Tuesday 27 August 2019

BUAH ANGGUR DISEBUT BERULANG KALI DI DALAM AL-QURAN

Siapa biasa minum nie? Pasti rasa macam mewah sangat kan.

Rasa pekat giller anggurnya. Masam tapi sedap. Pekat, manis dan likat, combination buah anggur dan buah-buahan purple.

Sedap tu satu hal. Rasa luxury itu satu hal. Tapi, miracle kuasa Allah tu yang tiada tolak banding dengan kewujudan buah Anggur ini.

Dalam Al-Quran, buah Anggur dipetik berulang kali. Disebut lebih dari 10 kali. Pasti ada asbab nya kenapa.

Dan asbabnya Allah, jadikan buah Anggur bukan sia-sia.

AYAT 1 : Surah Al-Baqarah, 2 : Ayat 266, M/s 45

" Adakah salah seorang di antara kamu yang ingin memiliki kebun kurma dan anggur yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, di sana dia memiliki semua jenis buah-buahan, kemudian tiba masa tuanya sedangkan dia memiliki keturunan yang masih lagi kecil. Lalu kebun itu, ditiup angin keras yang mengandungi api sehingga terbakar. "

AYAT 2 : Surah Yusuf, 12 : Ayat 36, M/s 239

" Dan dimasukkan pula dua orang pemuda bersamanya ke dalam penjara. Salah seorang daripadanya berkata, "Sesungguhnya aku bermimpi memeras anggur," dan yang lainnya berkata, "Aku bermimpi, membawa roti di atas kepalaku, sebahagiannya dimakan burung. "

AYAT 3 : Surah Yusuf, 12 : Ayat 49, M/s 241

" Setelah itu akan datang tahun, akan datang tahun di mana manusia diberi hujan (dengan cukup) dan pada masa itu mereka memeras (anggur). "

AYAT 4 : Surah Al-Nahl, 16 : Ayat 11, M/s 268

" Dengan (air hujan) itu, Dia menumbuhkan untukmu tanam-tanaman ; zaitun, kurma, anggur, dan setiap jenis buha-buahan. Sesungguhnya, yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berfikir. "

AYAT 5 : Surah Al-Nahl, 16 : Ayat 67, M/s 274

" Dan daripada buah kurma dan anggur kamu membuat minuman memabukkan dan rezeki yang baik. Sesungguhnya demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi yang berfikir. "

AYAT 6 : Surah Al-Isra', 17 : Ayat 91, M/s 291

" atau engkau mempunyai sebuah kebun kurma  dan anggur, lalu engkau alirkan sungai yang mengalir deras di celah-celahnya. "

AYAT 7 : Surah Al-Kahfi, 18 : Ayat 32, M/s 297

" Dan berikanlah (Muhammad) kepada mereka sebuah perumpamaan, dua orang lelaki, yang seorang (yang kafir) kami beri dua buah kebun anggur dan kami kelilingi kedua-dua kebun itu dengan phon-pohon kurma dan di antara keduanya (kebun itu) kami jadikan ladang. 

AYAT 8 : Surah Al-Kahfi, 18 : Ayat 42, M/s 298

" Dan harta kekayaannya dibinasakan, lalu dia membalik-balikkan kedua telapak tangannya (tanda menyesal) terhadap apa yang telah dia belanjakan  untuk itu, sedangkan pohon-pohon anggurnya roboh lalu dia berkata, " Betapa sekiranya dahulu aku tidak mempersekutukan Tuhanku dengan sesuatu apa pun."

AYAT 9 : Surah Yasin, 36 : Ayat 34, M/s 442

" Dan kami jadikan untuknya di bumi itu kebun-kebun kurma dan anggur serta kami pancarkan untuknya beberapa mata air."

AYAT 10 : Surah 'Abasa, 80 : Ayat 28, M/s 585

" Dan anggur serta sayur-sayuran. "

Penemuan Saintis kami, Anggur jenis Muscadine ni mempunyai 20 pasang kromosom yang boleh bantu repair sel kita yang rosak dari dalam. Dibanding anggur biasa hanya mempunyai 19 kromosom.

You know what? Kromosom tambahan inilah yang dipercayai membekalkan sejenis antipenuaan khas.

Malah kandungan kompaun polifenol dalam buah anggur ini adalah 40 kali ganda lebih tinggi daripada yang terdapat dalam wain merah. Bukan maksud suruh korang minum wain (Just let you know)😄

Ianya menyediakan lebih banyak faedah kepada kesihatan, fungsi imun yang lebih tinggi dan bersifat antioksidan yang sangat tinggi.

So, hebatnya kuasa Allah. Dengan keunikkan Anggur ni boleh memulihkan kesihatan tubuh badan manusia yang kritikal. Tapi, tak ramai yang tahu.

Ni Kinah beritahu lah nie😀

Siapa nak tahu lagi pasal Anggur Muscadine? Teruskan follow my blog dan set me See First FB : Sakinah Mat Said😍

Ok.

Sakinah,
~Always Happy💕

No comments:

Post a Comment