Showing posts with label Sakinah Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Sakinah Shaklee. Show all posts

Thursday, 1 June 2023

RAWAT JIWA GUNA KATA-KATA MOTIVASI DARI AYAT AL-QURAN

Di saat anda merasa terlalu lelah akan segala ujian kehidupan, berhentilah seketika bertafakur. Ambil kitab suci Al-Quran dan selaklah lembaran agongNya kata-kata Motivasi yang terindah bagi merawat jiwa agar tidak tersasar dalam membuat percaturan dan pilihan.

Sungguh kehidupan hari ini sangat mencabar. Namun percayalah cabaran dan ujian itu hanyalah “storyboard” hidup kita. Ia adalah alat yang mana akhirnya kita semua akan kembali kepadaNya jua.

Thursday, 9 March 2023

PENGALAMAN BERPUASA DI BULAN RAMADHAN DENGAN SET PUASA SHAKLEE

Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Allah SWT sekarang kita berada di Bulan Syaaban (Sewaktu saya menulis entry ini). Marilah sama-sama kita amalkan bacaan doa pendek ini setiap hari menuju Ramadhan :

“Ya Allah, berkati kami di bulan Rejab dan Syaaban serta sampaikan kami ke Bulan Ramadhan.” (Hadith Riwayat Ibn Abbas r.a)

Semoga Ramadhan kali ini adalah Ramadhan Terbaik buat kita semua berbanding tahun-tahun sebelumnya. In Shaa Allah.

Saturday, 25 February 2023

9 SEBAB KENAPA COMMUNITY BISNES SHAKLEE SANGAT BEST

Sebelum saya memulakan penulisan kali ini, saya ingin membuat pengakuan jujur.

Ini adalah pendapat dan pandangan peribadi saya berdasarkan kepada pengalaman selama 15 tahun dalam dunia perniagaan MLM, Conventional, Online Mahupun Offline. Ia tiada kata siapa salah atau sesiapa yang betul . Kerana pengalaman, cabaran dan ujian perniagaan setiap orang adalah berbeza.

Bacalah dengan hati yang terbuka dan berlapang dada. Pandanglah setiap point yang disampaikan secara positif. Semoga yang baik-baik sahaja dikurniakan buat korang.

Thursday, 9 February 2023

7 CARA BUAT DIET INTERMITTENT FASTING YANG BETUL

Korang pernah buat Diet Intermittent Fasting (IF)? Haa! Mesti korang baru nak cuba-cuba kan? Sebab tu korang sedang berada di sini. Lately Diet Intermittent Fasting adalah salah satu diet yang saaangat popular di dalam banyak-banyak diet seperti Diet NECK, Diet Keto, Diet Kalori, Diet Atkins dan juga diet yang lain-lain.

Tapi hari ni, saya nak share pasal Intermittent Fasting atau DIET IF. Actually Diet IF ni lebih healthy dan lebih relax. Korang boleh klik baca di sini : Apa Itu Intermittent Fasting?

Wednesday, 1 February 2023

PENGALAMAN GASTRIK TERUK GARA-GARA NAK KURUS 22 TAHUN LEPAS

Masa ni, form 2 rasanya.
Tengah discussion group Kem Sains.
Start form 1 (22 tahun lepas) saya start diet. Sebab saya rasa badan macam berisi dan gemuk. Saya merasa malu dengan perubahan badan pada waktu itu. Setiap pagi, saya akan skip sarapan pagi. Saya hanya akan makan Keropok Jajan Lidi Goreng atau Roti yang dijual di Koperasi Sekolah.

Tengah hari saya tak makan, saya akan ikat perut, simpan duit belanja untuk tambang naik Prebet Sapu (macam Teksi tapi guna Van) dan perbelanjaan peribadi keperluan anak dara seperti Pad Wanita, Bedak, Cream, Pencuci Muka dan lain-lain. Kadang-kadang, saya balik dari sekolah dah lewat petang. Saya akan spend masa untuk bersenam selepas Asar. Then, baru makan yang simple-simple je. Makan sedikit nasi bersama Ikan Rebus dan Air Perahan Asam Limau Nipis. Saya fikir asid dari Limau ni akan memecahkan lemak dalam badan.

Wednesday, 18 January 2023

8 TAHUN MERANA DISERANG GASTRIK SETIAP BULAN

"Puan dah lama ke Gastrik?" tanyaku kepada seorang Wanita yang tiba-tiba digerakkan Allah, datang whatssapku.

"Ya, saya ada Gastrik dari zaman sekolah lagi. Lama dah. Selalu pedih perut. Kadang rasa sesak nafas. Kadang migrain, berangin je nak marah." Jawap wanita tadi.

"Puan dah buat check up? Dah jumpa doktor?" Tanyaku lagi.

Sunday, 30 October 2022

EMAK KENA KUARANTIN COVID 14 HARI

Kini aku hanya mampu menumpang kasih kepada Emak kawan-kawan sahaja.

Buat korang yang masih ada Emak Ayah, hargai dan happykan mereka. Record lah setiap moments kalian bersama. Mungkin kita rasa tak perlu sebab ia seperti mengganggu masa emas kita dengan mereka.

Gunakan smartphone untuk kebaikan. Inilah salah satu kebaikan yang kalian akan sedar bila mereka telah tiada.

Percayalah korang akan merindui setiap saat kenangan bila mereka telah tiada.

Thursday, 22 September 2022

16 TAHUN LEPAS AKU DISERANG GASTRIK TERUK SETIAP BULAN

16 Tahun lepas (coretan ini ditulis 28 Sept. 2022), saya kerap ke Klinik Kesihatan UiTM untuk dapatkan rawatan sakit Gastrik dan juga MC.

Setiap kali ke Klinik yang berada betul-betul di hadapan kolej kediaman Tun Abdul Razak (TAR) pada waktu tu, saya naik malu. MO yang bertugas dah dapat cam muka saya. Dan soalan yang sama akan ditanya. "Nak cucuk ke nak ubat?"

Off course saya pilih ubat. Sebab saya malu nak cucuk. Tapi, sebaik balik ke bilik, saya hanya mampu buat koleksi hiasan di rak buku sahaja. Saya jarang makan. Rasanya macam ubat gigi🤣 Bezanya kurang pedas, just berangin.

Thursday, 26 May 2022

TERHENTI DOA MUSTAJAB SEORANG IBU MERTUA

Ini Foto Raya Aidilfitri Tahun 2020
Bismillahirahmanirahim.. Alhamdulillah.

Assalamualaikum semua pembaca yang dikasihi dan      dihormati. Dah lama saya tak menulis di sini. Sebenarnya saya banyak berkongsi di ruangan TikTok - Sakinah Mat Said

Hari ni, saya meluangkan waktu untuk kembali berkongsi tentang kisah hidup dan pengalaman yang mungkin dapat memberi pedoman, inspirasi dan motivasi buat kalian.

FYI (For Your Information), Tahun 2021 saya dan suami diuji dengan kehilangan Emak Mertua (MIL) yang dikasihi pada bulan Syawal iaitu 24 Mei 2021. Selasa ni, genap setahun arwah tinggalkan kami.