Friday, 9 June 2023

TESTIMONI SHAKLEE UNTUK SAKIT KAYAP SAYA

Seminggu selepas kita semua menyambut Hari Raya Aidilfitri saya diuji dengan serangan Kayap di belakang badan. Sungguh saya tidak sangka, saya boleh terkena Kayap di usia 35 tahun. Pelik tapi memang benar. Seminggu jugak saya struggle melawan sakit ni. Syukur, Set Kayap menjadi asbab Testimoni Shaklee saya.

BAGAIMANA KAYAP BERMULA

Hari Raya pertama dan kedua saya beraya di Kuantan, Pahang. Cuaca memang sangat panas dan berbahang. Panasnya bukan panas biasa-biasa. Panas yang dahaga walau kita bebas minum air pada bila-bila masa. Panasnya yang boleh mengantuk kalau drive di tengah hari. Sampaikan kami tangguh perjalanan beraya dengan pulang beristirehat di rumah Emak Mertua. Sambung beraya di sebelah petang hingga ke malam.

Raya ketiga pula, saya dah pulang ke Kuala Terengganu. Seminggu sebelum terkena Kayap saya memang beraya sakan. Mengziarah saudara-mara, kenalan di Kuantan dan keluarga sebelah Emak dan juga Ayah di Terengganu.

Niatnya hanya satu untuk menjejaki waris-waris terdekat yang masih ada yang belum kenal secara rapat. Memandangkan sebelum ini ada je halangan. Balik beraya di Terengganu pun sekejap. Ke rumah Arwah Tok dan Tokki sahaja. Saudara-mara kami memang ramai di Terengganu.

Cuma mereka tidak tinggal setempat. Ada di pelbagai kawasan dan juga daerah.

Kiranya bulan Syawal ni adalah peluang keemasan buat kami merapatkan ukhuwah silaturahim, menyambungkan kembali ikatan yang terputus lama kerana covid dan kami pun bertahun-tahun jugak merantau di negeri orang.

Dipendekkan cerita Syawal ke lapan kalau tak silap saya : Saya mula terasa gatal-gatal badan di bahagian belakang. Saya menggaru sehingga kemerahan. Then melecet. Saya ingatkan melecet biasa sebab menggaru. Ya, lah dengan cuaca panas tidak menentu. Saya pula sejenis ada masalah kulit sensitive. Kalau panas boleh berpeluh dan kadang naik ruam kalau tidak mandi dalam jarak waktu yang panjang.

Syawal ke 10 saya merasa tempat gatal tu pelik. Terasa panas mungkin inflammation (keradangan kulit).

Malam tu saya minta suami tengokkan sebab saya tak dapat tidur lena, terasa panas je. Katanya ada bintik-bintik berair kecil. Otak saya terus terfikir ini bukan gatal biasa ni. Takkan lah Kayap. Mustahil Kayap.

Sebab setahu saya, Kayap ini terjadi disebabkan oleh beberapa punca :

  • Immune terlalu Lemah
  • Virus Chicken Pox (Varicella Zoster) kembali active menjadi Virus Herpes Zoster
  • Warga Emas

Ia bukan sejenis penyakit berjangkit kerana sentuhan atau dari orang lain. Saya pun check sejarah perjalanan saya beraya seminggu sebelum kejadian. Hurmm.. memang saya ada bersalam dan peluk rindu dengan mereka-mereka yang dalam proses sembuh kerana baru baik dari sakit. Tapi punca Kayap bukan sebab jangkitan dari luar. Takkan lah.

Tanda-tanda diserang Kayap Testimoni Kayap Shaklee

Ok, keesokkannya bintik-bintik berair tu makin bersaiz besar membentuk ruam beberapa tompok bulatan. Saraf belakang saya mula terasa sakit. Keadaan saya jadi tidak keruan, tidak selesa dan tidak boleh duduk lama dalam tempoh masa yang panjang.

Segala urusan jadi tergendala dan terganggu. Seminggu saya tak memasak. Biasa saya akan memasak jugak sekali sehari untuk keluarga. Paling-paling sibuk pun.

Saya tidak boleh tidur baring dan mengiring ke kiri. Saya hanya mampu mengiring ke kanan itu pun sekejap. Selebihnya meniarap. Meniarap pun sekejap jugak. Sakit Kayap ni bukan sakit biasa-biasa taw. Dia serang sistem saraf kita.

Selama ni, bila customers bertanya pasal Set Kayap Shaklee, saya lah yang tenangkan mereka. Saya faham cam mana rasanya. Dengan izinNya saya memberi harapan ramai sembuh Kayap dengan Testimoni Shaklee.

Tapi, bila sekali Allah uji dengan penyakit Kayap itu serang saya barulah diri sendiri faham betapa sakitnya kesan virus Kayap semasa dan selepas fasa penyembuhan sakit Kayap. Syukur Alhamdulillah atas nikmat ujian Kayap ini.

Dalam hari ke 3 dan ke empat tu emosi saya memang agak down. Saya sampai terfikir mungkin Kayap menjadi asbab usia saya sampai sini sahaja. Saya menangisi dosa-dosa lampau, menangis fikir cam mana masa depan anak saya kalau saya mati sekarang. Cam mana kehidupan adik-adik saya yang di bawah amanah jagaan dan tanggugjawab saya. Cam mana suami saya. Huhuhu.

Ini memang real pengalaman saya sendiri dengan Kayap.

Tapi kerana wanita bernama Sakinah Binti Mat Said ini seorang yang tidak mudah untuk menyerah kalah. Saya teruskan psycho emosi sendiri. Saya kena kuat, tak boleh lemah. Tak boleh menyerah kalah. Pasti boleh sembuh. Tiada penyakit yang tiada penawar melainkan Ajal.

Sebab saya dah biasa sakit sejak dari kecil. Bila saya sakit, dah biasa lambat sembuh. Pengalaman Kayap kali ini membuatkan saya kena triple duple kuat dari sebelum-sebelumnya.

Kalau anda nak tahu, emosi yang negative, emosi yang tidak terkawal pun boleh merendahkan sistem Immune kita. Dan Virus Kayap ini akan lebih mudah attack badan orang-orang yang lemah. Sebab itu ada yang kata Kayap boleh membawa maut. Sebab Immune badan kita. Saya kena kuatkan semangat, saya ambil Set Kayap Shaklee. Kerana saya percaya banyak Testimoni Shaklee untuk Kayap.

TESTIMONI SHAKLEE SAYA UNTUK KAYAP

Di bawah ini saya kongsikan Bagaimana Set Kayap Shaklee menjadi real Testimoni Shaklee saya sendiri.

Hari pertama saya kena Kayap tu memang dah consistent makan semua produk Shaklee yang ada di rumah sebanyak 3 kali setiap hari. Antaranya :

  • Vivix sebanyak 2 sudu setiap kali makan
  • Nutriferon 1 sachet pagi, petang dan malam
  • Omega Guard pagi, petang, malam
  • Sustained Vita C Plus pagi, petang malam
  • Ostenutrix ambil malam dan extra bila sakit sangat
  • B Complex ambil extra bila tak tahan sakit sebab ia bagus untuk saraf
  • Zinc Plus
  • Energizing Soy Protein ambil pagi dan malam rasanya sebab saya tiada selera makan. ESP ni bekalkan protein tanpa kolestrol. Kiranya sangat bagus untuk bagi tenaga kepada sel-sel dalam badan kita.
  • DTX Complex
  • Alfalfa Complex
  • Vitalea-Iron Plus (sekarang dah nama baru Vita-Lize).

Kemudian bila dah mula terasa serangan luar biasa pada sistem saraf, saya teruskan up semua Vitamin Kayap Shaklee secara megadose. Terutamanya Nutriferon, Omega Guard, Vivix, Sustained Release Vita C Plus, Ostenutrix, B Complex, Zinc Plus dan Enegizing Soy protein (ESP).

Saya tak nak jadi lumpuh saraf kerana Kayap.

Memang tawakal dan saya percaya badan yang sakit perlukan megadose vitamin-vitamin di atas. Selain itu saya ada juga ikhtiar dengan minum air kelapa fresh tanpa gula serta minum air zam-zam.

Syukur selepas seminggu saya dah boleh keluar rumah berjumpa doktor untuk check up dengan mereka yang lebih pakar dan bertauliah. Doktor pun memang sahkan saya confirm kena Kayap dan beri cream sapu yang perlu dibeli di farmasi dan 2 jenis ubat-ubatan Kayap.

Tapi jujur saya mengaku tak sempat pun makan ubat tu. Sebaik pulang dari berjumpa doktor, boleh dikatakan saya dah semakin baik. Cuma kadang-kadang rasa krik! krik! macam renjatan elektrik pada hari ke-8, 9 dan 10. Badan pun dalam fasa penyembuhan.

Saya trauma nak keluar berjumpa orang ramai. Selepas 2 minggu baru berani berada dalam kalayak ramai. Itupun kerana memenuhi jemputan walimatulurus saudara terdekat.

Jadi inilah TESTIMONI SHAKLEE Penyakit Kayap saya di usia 35 tahun.

Jika ada di antara kalangan pembaca saya ada masalah Kayap atau ahli keluarga diserang Kayap, fahami lah anda Kayap ni bukan sakit biasa-biasa. Sakitnya attactk Sistem Saraf dan untuk kembali sihat kita kena kuatkan immune dan juga protect saraf badan kita dengan Vivix Shaklee.

Sebagai ahli keluarga kena beri sokongan moral dan terus take care mereka.

Saya bersyukur kerana suami, anak dan adik-adik sangat membantu semasa fasa sakit tersebut.

Saya terima dan redha dengan ujian dariNya. Mungkin asbab Kayap, saya dapat membantu lebih ramai orang di luar sana yang mempunyai isu kesihatan yang sama. In Shaa Allah.

Anda juga boleh baca pengalaman saya alami gangguan kedatangan haid yang abnormal 6 bulan lepas di sini (Testimoni Vivix – Haid kembali teratur selepas 2 botol Vivix).

Dan mudah-mudahan penulisan ini menjadi asbab saya terpilih sebagai pemenang contest Next Level Blogging Mega blog Euphoria Master Norita.

Moga dapat Hadiah Istimewa tajaan www.anakku.wira.com

Anda ingin dapatkan produk Shaklee, Suplemen Terbaik di Malaysia boleh hubungi saya (klik) whatsapp : 019-916 4276 terus. Atau ingin mendapat pendapatan dengan Bisnes Shaklee 3, 4 atau 5 angka sebulan boleh mendaftar bersama team kami, The Great Billionaires (TGB) in Shaklee.

Sekian, wassalam.

#kursusspamurah #spashaklee #mobilespa #mobilespamalaysia #kelasspaonline #NextLevelBlogging #blogmegashaklee #projekblogmega2 #shakleethrive2023 #shakleethriumph202#SetRahmahShaklee2023 #ResVivixCampaign #testimonishaklee #sakinahshaklee #shakleekualaterengganu


No comments:

Post a Comment