Ramai orang sedang mencari tips-tips kuruskan badan sebelum raya. Antara ayat-ayat iklan yang biasa kita baca adalah Cara Mudah Untuk Kurus? Rahsia Kurus Tanpa Berlapar? Tips Turunkan Berat Badan Dalam Masa Seminggu. Petua Kurus Turun Temurun, Cadangan Makanan untuk Orang Nak kuruskan Badan dan Pantang Larang Kurus. Dan yang pasti antara ayat yang ramai rakyat Malaysia suka adalah Kurus Tanpa Bersenam dan Tak Perlu Berlapar. Hehehe.
Saya pun suka, teruja ingin tahu bila baca ayat-ayat iklan sebegitu. Tapi, tahukah korang untuk kurus bukan semudah A, B, C. Sedangkan kita nak gemuk ambil masa bertahun-tahun, berbulan-bulan menternak lemak di badan tanpa dirancang. Sedar-sedar, baju dan seluar dah ketat, naik tangga dah mengah, mudah penat dan kerap mengantuk seolah-olah tidak cukup tidur di malam hari nya.
Haa! cam mana? Korang yang sedang membaca posting ini ada tak masalah seperti di atas? Saya pun pernah melaluinya sama seperti korang. Nak dekat Ramadhan ni mesti lah kita nak Kurus Sebelum Raya kan, nak nampak cantik, slim kan. Sebab isu utamanya nak pakai baju cantik, elok terletak ikut badan. Dah penat cari baju raya tapi selalu susah berjumpa saiz yang sesuai. Kalau jumpa design yang berkenan, saiz pulak tak de. Huhuhu.. siapa pernah macam ni?
Biasa part bermasalah bahu, lengan, pinggang dan dada. Kalau kain pulak, part pinggang dan pinggul. Kadang baju dah ok, kain pulak yang tak muat, sendat macam guni nangka. Kadang kain dah okey, baju pulak kena extra saiz. Mana ada orang jual saiz baju dan kain berbeza kan. Terpaksa lah membeli dua saiz yang lain-lain kalau dah suka sangat. Jadi kat sini dah jadi extra cost. Tak pun, beli yang saiz besar kemudian hantar ke Tailor untuk alter. Itu pun kalau ada saiz. Leceh kan. Dah nak dekat Ramadhan tak ramai Tailor nak terima tempahan baju kita hatta sekadar nak kecilkan saiz. Sebab ia akan menjadi lebih rumit.
Hurmm.. sudahnya kita pun terpaksalah cari baju Free Saiz, Kaftan atau Jubah yang flow nya tak de shape. Actually saya sendiri melalui masalah-masalah seperti ini. Sape geng? Jangan risau korang tidak bersendiri.
So, bagaimana Nak Kurus Sebelum Raya ni? Kata ambil Set Kurus Shaklee boleh kurus.
Relax.. kita santai-santai je. Tak mahu terlampau stress sebab korang tahu tak stress ni boleh menyebabkan kita susah nak kuruskan badan.
Sebelum itu saya nak kongsikan beberapa tips penting yang perlu korang buat kalau nak Kurus Sebelum Raya, at least dapat turun 3kg pun dah bersyukur sangat kan. Sebab tips ini akan membuatkan perjalanan kurus korang lebih happy dan enjoy.
- Kenalpasti tujuan atau niat korang nak kuruskan badan untuk apa? Saya menasihatkan biarlah tujuannya untuk memelihara aurat, dapat beribadah dengan lebih baik di sepanjang bulan Ramadhan dan peroleh kehidupan serta tahap kesihatan yang lebih baik dan berkualiti.
- Tulis Catatan Kurus atau Jurnal Kurus korang di dalam buku khas setiap hari. Yang mana antara perkara yang perlu dicatat adalah Berat Terkini dan 5 Ukur Lilit Badan (Pinggang, Peha, Pinggul, Dada, Lengan).
- Selain itu, anda juga boleh menulis apakah aktiviti yang dilakukan setiap hari seperti bersenam ke? Kalau bersenam, berapa minit? Dan senaman apa. Begitu jua makanan. Catatkan jenis makanan yang diambil supaya anda akan tahu apa punca yang tiba-tiba berat naik atau mungkin kenapa berat tak turun-turun.
- If korang jenis paperless.. boleh catat di dalam laptop atau phone. Ikut keselesaan dan kemudahan korang. Kerana tujuan utama kita nak trace rekod, sekiranya result negative. Jadi kita tahu lah nanti apa punca dan kita akan perbaiki diri. Semasa menulis pastikan korang jujur dengan diri sendiri ya. Sebab yang nak guna data ni semua adalah korang jugak, bukan orang lain. Korang je yang tahu apa yang berlaku.
- Seterusnya belajar minum air kosong minima 2 liter secara berkala setiap hari sepanjang di bulan Ramadhan. Sekarang ni pun korang dah boleh start praktiskan. Baca Tips Minum Air Kosong di Bulan Ramadhan untuk Kurus kat sini.
- Bagi yang non-muslim atau andai kata korang membaca posting ini di luar waktu Ramadhan, boleh amalkan Diet Intermittent Fasting (IF) jugak. Ia seakan-akan puasa tetapi bezanya korang masih boleh makan minum sepanjang buat IF.
Jika mereka boleh, korang pun pasti boleh.
Kenapa perlu ambil Set Kurus Shaklee kalau nak turun 3kg seminggu?
First korang perlu tahu nak kurus dengan shape badan saiz S atau M bukan mudah kalau berat kita ni 70kg, 80kg, 90kg, 100kg (dalam masa yang singkat). Set Kurus Shaklee boleh bantu sebab ada Leucine untuk Inchess Loss.
Nak turunkan berat 1kg ke 3kg senang sahaja untuk seminggu ke 4 minggu. Korang stop ambil karbohidrat seperti nasi, mee, gandum yang mempunyai Indeks Glisemik tinggi. Apa pulak Indeks Glisemik ni? Klik baca di sini.
Actually saya pernah buat dan berjaya turunkan berat dalam masa 6 hari sahaja. Sebab itu saya berani kongsi turun 3kg dalam masa seminggu. So, follow je apa saya share ni.
Tapi.. suka saya ingatkan kita ni dah biasa makan nasi dari sejak lahir lagi. Kerana itu makanan ruji rakyat Malaysia. Bila dah biasa ia akan mencabar lah nak berhenti. Jadi saya tak suruh berhenti. Saya cuma menasihati kurangkan portion pengambilannya. Jika mampu selang-seli pun bagus. Kalau terus stop nanti korang akan craving makanan merapu, makanan lain pulak.
For me, it's better kurangkan. Saya pun ambil masa bertahun nak stop makan nasi semasa bersahur. Setiap kali bersahur saya akan ambil Set Puasa Shaklee yang mana ia juga merupakan Set Kurus Shaklee yang paling selamat dan berkesan. Tetapi, Alhamdulillah sekarang saya dah boleh bersahur tanpa makan nasi. Tak de masalah sebenarnya. Cuma perlukan masa.
Bahkan sebenarnya bila kita berpuasa dengan Set Kurus Shaklee rupanya lebih mudah dan jimat masa. Badan terasa lebih ringan, kualiti ibadah puasa kita menjadi lebih baik, masih mampu beraktivti di siang hari dengan aktif bertenaga tanpa berlapar. Alhamdulillah.
Ada yang nak try Set Kurus Shaklee? Klik baca di sini. Sementara tengah anda Promo jimat dan Murah, korang patut grab sekarang. Whatsapp kami : Sakinah Shaklee, 019-9164276.
Premium Set Kurus Shaklee ini bantu melengkapi keperluan Nutrisi dalam badan semasa proses diet dijalankan. Bahkan set ini dapat mengurangkan masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan penyakit-penyakit tiga serangkai yang lain.
Sekali lagi! suka saya ingatkan kepada korang semua. Perjalanan kurus ini ada masa mudah ada masa sukar. Semakin kita meningkat usia semakin sukar kerana pelbagai faktor-faktor kesihatan. Kerana once kita pernah gemuk, itu bermaksud di dalam badan kita pernah ada toksin, ada lemak jahat, metabolisma drop. Thats why penting buat diet tapi pastikan support dengan Set Kurus Shaklee yang telah di design khas bagi membantu korang.
Ok, sehingga berjumpa kembali di next entry.
Sekian, wassalam.
#blogmegashaklee #projekblogmega2 #shakleethrive2023 #shakleethriumph2023
No comments:
Post a Comment