Tuesday 6 August 2019

DIARI AZZAHRA : 1 TAHUN 11 BULAN

Baby Shaklee : 1 Tahun 11 Bulan. Foto ni,
diambil pada 4/08/2019, di Giant, Kuantan.
Hari ni, genap anak Ibu Siti Nur Hafizhah Azzahra 1 Tahun 11 Bulan.

Alhamdulillah membesarkan Azzahra satu anugerah terindah dari Allah Yang Maha Esa.

Sorang anak yang jarang-jarang menangis. Sangat unik karakter nya. Sekali dia menangis itu tanda something happend.

Hidup dia penuh warna-warni. Always happy walau apa-apa jadi.

Beruntung anak Ibu. Hidup penuh kasih sayang, walau tidak mewah tapi rezekinya sentiasa melimpah ruah, tidak pernah putus.

Anak Ibu terlalu cepat membesar. Sometimes lagaknya seperti orang dewasa apabila di luar. Manjanya hanya di rumah, dengan Ibu dan Ayah.

Disaat ada yang pertikaikan rezeki susu Azzahra tak cukup, Alhamdulillah sehingga hari ini Allah masih berikan nikmat tersebut kepada Ibu. Nikmat fully breastfeeding.

Alhamdulillah anak Ibu sihat, cuma ujian dalam fasa membesarkan itu pasti ada. Demam sekejap, bukan tahap melarat. Actually, Ia bagus untuk antibodi.

Cuma bila mana kalau (ada anak-anak) terlalu kerap demam dan sakit tu kena buat rawatan susulan.

Alhamdulillah.. Berat anak Ibu normal mengikut ketinggian.

It's not easy sahabat untuk menyusukan anak sehingga 2 tahun.

Emosi kena jaga, mind set kena betul, hati kena yakin dengan rezeki dari Allah. Ilmu perlu digali from time to time.

Bukan semua orang support penyusuan Ibu sehingga 2 tahun. Di Malaysia, diakui masih kurang kesedaran untuk susukan anak sepenuhnya.

Alasan mereka susu kering selepas pantang. Sebenarnya, ilmu kurang. Ada cara untuk pastikan susu sentiasa ada untuk anak-anak kita.

InsyaAllah ada cara. Dalam Al-Quran sendiri ada disebut tentang kepentingan penyusuan Ibu dan anak nie. Kalau tak mampu jugak, cari Ibu Susuan. So, kat sini nak highlight nya penting susu Ibu yang tinggi antibodi dan tak mampu ditiru formulasinya oleh susu buatan manusia.

Bukan semua tidak setuju, dan walau setuju bukan semua melalui peluang indah tersebut. Ada yang langgar dinding dahulu, baru sedar. Ada yang berkali-kali gagal kerana tiada pendedahan ilmu.

Ok.

Jika anda ada hajat untuk susukan anak sendiri sehingga genap 2 tahun, Tahniah Kinah ucapkan. Dalam masa yang sama sentiasa menimba ilmu. Dan pastikan anda berada dalam circle mereka yang positif.

PROMOSI SHAKLEE OGOS 2019. WHATSAPP : 019-916 4276 UNTUK TEMPAHAN LANJUT.
Penting untuk pastikan circle anda, terdiri daripada mereka yang positif dan menyokong penyusuan Ibu.

Last before Kinah end this sharing, always mohon doa serta support daripada pasangan kita. Kerana mereka antara orang yang bertanggungjawab pastikan penyusuan kita as breastfeeding mom berjaya selain memohon doa kepada Yang Maha Esa, Maha Pemberi Rezeki.

Ok, all the best.

Love U, my daughter Azzahra. A lot of love to My Beloved Husband who always support my journey.
Foto asal : Kak Maria & husbandnya Master Firdaus. Kita pinjam edit untuk feelings dah sampai US for Shaklee Global Conference 2021. Aaminn.
Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

No comments:

Post a Comment