Monday 10 September 2018

ANAK MENJADI PEMINTA SEDEKAH KERANA EMAK STROK, AYAH MENINGGAL DUNIA

Jom ! bangkit demi masa depan anak-anak kita.
Assalamualaikum dan salam bahagia.

Pedoman buat Kinah, suami dan rakan semua :

"Kisah ni berlaku baru beberapa jam yang lalu.

Hakak singgah berhenti di tepi jalan berdekatan dengan Stesen Minyak Petronas. Sambil bergayut tepon.

Tiba-tiba ada anak kecil muncul memohon simpati hakak. (Anak kecil ini mungkin sebaya anak hakak yang dah lena di ulit mimpi di seat sebelah pemandu).

“Acik tolong saya acik.. emak saya strok, ayah saya dah meninggal dunia. Kami dah dua hari tak makan nasik.

Bagi lah berapa pun acik nak bagi. Saya nak wat beli beras.”

Mula-mula hakak macam ragu-ragu tak percaya.

Tengah-tengah malam, dengan muka keciannya. Sambil bergerak (hampa dan kecewa) membawa langkah kaki ke tempat sampah menguis-nguis tin kosong untuk dikumpul (pada agakkan hakak, maybe dia nak kumpul untuk dijual).

Selepas berfikir baik buruknya, Hakak pun tekan pedal minyak bergerak menuju ke arahnya sambil bukak sedikit tingkap kereta.

Hakak bukannya berani mana.

Kang kalau ada sindiket penipuan (Gunakan budak ni) naya hakak berdua dengan anak. Suami dah lah jauh. Huhuhu.

Tapi, kerana gerak hati belas ehsan dariNya.. hakak gigih lah cuba bantu.

Hakak berikan not duit kertas beberapa keping kepadanya untuk buat belanja keperluannya dan emak yang sedang strok.

Isunya kat sini, kita tak tahu sama ada anak tadi bercakap benar atau sebaliknya.

Hakak taw, ada asbab kenapa Allah hadirkan dia di saat hakak sedih dan kecewa, diuji olehNya.

Mungkin ini salah satu penyucian jiwa hakak supaya hati tidak berkelodak hitam. Allah itu Maha Pengasih dan Maha Pemurah.

Bila kita niat sedekah keranaNya InsyaAllah dilipat gandakan lagi rezeki kita. On the spot, hakak rasa tenang. Free je. Rupanya Allah nak berikan rezeki hati yang bahagia.

Alhamdulillah.

Bila jadi cam ni, ramai yang nasihatkan supaya jangan diberi duit. Bagi mereka makanan. Tapi, dalam keadaan dah lewat malam dan memikirkan keselamatan kami, duit je lah yang terbaik.

So, usah ditanya kenapa tak bagi makanan😄"

Ok.

Kawan-kawan, mari sama-sama kita muhasabah diri dari kisah ini.

Bagaimanakah nasib anak-anak kecil kita di saat kita telah tiada di dunia yang fana ini?

Adakah kita sanggup membiarkan nasib mereka seperti anak kecil tadi?

Ditinggalkan dalam keadaan tiada apa-apa.

Ye, kita semua akan mati. Dan kita sendiri tidak pasti bilakah giliran kita.

Dan bagaimanakah kematian kita. Dalam khusnul khatimah kah?

Atau mati dalam kehinaan. Atau mati meninggalkan hutang keliling pinggang untuk warisan anak bini.

Allahu..

Sedar lah. Bangkit lah !

Jangan diheret anak kecil yang tiada dosa dan noda ke lembah hina yang tiada noktah.

Kecian lah mereka.

Bangkit lah bina masa depan anak yang lebih baik. Andai kita mati awal sebelum mereka sempat meraih kejayaan dan kebahagian, at least masa depan mereka tidak jadi seperti anak kecil tadi.

Ok, kawan-kawan.

Belajarlah dari persekitaran. Belajar dan muhasabah dengan kehidupan. Allah hadirkan insan-insan ke dalam hidup kita ada hikmah dan asbab. Bukan sia-sia.

Allah Maha Besar, Allah Maha Agong. Allah Maha Kaya. DIA Maha Memberi Kekayaan.

Hubungi Kinah ; 019-916 4276 untuk tambah pendapatan dan baiki ekonomi keluarga kita melalui peluang bisnes Shaklee yang amat besar.

Jana pendapatan bersama Projek The Walking Beauty (TWB).
Bina Spa atas nama anda sendiri bersama produk Shaklee. Wasap 019-9164276.

Salam Maal Hijrah.

#GambarDariGoogle
#JomBangkitUntukMasaDepanOrangYangKitaSayang
#JourneySakinah
#PeliharakanlahDanJagaSertaLindungiAnakIbuSitiNurHafizhahAzzahra

No comments:

Post a Comment