Friday 9 June 2023

PENGEDAR SAH SHAKLEE KUALA TERENGGANU

Anda sedang mencari Pengedar Sah Shaklee Kuala Terengganu, Shaklee ready stock Kuala Terengganu, cara mendaftar shaklee dengan mudah, COD Shaklee kawasan anda? Promosi Shaklee terkini, Harga Shaklee Tahun 2023, Shaklee Delivery Kuala Terengganu. Jangan risau kami bersedia membantu anda.

Sebelum itu izinkan saya memperkenalkan diri terlebih dahulu. Tak kenal maka tak cinta kan, cam mana nak trust. Hehehe.

Saya simple sahaja. Nama diberi Sakinah Binti Mat Said. Nama panggilan Kinah.

Sebelum bersama Shaklee, saya merupakan seorang pensyarah di UiTM Kampus Kuala Terengganu, Guru di SMK Pandan, Kuantan dan Teacher Art and Design untuk persediaan pelajar fly ke United Kingdom (UK) di MKIC, Dungun, Terengganu. Saya menamatkan kerjaya mengajar pada usia 26 tahun. Di saat kerjaya berada di kemuncak, saya diberi ujian ayah jatuh sakit dan meninggal dunia setelah beberapa mingu saya fokus menjaganya.

Jadi, secara rasminya penglibatan saya dalam dunia Shaklee ini adalah bermula dalam bulan September 2014. Selepas ayah saya meninggal dan saya membuat keputusan berniaga. Saya mengambil masa beberapa bulan mengkaji, menyelidik dan membuat pembacaan tentang brand SHAKLEE. Akhirnya saya membuat keputusan mendaftar sebagai Pengedar Sah Shaklee Malaysia dengan no keahlian : 1168494 sehingga ke hari ini. Kiranya tahun 2023 ini adalah tahun ke sepuluh saya bersama Shaklee. Alhamdulillah.

Usia produk pertama dan tertua Shaklee Multivitamin Vita-Lize pun dah 108tahun sekarang. Syukur saya menjadi sebahagian daripada keluarga Shaklee Living Proof.

Pengedar Shaklee Terengganu

Dalam tempoh sepuluh tahun ini saya sendiri telah melihat pelbagai penambahbaikan dan pembaharuan yang dilakukan oleh pihak syarikat bagi membantu pengedar dan pelanggan-pelanggan mereka peroleh produk yang berkualiti, selamat, berkesan, semulajadi dan seterusnya menjadi suplemen pilihan terbaik rakyat Malaysia.

Dalam tempoh 10 tahun ini juga lah pelbagai ujian kesihatan saya dan keluarga lalui dengan produk Shaklee. Dan asbab Shaklee, kadar penyembuhannya menjadi lebih cepat, tidak melarat yang melampau, berbanding mereka yang tidak pernah mengamalkan sebarang suplemen atau suplemen Shaklee. Haaza Min Fadli Robbi.

Ok, untuk makluman anda.. berita lebih menggembirakan lagi Shaklee telah terpilih 3 tahun berturut-turut memenangi penganugerahan istimewa Gold Arward The Most Trusted Brands 2021, 2022 dan 2023 dalam dunia kesihatan dan juga makanan tambahan vitamin.

Pengedar Sah Shaklee Kuala Terengganu suplemen terbaik Malaysia

Bukan itu sahaja, sebagai Pengedar Sah Shaklee Kuala Terengganu saya sendiri mempercayai keselamatan produknya kerana syarikat amat mengutamakan kualiti produknya sentiasa terjamin dengan melakukan ujian saringan sebanyak 350 kali bagi setiap bahan-bahan yang akan digunakan dan dihasilkan batch by batch. Bukan batch pertama sahaja tetapi JIKA sekarang pengeluaran Vivix Shaklee dah masuk batch ke 100 sejak pengeluarannya, maka dah 350 x 100 bersamaan dengan 350 000 kali ujian kualiti, ketulenan dan keselamatan dilakukan oleh Shaklee daripada bahan-bahan yang berbahaya serta memudaratkan penggunanya dan alam sekitar.

Anda bayangkan berapa banyak Shaklee berbelanja untuk satu-satu produk. Ya, 100 000+ kali setiap tahun.

Falsafah Dr. Forrest C. Shaklee sendiri menekankan betapa menggalakkan kita tinggal dan berdamai dengan alam semulajadi.

Pengedar Shaklee Kuala Terengganu

Saya dibesarkan dalam keluarga yang agak susah dan adik-beradik yang sangat ramai. Jadi rawatan alternatif merupakan pilihan utama yang kami ada pada waktu itu. Lagipun sekali-sekala arwah ayah ada masuk ke hutan mencari akar-akar kayu atas permintaan orang sekeliling dan Emak Ayah sendiri mengamalkan herba-herba tersebut. Antara herba yang dicari dan digunakan adalah Ubat Bengkak, Ubat Buasir, Ubat Dalaman Wanita dan Lelaki serta yang lain-lain saya sendiri tidak ingat. Kerana waktu itu masih kebudak-budakan.

Saya ni pula sejak kecil, antara anak yang banyak menguji Emak dan Ayah. Sering sangat sakit. Bila sakit mereka cuba macam-macam usaha. Ada yang sembuh segera dan ada yang mengambil masa yang lama. Tapi, syukur Allah masih panjangkan usia, beri kesembuhan.

Pengedar Shaklee Berdekatan Anda

Bila di usia 26 tahun saya mula kenal Shaklee, ia jadi sesuatu yang tidak asing lagi. Saya sangat suka dan bersetuju dengan falsafah Dr. Forrest C. Shaklee. Sebenar dalam Al-Quran banyak ayat-ayat yang berkaitan dengan alam semulajadi untuk kita hayati dan fahami kekuasaan dan kebesaran Allah SWT. Allah menjadikan Tumbuh-tumbuhan dan gunung-ganang untuk kebaikan dan manfaat seluruh alam termasuklah kita sebagai manusia.

Petikan Tafsir dari Surah Al-An’am, ayat 99.

Dan Dialah yang menurunkan air dari langit, lalu kami tumbuhkan dengan air itu segala jenis tumbuh-tumbuhan, maka kami keluarkan daripada tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau, kami keluarkan daripada tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan daripada mayang Kurma, mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan kami keluarkan pula Zaitun dan Delima yang sama dan tidak sama. Perhatikanlah buahnya pada waktu berbuah, dan menjadi masak. Sesungguhnya, pada yang demikian itu ada tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang beriman.

PRODUK-PRODUK SHAKLEE YANG MANAKAH SESUAI UNTUK ANDA

Ok, pertama sekali saya ingin mengingatkan kepada anda keperluan dan cara mengambil suplemen Shaklee bagi setiap individu adalah berbeza. Jadi sangat penting untuk anda mendapat konsultasi dari Pengedar Sah berdaftar dengan Shaklee terlebih dahulu sebelum membelinya.

Dan suplemen Shaklee ni bukannya ubat-ubatan yang mana kita tahu ubat adalah bersifat sintetik. Jika di ambil dalam jangka masa yang panjang akan mempunyai negative effect seperti menyebabkan usus bocor, kerosakkan buah pinggang dan banyak lagi. Sebab itu, penting makan ubat, dengar nasihat dari doktor yang bertauliah.

Manakala suplemen pula adalah sejenis makanan tambahan yang membantu melengkapkan kekurangan vitamin yang diperlukan oleh badan kita.

Secara asasnya semua orang tidak boleh lari dari mengambil suplemen. Even tough zaman nenek moyang kita dahulu, usia kehidupan mereka lebih lama kerana jauh dari pemodenan dan teknologi. Sumber makanan pun dari alam semulajadi. Dan mereka bergerak aktif bertani dan bersawah, ke laut dan lebih banyak berjalan kaki. Kerana teknologi kenderaan belum maju dan menyeluruh. Kenderaan yang ada pun basikal dan golongan bangsawan sahaja yang mampu memiliki kenderaan 4 roda.

Mereka hidup bebas tanpa tekanan hutang tanpa penyakit-penyakit berjangkit yang pelik-pelik berbanding kita.

Zaman kita hari ini telah berubah. Dunia makin sakit, jiwa kita sakit, jasad kita pun sakit. Hidup makin mencabar.

Cuba lihat sekeliling anda. Sekarang anda berada di mana? Berapa jam sehari anda fokus untuk mengeluarkan peluh? Apa makanan yang akan anda ambil sebentar lagi atau sebentar tadi?

Fast Food? Food Panda atau masak sendiri.

Saya sendiri pun di saat ini sedang berada di kerusi office mengarang penulisan ini buat anda yang sedang mencari Pengedar Shaklee Kuala Terengganu. Dah 3 jam lebih saya duk mengadap laptop.

Pastu anak balik sekolah sekejap lagi, dorang perlu makan. Berperanglah di dapur sebagai pengurus rumahtangga.

Sedar-sedar dah petang hari, sibuk mencari rezeki. Ada masa saya luangkan masa berkebun, melihat anak-anak pokok sayur kat tepi rumah. Ini pun baru start semula selepas cuaca agak redup, hujan di sebelah petang dan malam. Sebelum ni, panas memanjang hingga banyak pokok-pokok mati. Jadi banyak aktiviti di dalam bangunan berbanding di luar.

Itu belum cerita adik-adik yang sedang meningkat remaja. Banyak cabarannya sebagai si kakak merangkap orang tua pengganti arwah Emak dan Ayah.

Anda pula bagaimana. Kenapa nak cari Vitamin Shaklee?

Saya yakin anda sama seperti saya dan pengguna-pengguna Shaklee yang lain, anda mempunyai masalah kesihatan atau mencari suplemen shaklee untuk ahli keluarga anda. Betul? Tahniah saya ucapkan kerana anda ada kesedaran kepentingan mengambil suplemen di Tahun 2023. Belum terlambat untuk mengubah lifestyle yang lebih sihat. In Shaa Allah.

Anda boleh klik di sini shopping cuci-cuci mata setiap produk Shaklee. Atau hubungi saya terus di whatsapp : 019-916 4276 untuk free konsultansi.

Di bawah saya kongsikan Testimoni Shaklee sepanjang 10 tahun saya mengamalkan Shaklee Suplemen Terbaik di Malaysia yang sempat saya tulis untuk manfaat semua rakan-rakan pembaca (klik baca pada link atau type di ruangan search box).

Ada yakin dan percayakan saya sebagai Pengedar Shaklee? Nak langgan produk Shaklee? Whatsapp segera untuk dapatkan Produk Promosi dengan harga lebih jimat dan menguntungkan bersama pulangan bonus 5% sehingga ke 21% setiap bulan.

Kelebihan anda mendaftar bersama kami.

Bagi yang pernah menjadi ahli Shaklee tetapi telah lama tidak aktif, boleh baca Cara-cara Renewal Shaklee dengan mudah di link ini.

Nak jana pendapatan tambahan dengan Bisnes Shaklee 3, 4 atau 5 angka setiap bulan? Hubungi saya : Your Trusted Bisnes Leader.

Semoga penulisan ini dapat membantu menyelesaikan masalah kesihatan anda dan juga keluarga anda. Kongsikan kepada orang sekeliling jika anda rasa bermanfaat. Dan semoga kita sama-sama dikurniakan seribu kebaikan. In Shaa Allah.

Sekian, Wassalam.

#NextLevelBlogging #blogmegashaklee #projekblogmega2 #shakleethrive2023 #shakleethriumph202#SetRahmahShaklee2023 #ResVivixCampaign #testimonishaklee #sakinahshaklee #shakleekualaterengganu


No comments:

Post a Comment