Tuesday 12 July 2016

HATI MANUSIA MILIK ALLAH

Assalamualaikum wbt..

Saya mendoakan semoga sahabat pengunjung blog sakinahms.blogspot.my sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan berbahagia selalu di samping keluarga tersayang.

Kita dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab. InsyaAllah.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin.

Sewaktu saya pulang dari Terengganu, saya belajar sesuatu sebagai orang pembeli dan musafir di jalanan.

Saya merupakan seorang peniaga yang masih dikatakan newbie dalam dunia perniagaan.

Terengganu?

Siapa tak kenal negeri Pantai Timur yang tersohor dengan keropok ikannya yang lazat kan. Semua pengunjung yang datang ke negeri ni, mesti takkan lepaskan peluang untuk membeli keropok di sepanjang gerai tepi jalan untuk di bawa pulang.

Ada keropok Mak Cik Gemuk lah, Keropok Bukit Tok Bat, Keropok Tawakal, Keropok Gasing.. Keropok nombor dan macam-macam lagi, namanya.

Mereka sanggup beratur panjang menunggu keropok ikan Terengganu untuk santapan di rumah atau makan sepanjang perjalanan. Nak-nak musim perayaan ni, kedai keropok banyak yang masih belum beroperasi.

Adat perantau.. bukan seringgit dua dorang borong. Beratus-ratus ringgit kalau sedap.

Dipendekkan kisah.. saya ni, orang Terengganu jugak. Tak puas makan keropok ikan. Tak sama dengan keropok kat sini. Dah jadi habit, asal balik Terengganu memang akan singgah kedai Keropok rebus Tawakal kat pengadang Baru, Kuala Terengganu. Dan keropok Gasing sebelum traffic light nak masuk sempadan cherating.

Alhamdulillah, ada rezeki kami di Keropok Tawakal. Emak beli dalam RM50++ je plus keropok vakum (sejuk beku). Sebab itu je yang ada. Limited sikit time-time raya nie.

Orang yang mai kemudian, berputih mata. Tiada pilihan melainkan yang vakum. Yang goreng pun tak de.

Then, kami teruskan perjalanan pulang.

Tiba di Keropok Gasing pulak, sekitar jam 7.30 malam. Malam makin gelap. Pandangan saya dan adik (yang drive) agak terbatas time malam. Kadar silau kami berdua amat lah tinggi.

So, kalau boleh tak mahu sampai lewat sangat kat kawasan Gebeng yang jalannya agak merbahaya. Gelap dan rosak akibat bauksit beberapa bulan lalu.

Masa kami sampai di Kedai Keropok Gasing ni, cust. dah ramai. So,si adik beratur lah tunggu giliran.

Saya dan yang lain, menunggu di dalam kereta sambil duk tengok masa berjalan. Langit makin gelap. Hati mula risau jika lewat gerak, lewat lah sampai. Slow lah perjalanan.

Tahap silau kami memang tahap bawak kereta cam semut merayap walau jalan tak jamp (jika dalam gelap + hujan pulak).

Saya dah berkira-kiranya, mencongak waktu untuk pi panggil adik yang sedang beratur. Cancel je beli keropok. Datang lain kali pulak. Sebab, dah beli Keropok Tawakal petang tadi. Ok, lah kan.

Saya bukan apa risau bila drive lewat malam. Jalan raya kat Malaysia nie bukannya semua cerah. Lampu jalan terpacak kat tempat-tempat tertentu je. Banyak kawasan yang tak de lampu dari ada. Nak kata tak bayar roadtax, cukai.. semua bayar.

Tapi... tak tahu lah Malaysia nie. Asal malam, mesti orang-orang macam kami meraba dalam silauan cahaya kereta yang kadang lampu tinggi, kadang lampu tak hengat dunia warna kuning pun ye, macam-macam warna pun ada. Huhuhu..

Oppss..!! apa lak duk membebel pasal lampu jalan nie :-)

Ok.

Belum sempat saya cancel, si adik dah mai dengan keropok rebus di tangannya. Alhamdulillah, ada rezeki kami. Dapat RM10 je. Bersyukur lah.

Apa yang dapat saya conclude di sini, hati kami (pembeli) Allah yang pegang. Hati ni milik Allah.

Rezeki setiap peniaga dah tersedia buat mereka yang berusaha. Peniaga Keropok tadi, tak kisah kalau saya tak jadi membeli sebab keropok mereka memang tak cukup ketika itu. Masih ramai pembeli lain sedang beratur.

Tapi, cuba bayangkan kalau keropok mereka tak laku. Tak de pelanggan lain. Hanya kami je. Tiba-tiba Allah gerakkan hati kami untuk cancel membeli. Mesti ada sedikit perasaan kecewa kan?

Papepun, nasihat saya. Usah kecewa. Mintak dengan Allah. Rezeki kita, pelanggan kita.. hati mereka, Allah yang jaga. Semuanya berlaku dengan kuasa Allah.

Saya hampir terlupa pasal keropok gasing. Tiba-tiba teringat kat si abang yang selalu borong keropok dorang bila masuk bandar Cukai sebentar tadi. Ini semua Allah yang gerakkan hati kami.

Begitu jugak dalam apa jua jenis perniagaan yang kita tawarkan.

Sebagai peniaga, bersabar lah. Ingat Allah selalu. Usah Give Up!!

Jika gagal, usaha lagi dan lagi. Cari ilmu dan Mentor yang betul-betul ingin membantu kita. Mohon dengan Allah tunjukkan jalan. Hadirkan insan-insan yang hebat-hebat, yang memang ingin membeli produk atau menggunakan servis kita.

InsyaAllah, Allah Maha Mendengar, Maha Pemakbul. Bila masanya akan tiba, hanya DIA yang Maha Mengetahui segala-galanya.

Ok.

All the Best kepada semua.

Salam Syawal, 7.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment