah, ayat 40.
Jika kamu tidak menolongnya (Muhammad), sesungguhnya Allah telah menolongnya (iaitu) ketika orang-orang kafir mengusirnya daripada Mekah. Sedangkan dia salah seorang daripada dua orang ketika kedua-duanya berada dalam gua, ketika itu dia berkata kepada sahabatnya, “janganlah engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama-sama kita.” Maka Allah menurunkan ketenangan kepadanya (Muhammad) dan membantu dengan bala tentera (malaikat-malaikat) yang tidak dapat dilihat olehmu, dan Dia menjadikan seruan orang-orang kafir itu rendah. Dan firman Allah itu lah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Ayat Motivasi keenam :
Surah Al-Baqarah, ayat 286.
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Dia mendapat pahala daripada kebaikan yang dilakukannya dan dia mendapat seksaann daripada kejahatan yang dilakukannya. (Mereka berdoa), “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami pikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkau lah pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir.”
Kata-kata Motivasi ketujuh dari Al-Quran :
Surah Ghafir, ayat 44.
Maka kelak kamu akan ingat kepada apa yang aku katakan kepadamu. Dan aku menyerahkan urusakanku kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan hamba-hambaNya.
Kata-kata Motivasi kelapan dari Al-Quran :
Surah Al-Imran, ayat 173.
Iaitu orang-orang yang mentaati Allah dan Rasul yang ketika ada orang-orang yang berkata kepadanya, “Orang-orang Quraisy telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada mereka .” Ternyata ucapan itu menambah kekuatan iman mereka dan mereka menjawap , “Cukuplah Allah menjadi penolong bagi kami dan Dia sebaik-baik pelindung.”
Alhamdulillah. Terpujuk hati bila membaca setiap bait-bait KATA-KATA MOTIVASI di atas. Hidup kita ini indah dan saling memerlukan. Anda tidak sendiri. Anda dikelilingi oleh ramai orang-orang yang baik untuk terus bangkit berjuang dan berjaya.
Ok, saya rasa cukuplah dulu sampai di sini ya. Ingat! pesan saya untuk menjadi orang yang berjaya dan sentiasa kekal ber motivasi tidak kira dalam apa jua lapangan, jagalah solat, bahagiakan kedua orang tua jika mereka masih ada, memperbaiki diri dan hadapi ujian dengan hati yang tenang dan positif.
Jadikan Al-Quran sebagai pegangan hidup. In Shaa Allah kejayaan dan kebahagiaan pasti menjadi milik anda yang percaya sebelum berjaya. Anda boleh juga baca kisah Dakwah Baginda Rasullah SAW di Taif sebagai boost your MOTIVATION.
Sehingga kita berjumpa kembali di lain entry. Follow my blog untuk dapatkan update-update terkini dari masa ke semasa.
Sekian, wassalam.
#kursusspamurah #spashaklee #mobilespa #mobilespamalaysia #kelasspaonline #NextLevelBlogging #blogmegashaklee #projekblogmega2 #shakleethrive2023 #shakleethriumph2023 #SetRahmahShaklee2023 #ResVivix
No comments:
Post a Comment