Thursday 13 April 2023

3 CARA MUDAH KURUS DENGAN CEPAT

Sesungguhnya GEMUK itu satu ujian dan KURUS pun satu ujian. Saya pernah beberapa kali Gemuk. Berat paling tertinggi saya pernah capai adalah 84kg pada 17 Julai 2022. Iaitu tahun lepas, selepas raya Aidiladha rasanya. Dan saya pernah Kurus Dengan cepat, berat 45kg. Masa tu memang kurus keding, di usia 15 – 16 tahun. Tapi, tempoh kurusnya sekejap sahaja.

Tempoh Gemuk lah yang paling lama dan azab sangat. Huhuhu.

Sejak saya duduk asrama berat badan semakin naik. Cuma kelebihannya saya masih muda, aktif bergerak, naik turun bukit ke fakulti, ke library, ke mall pun banyak berjalan kaki sebab menggunakan public transport semasa belajar di UiTM. UiTM Machang dan Shah Alam memang banyak bukit, banyak nak kena daki anak tangga. Jadi tak terasa sangat lah kenaikkan berat badan tu.

Sehinggalah tamat belajar, mula bekerja, stress mencari kerja (boleh baca Entry saya Bagaimana strugglenya kehidupan selepas graduate sehingga akhirnya memilih buat BISNES ONLINE). Then, saya dah kurang naik turun bukit, kurang berjalan, lebih banyak drive dan duduk mengadap laptop, phone. Berat yang paling tinggi yang pernah dicapai zaman bujang adalah hampir 80kg.

Perjalanan Kurus Dengan Cepat

Gambar di bawah ni 75kg dengan program Now Everyone Can kurus (NECK) selama 100hari saya berjaya lost 21kg. Ini kiranya rekod terbesar lah dalam hidup saya. Alhamdulillah.

Berjaya Kurus Dengan Cepat

Namun kegembiraan itu hanya sementara. Bila saya sibuk uruskan persiapan perkahwinan di usia 28 tahun, berat mula naik perlahan-lahan tapi still di bawah 60kg. Terbalik kan. Orang nak kahwin lah sepatutnya kurus. Kahkahkah.

Saya stress nak kahwin sebab tak ready. Ikutkan tak nak kahwin lagi. Nak buat cam mana, jodoh dah sampai. Nak tak nak kena on. Sebab bakal suami dah lama menunggu. Saya asyik bertangguh je dengan alasan fikir tanggungjawab kepada adik-adik dan nak happykan Emak Ayah.

Ok, dipendekkan cerita.. selepas kahwin berat makin bertambah dah makin susah nak kurus. Huhuhu.. Kurus Dengan Cepat dalam pantang. Selepas pantang naik semula taw korang. Saya malu dengan semua followers, pelanggan-pelanggan yang selama ini ter inspirasi dengan kejayaan KURUS DENGAN CEPAT saya sebanyak 21kg dalam masa 100 hari.

Nak buat cam mana hidup tetap perlu diteruskan.

Cara Mudah Kurus Dengan Cepat

Saya cuba untuk kurus. Saya buat Kurus Detox dengan bantuan Coach Detox dalam masa 2 minggu, Alhamdulillah berjaya kurus 3kg. Tapi, sejujurnya bagi saya azab. Struggle nya lah buat Kurus Detox ni. Saya tak boleh follow sepenuhnya. Saya buat sekali jalan sahaja lah untuk tempoh 2 minggu.

Mungkin faktor usia jugak. Metabolisma badan dah drop, orang sekeliling pulak asyik ajak makan je. Hahaha. Ayat yang selalu diulang-ulang menguji kesabaran dan nafsu makan. “Tak nikmat hidup kalau menolak rezeki kat depan mata.” Nanti dah mati, tak boleh makan dah.” Memang sangat mencabar.

Program Detox Shaklee
Masa ni berat 73.80kg. Selepas saya balik menetap di Terengganu berat bertambah sehingga 84kg.

Sebenarnya kan.. Program Kurus detox ni bagus untuk reset kesihatan kita untuk remove toksin-toksin yang mengganggu penyerapan zat-zat nutrien yang baik ke dalam badan. Tapi, kalau nak Kurus Dengan cepat dalam masa yang sama Kurus yang enjoy, better tak perlu follow. Nak buat 6 bulan sekali ok lah.

Memang kita nak kurus dengan cepat tapi kita tak nak lah tertekan disebabkan kita tak enjoy. End Up nanti gemuk semula.

Okey, sepanjang 5 tahun kebelakangan ni, saya try and error cam mana nak Kurus dengan Cepat?

Walau kita perlu sedar nak gemuk pun makan masa berbulan-bulan, takkan lah ada cara kurus 20kg dalam masa seminggu. Tipu sangat taw. At least kurus yang selamat dan sederhana biarlah kadar penurunannya antara 4kg ke 10kg sebulan.

Penurunan ni bergantung kepada berat badan seseorang individu itu. Mereka yang Obesiti melebihi 30kg lebih banyak turun berbanding mereka yang hanya lebih berat 5kg ke 10kg.

Jadi kalau anda melihat iklan Kurus Dengan Cepat 20kg seminggu tu, kena lah berhati-hati, kena check betul-betul caranya. Sepanjang saya terlibat dalam pelbagai Program Kurus, ada 3 Cara sahaja Mudah Kurus dengan Cepat ;

Dan cara ini boleh Kurus 100gram ke 500gram setiap hari. Syaratnya wajib berpuasa atau buat Diet Intermittent Fasting.

Anda kiralah berapa kilo lemak yang anda nak buang dari badan.

Contoh :

CARA KURUS DENGAN CEPAT PILIHAN 1 (Kita ambil kiraan seminggu, 7 hari ya).
7 hari x 300gram (saya ambil yang sederhana) = 2.1kg dalam masa seminggu.

CARA KURUS DENGAN CEPAT PILIHAN 2
7 hari x 500gram (saya ambil yang hardcore) = 3.5kg dalam masa seminggu.

CARA KURUS DENGAN CEPAT PILIHAN 3
7 hari x 100gram (saya ambil yang paling sempoi, relax-relax, chill-chill) = 0.7kg dalam masa seminggu

Ok, untuk Cara 1 Kurus dengan cepat :

Anda masih boleh makan macam biasa di bulan puasa, tetapi jaga portion pengambilan makanan.

Elakkan air manis, dessert manis, dan kalau boleh Cut Gula terus. Sebab Gula ni kalau ambil berlebihan ia akan menjadi “racun”, dan menjadi punca susahnya nak kuruskan badan.

Bukan itu sahaja. Dalam karbohidrat, buah-buahan pun dah ada gula (Glucose, Fruktose). Jadi sebab itu better Cut Gula. Dan tukar kepada pemanis seperti madu dan gula perang.

Seterusnya cukupkan keperluan air putih mengikut formula berat 25kg : 1 liter air. Kat sini lah air putih memainkan peranan bantu korang Kurus Dengan Cepat.

Nak tak nak anda kena follow cara ini. Still boleh ambil tapi bersederhana. Adjust atau tukar dengan alternative hidangan yang lebih sihat.

Saya dah buktikan yang boleh turun, 1.75kg dalam masa 4 hari sahaja.

Kurus Dengan Cepat di bulan Puasa

Untuk Cara ke-2 pulak, ia agak extreme. Saya pun dah cuba.

Anda tetap kena cukupkan keperluan air putih seperti formula di atas. Tapi, kalau nak result 500gram setiap hari wajib Cut terus gula. Tak perlu ke Bazar semata-mata nak ambil mood Ramadhan. Sebab nanti akan penuh plastik makanan dan minuman kat tangan kiri dan kanan. Al-maklumlah bulan puasa semua nampak sedap je.

Make sure jaga portion makanan juga. Makan sekadar untuk tenaga bukan mengikut selera dan nafsu.

Bagi Cara ke-3 Kurus Dengan Cepat ;

Yang ni, memang chill-chill sahaja. Buat apa kalut-kalut sekat itu ini. Makan seperti biasa, jaga portion, makanan manis sekadar merasa kalau teringin. Tetapi untuk semua cara di atas anda kena berhenti makan dan minum sebelum jam 9 malam sewaktu bulan puasa. Elakkan moreh selepas Terawih ya.

Kalau anda moreh dengan pelbagai juadah jawapnya memang tak turun berat badan. Silap hari bulan berat bertambah-tambah lagi. Hilang lah impian nak Kurus di pagi raya.

Sekarang dah nampak macam mana nak Kurus Dengan Cepat.

It’s not easy guys Kurus Dengan Cepat begitu sahaja. Saya dah try tanpa mengambil apa-apa suplemen sangat mencabar. Kerana kita ada nafsu makan. Malaysia ni memang syurga makanan. Dan kita sentiasa terdedah dengan toksin setiap hari.

So, untuk membuatkan journey Kurus anda lebih chill seperti cara 1, 2 dan 3 ambil lah sekali dengan Set Kurus Terbaik Shaklee. Tekan link ini untuk baca tentang Set kurus Shaklee.

Selain itu, gunakan kesempatan berpuasa di bulan Ramadhan ini dengan ber senam at least 20 minit. Tak sempat, buat lah senaman mudah seperti Squat 30x, Sit Up 30x, Climbers 30x, Lunges 30x, Crunches 30x. Pelbagaikan supaya tidak cepat bosan dan elak give up. In Shaa Allah anda boleh kurus dengan bantuan Set Kurus Shaklee dan bersahur boleh cuba MENU SAHUR Sihat ini (Tekan link dan baca).

Selamat mencuba Cara Mudah Kurus Dengan Cepat ini. Nak Suplemen Shaklee, boleh roger-roger saya, Sakinah : 019-916 4276.

Sehingga kita bertemu kembali di lain entry.

Sekian, wassalam.

#NextLevelBlogging #blogmegashaklee #projekblogmega2 #shakleethrive2023 #shakleethriumph2023 #SetRahmahShaklee2023




No comments:

Post a Comment