Thursday 17 October 2019

BACA 2 KISAH BENAR PEMILIK SPA INI SEBELUM BUAT BISNES MOBILE SPA ANDA

Beberapa tahun yang lepas, iaitu 11 tahun yang lalu. Pada waktu itu saya masih berada di Universiti dalam jurusan Diploma Seni Lukis dan Seni Reka (Tekstil). Dah 11 tahun berlalu rupanya, namun saya masih ingat satu pengalaman mahal dan berharga yang takkan saya lupa sampai bila-bila.

Pada tahun tersebut kami ditugaskan dalam kumpulan untuk merancang satu bisnes sebagai subjek wajib lulus untuk semester tersebut. Saya bersama 4 orang lagi rakan membuat keputusan untuk membina Bisnes Spa. Kumpulan kami terdiri daripada Husna, Mak Su (Amalina), Huda dan Amirul yang mana setiap daripada kami diberi peranan  untuk menggalas tangungjawab masing-masing.

Saya dilantik sebagai Financial Manager mungkin sebab kelebihan saya dalam ilmu matematik dan kira-kira, so saya menerima dengan senang hati. Pada saya Financial Manager adalah nadi dalam bisnes. Kalau pincang saya, maka pincang lah bisnes kami. Bukan senang nak bagi balance akaun bagi orang yang tidak pernah serius belajar ilmu akaun macam saya nie. Hehehe.

Ok, dipendekkan cerita untuk memulakan Bisnes Plan (BP) Spa, kami kena interview Usahawan-usahawan Spa terlebih dahulu. Bukan main tangkap muat, google di internet je. Memang kami melalui proses yang rare. Buat temu janji dan interview owner Spa di sekitar Machang, Kelantang.

Atas bantuan dan pengaruh rakan kami, Mak Su, kami bertemu lah dengan seorang owner Spa yang merupakan sorang single mother. Saya perasan, kebanyakkan bisnes woman ni terdiri daripada single mothers. Kecian, kan. Tapi, itulah hakikat yang sebenar kebanyakkan kehidupan wanita hari ini. Ramai yang diuji dengan pelbagai cara. Namun mereka bangkit keluar dari masalah itu dengan cara berniaga.

11 tahun lalu, bisnes Spa masih baru. Bahkan kami tak tahu pun pasal Mobile Spa. Agaknya belum familir atau belum ada pendedahan lagi. Sebab masa tu, penggunaan internet belum lagi meluas. Waktu itu, saya sempat lah jugak berniaga to up RM5, RM10. Memang laku keras lah. Sekarang ni je, to up dah tak laku. Ketinggalan zaman dah. Betapa cepat teknologi menguasai dunia kita.

Oppss! dah melencong ke topik lain pulak. Hehehe.

So, apa hasil kami selepas selesai interview Owner Spa tadi?

Beliau berkongsi, bisnes Spa ni tak susah pun. Bisnes yang menguntungkan sebab kita hanya menggunakan bahan-bahan mentah yang sedikit semasa servis pelanggan. Picit sikit, gosok-gosok, dah berbuih. Boleh tahan berbulan-bulan.

Cuma yang agak mahal dan perlu extra bajet ialah dari segi penyediaan peralatan dan operasi Spa ini. (Sambil beliau bawak kami masuk ke bilik Spa untuk tunjukkan peralatan yang dimaksudkan).

Ada katil untuk facial, Mesin Steamer yang multi-function, ada kerusi, perkakas seperti besen, picagari, botol-botol & bekas sabun, rak dan banyak lagi.

Actually bisnes Spa akak ni, saya boleh katakan bersaiz sederhana. Beliau menggunakan ruangan bilik yang hanya boleh memuatkan pelanggan 2 orang dalam satu masa dan di situ juga beliau tinggal bersama anak-anaknya. Ada bilik khas untuk Spa. Ada ruangan menunggu merangkap ruang tamu mereka.

Beliau menyewa rumah kedai.

Walau peralatan ini semua ada tempoh lupus, jangka hayat yang panjang menjadi kan aset dalam bisnes beliau, tapi paling rendah mesti nak kena ada modal RM10 000 untuk permulaan. Itu yang asas lah.

Ini belum termasuk cost belajar skill Spa dan ilmu nak run bisnes. Bab ilmu.. lain cerita pulak, bajet pun lain.

"Mesin-mesin ini semua yang membuatkan perbelanjaan nak run bisnes jadi besar. Akak tak ada staff. So, akak buat servis sendiri buat masa sekarang. Akak nak kena mentain sales untuk cover cost set up bisnes dan operasi bisnes akak."

Berapa lama untuk balik modal?

Kalau ikut anggaran kasar, dalam 3 bulan pertama baru boleh cover cost permulaan tadi. Bergantung kepada sales bulanan.

Haa ! banyak jugak ye perbelanjaan nak run Spa fizikal macam ni. Tapi, anda sekarang beruntung. Tak perlu bersusah payah macam akak ni dah.

Sekarang, buat bisnes Mobile Spa laju menguntungkan dan menjimatkan. Tonton video di bawah ini, 5 kelebihan Buat Bisnes Mobile Spa yang perlu anda tahu.


Ok. Dah tonton.

Saya ada satu story menarik lagi. Ini kisah benar berlaku kepada salah sorang daripada kenalan saya. Saya bahasakan beliau, Kak Di (Bukan nama sebenar).

Kak Di ni dulu pernah mengusahakan Spa macam akak tadi jugak.

Spa nya lagi besar dan bajet permulaan RM30 000. Katanya bisnes Spa ni memang seronok dan menguntungkan. Sebab orang perempuan memang sukakan kepada kecantikkan.

Nak upsales pun senang kata nya untuk servis Spa. "Sehari memang boleh dapat RM1000 - RM2000. Puluh-puluh ribu setiap bulan akak dapat".

"Akak bukak kedai hari-hari sebab demand tinggi. Lagi pun Kak Di ada staff. Jadi kalau tinggalkan kedai Spa, still ada staff yang run servis kan".

"Cumanya silap akak. Akak percayakan staff akak. Akak pergi bercuti. Balik daripada cuti, akak ditipu. Akak alami kerugian yang sangat besar. Bisnes yang akak bina selama ini musnah di tangan orang lain. Akak tak ada apa-apa dah".


"Akak stop. Memang sayang sebab dah banyak akak berhabis duit dan peralatan semua tersadai kat rumah. Kalau ada orang nak buat spa, akak berikan je. Tak sanggup dah nak mula balik.".

Nampak betapa keciwanya Kak Di.

So, korang kalau nak buat bisnes Spa buatlah pilihan yang bijak. Ambil lah dua kisah di atas ini sebagai pengajaran dan pedoman kita bersama-sama.

Jom ! tonton 10 Kelebihan Kursus Mobile Spa The Walking Beauty (TWB) Kuantan di bawah ini.


Nak bina spa bersama The Walking Beauty (TWB) Kuantan? Klik di sini untuk pendaftaran https://mastersakinah.wasap.my/ atau whatsapp : 019-916 4276 (TYPE : Nak Training Spa TWB).

No comments:

Post a Comment