Friday, 17 March 2023

KENAPA MESTI PILIH SHAKLEE? SUPPLEMENTS TERBAIK DI MALAYSIA

Shaklee? Kenapa ramai orang memilih Suplemen Shaklee? Bila bersembang dengan rakan-rakan dan bertanya apa Suplements Terbaik yang diyakini selamat? Rata-rata ramai mencadangkan Produk SHAKLEE.

Kita takkan bertanya adakah ianya berkesan sebab mana-mana produk yang dijual normally memang akan mempunyai kesan kepada penggunanya sama ada positive ataupun negative. Thats why kita kena pastikan ia nya selamat. Bila selamat, In Shaa Allah kesannya pasti yang baik-baik.

Syukur Alhamdulillah, saya sendiri sudah masuk tahun ke-10 mengamalkan produk Shaklee untuk diri sendiri sejak dari zaman bujang sehingga dah mempunyai anak yang mana anak saya memang 100% peroleh khasiat pemakanan Set Ibu Hamil semasa dalam rahim lagi. Kemudian, melalui proses penyusuan penuh sehingga 3 tahun. Dan hari ini, anak saya masih mengambil Set Kanak-kanak Eczema untuk mlengkapi nutrien gap di dalam badannya seiring dengan tumbesarannya. Selain mengurangkan risiko mudah jatuh sakit, memandangkan dia dah mula bersekolah dan mudah terdedah dengan pelbagai penyakit dari luar.

Ok, saya ceritakan sedikit serba ringkas kisah bagaimana saya boleh terjebak dengan bisnes Shaklee dan bagaimana berani makan produk ini seawal usia 26 tahun pada waktu itu.

Pada bulan June 2014, kami sekeluarga diuji dengan Arwah Ayah jatuh sakit. Arwah Ayah ada penyakit Kencing Manis. Kami tak tahu pun sehingga kaki Ayah tercedera semasa berkebun. Luka tidak sembuh-sembuh dan makin melarat menyebabkan kakinya menjadi hitam, Diabetes jenis Gangrene. Saya ada kongsikan di sini (Ketaatan seorang anak diuji apabila menjaga Arwah Ayah yang sakit terlantar kerana sebatang rokok).

So, dari situ saya terbuka hati untuk memulakan langkah pertama dalam Bisnes Online. Allah lorongkan saya terbaca sebuah Ebook Sorry Boss Saya Terpaksa Berhenti Kerja. Saya kenal produk Shaklee dari Ebook tersebut yang mana saya mula faham dan nampak peluang yang besar untuk saya belajar berniaga from zero cost.

Klik di sini untuk dapatkan Ebook secara Percuma dan belajar selok-belok perniagaan secara atas talian.




Ok, produk pertama yang saya ambil pada Sept 2014 adalah Set Kurus Shaklee. Dengan tujuan memang nak kuruskan badan yang semakin bam bam dengan berat 75kg, ketinggian hanya 151cm. Renek dan makin bertambah bam bam bila kita gemuk kan. Alhamdulillah, asbab Set Kurus Shaklee ni saya berjaya turunkan berat 21kg dalam masa 100 hari. Then, saya pun berkongsi manfaat dan kebaikan produk Shaklee kepada seluruh ahli keluarga, ipar duai. Alhamdulillah, ramai dah mula mengamalkan produk Shaklee sehingga hari ini.














KENAPA PERLU MAKAN SUPLEMEN?

Sebelum itu korang mesti fahami kenapa nak makan suplemen? Sebab suplemen bukan ubat-ubatan. Ia adalah makan tambahan yang sukar didapati di dalam hidangan harian kita.










Ok, first sebelum saya pergi lebih details berkongsi kelebihan Suplemen Shaklee, suka saya mengajak korang semua kenal pasti terlebih dahulu kenapa perlu makan suplemen?

  • Pemakanan kita sehari-harian tidak mencukupi untuk cover keperluan nutrien gap di dalam badan atas beberapa faktor seperti peningkatan usia (warga emas), tekanan, gaya hidup yang aktif dan juga tidak sihat. Selain itu, ianya juga disebabkan oleh faktor terbesar adalah pemakanan gaya moden pada hari ini seperti fast food dan process food yang tinggi garam, gluten, perasa dan pemanis tiruan.
  • Dan semakin moden kehidupan hakikatnya semakin tinggi risiko kita mudah terdedah dengan persekitaran yang tidak sihat, penggunaan gajet yang beradiasi, pencemaran udara dan air selain daripada perubahan iklim disesuatu kawasan.

KENAPA SHAKLEE ADALAH PILIHAN SUPLEMEN TERBAIK DI MALAYSIA?














Produknya yang berkualiti :

  1. Shaklee sangat mementingkan kualiti produknya. Sebab ianya dihasilkan oleh Barisan Saintis-saintis yang terbaik! yang pakar dan berpengalaman dalam bidang Nutrisi, Dermatologi, Immunologi dan banyak bidang kesihatan lagi. Bahkan ada diantara mereka ini telah memenangi Hadiah Nobel (seperti Dr. Elizabeth Blackburn, Pemenang Hadiah Nobel dalam Perubatan Tahun 2009).
  2. Setiap bahan mentah yang digunakan mestilah melepasi saringan piawaian ketat yang telah ditetapkan oleh Saintis mereka.
  3. Bahan-bahannya pula berasaskan kepada bahan semulajadi, tiada kekejaman terhadap haiwan, selamat dan berkesan. Selain itu, produk Shaklee Malaysia telah mendapat pengikhtirafan pengesahan sijil halal setiap tahun tanpa miss.
  4. Produk Shaklee adalah Non-GMO, Beyond Organik, Gluten Free, tidak mengandungi sebarang jenis lemak (Lemak Trans), tiada perasa tiruan, tiada MSG, tiada pewarna dan pemanis tambahan yang boleh memudaratkan penggunanya.
  5. Thats why Shaklee sangat komited melakukan sebanyak 350 kali kajian ke atas setiap ramuan bahan-bahan mentahnya bagi memastikan tiada bahan kimia seperti logam, racun serangga dan bahan-bahan yang merbahaya. Bukan sekadar berbahaya kepada pengguna bahkan selamat dari mencemari alam semulajadi.
  6. Dimana pembungkusan produk-produk Shaklee selamat dan bebas daripada sebarang toksin Biophenol (BPA), Asid Phthalates dan cecair toksik. Kebanyakkan botol Shaklee terdiri daripada plastik kan. In Shaa Allah ianya selamat.
  7. Secara menyeluruhnya, semua produk Shaklee tiada parabens, triklosan, phthalates, natrium lauril sulfat (SLS), natrium lauryl eter sulfat (SLES), 1,4 dioksana atau propilena glikol.
Produk Shaklee mempunyai Ujian Klinikal dan Landmark Study : Korang boleh tonton dan dengar di Youtube Channel Shaklee di bawah ini. Ia bukan produk timbang kilo, tapi terbukti berkesan diamalkan dalam tempoh yang lama berbanding mereka yang tidak pernah mengambil sebarang suplemen atau ambil suplemen tertentu sahaja. Dan kajian ini diketuai oleh Dr. Gladys Block dari University of California, Berkeley.

Kajian Landmark Study Shaklee.

Ok, yang istimewanya lagi Suplemen Shaklee ini dihasilkan oleh Dr. Forrest Shaklee bukan untuk dikomersialkan tetapi untuk merawat masalah kesihatannya yang dikatakan telah disahkan sebagai penghidap kanser. Sebenarnya sejak dari kecil lagi Dr. Forrest Shaklee minat kepada Preventive Treatment berasaskan kepada alam semulajadi. Kerana sejarah kehidupan beliau, disahkan tidak dapat hidup lama akibat penyakit TB sewaktu bayi. Tetapi kerana kepercayaan dan keyakinan kedua ibu-bapanya, Dr Forrest Shaklee telah melepasi fasa kritikal tersebut.

Roger Barnett yang merupakan CEO Shaklee Corperation sekarang, melihat peluang suplemen Shaklee boleh pergi lebih jauh dari segi pemasaran bisnes dan juga kekuatan produknya sendiri. Lalu beliau membeli syarikat ini daripada Yamanouchi Pharmaceutical Company pada tahun 2004 dengan harga 310 juta USD.

Siapa pulak Roger Barnett ni? Secara ringkasnya beliau merupakan seorang Billionaires dari keluarga usahawan di Amerika Syarikat, yang mana telah memiliki banyak bisnes-bisnes lain yang dah establish seperti Burberry, Beauty.com, Activated Holdings LLC dan lain-lain. (Nanti kita cerita di entry lain ya mengenai latar belakang beliau).

Suplemen Shaklee telah diamalkan oleh jutaan manusia di seluruh dunia di peringkat antarabangsa sehingga 30, 40, 50, 60 tahun. Dasyat kan. Kalau kat Malaysia ni, paling lama pun average pengguna setia nya dalam 20 ke 30 tahun jugak. Saya sendiri baru masuk tahun ke-10.



Produknya diambil oleh para atlet dunia, angkawasan dan ramai lagi :

Sebut pasal Atlet ni kan. Saya bukan peminat Sukan-sukan Antarabangsa, tapi saya ambil tahu lah jugak apa yang menyebabkan seseorang pemain itu disqualified dari join acara sukan mereka. Antaranya tidak dibenarkan mengambil ubat-ubatan yang mengandungi drugs semasa perlawanan berlangsung. Kenapa dorang ambil drugs? Sebab drugs ni akan meningkatkan stamina segera kepada dorang.



Yang bestnya, ramainya Atlet Antarabangsa mengamalkan suplemen Shaklee untuk tingkatkan stamina mereka dan telah memenangi banyak pingat dalam London Olympics seperti Eleanor Logan and Caryn Davies, U.S Women's Eight Team (Rowing), memenangi Pingat Emas dan Seth Kelsey, United States Fencer, memenangi Pingat Perak serta ramai lagi yang lain. Atlet Malaysia pun tidak berkecuali mengggunakan Suplemen Shaklee seperti Performance Drink (PD).

Produknya telah melalui proses 100 tahun Inovasi seperti di dalam poster di bawah ini.



Untuk cerita pasal Suplemen Terbaik ini, satu hari satu malam takkan habis. Sebab Shaklee sentiasa up to date dengan dunia kesihatan. Sebab itu setiap tahun Shaklee telah melakukan sebanyak 100 000+ ujian kualiti semata-mata fokus kepada Research and Development (R&d) yang sangat mahal. Bukan itu sahaja, sebanyak lebih 100 produk telah disokong serta dipatenkan dan ada yang masih menunggu.



Kesimpulannya, nak makan suplemen pastikan anda selidiki terlebih dahulu latar belakangnya. Kemudian buatlah keputusan dan pilihan secara bijaksana, jimat dan berbaloi-baloi. Seperti suplemen Shaklee, anda lebih untung jika sign up as members kerana ada potongan harga yang lebih rendah dan berpeluang peroleh Cash Back minima 5% sehingga 21% bagi langganan terkumpul dalam bulan yang sama. Bagaimana nak sign up? Klik di sini untuk dibantu.

Ok, sehingga berjumpa kembali di next entry untuk kongsikan lebih details setiap point-point di atas. In Sha Allah.

Sekian, wassalam.

#blogmegashaklee #projekblogmega2 #shakleethrive2023 #shakleethriumph2023


No comments:

Post a Comment