Tuesday 11 April 2023

SHAKLEE BISNES ONLINE TERBAIK DI MALAYSIA


10 Tahun lepas saya mencari informasi-informasi berkaitan Apakah BISNES ONLINE Terbaik yang sesuai dengan diri saya pada waktu itu. Saya tidak melihat kepada bisnes-bisnes francais yang hebat, gah seperti KFC atau Mc Donald. Apatah lagi jenama bisnes Oil & Gas seperti Petronas dan Shell. Saya tahu semua itu bermodalkan besar. Mustahil untuk saya ceburi.

Apalah sangat yang saya ada sebagai seorang penganggur terhormat selepas ditamatkan kontrak mengajar pada Jun 2014. Sebagai bekas guru di sebuah International School dalam bidang seni lukis dan seni reka, saya hanya tahu pasal design, lukisan dan kesenian. Pernah lah buat bisnes secara suka-suka zaman belajar. Itu pun zero cost dan tak kisah pasal untung. Buat bisnes suka-suka. Asalkan barang habis terjual pun sangat happy sebab tujuannya cuma untuk menolong kawan. Dapat lah untung, boleh buka akaun Maybank buat kali pertama.

Alhamdulillah, akaun tersebut masih aktif sehingga hari ini. Itu zaman belajar, market saya hanya bertumpu kepada keperluan semasa pelajar-pelajar universiti dengan menjual Reload To Up RM5, RM10. Ada jugak saya jual fabrik, tudung sesuai lah dengan budak tekstil.

Selepas tamat belajar saya ada join bisnes MLM, fokus market di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka. Seronok jugak sebab ada support dari Mentor dan team. Tapi tak lama. Saya balik ke Kuantan sebelum Convo Degree, konon nak fokus market di sana sebab tiada hasil yang memberansangkan walau berbulan-bulan buat Bisnes ini secara offline. Ada sambutan dalam 3, 4 orang sahaja dalam tempoh 9 bulan. Penat, merata edar flyers ke blok-blok kediaman rumah flat, rumah taman dan bus stand. Kadang dikejar anjing. Bila diingatkan balik, itu semua kenangan dan juga pengalaman yang amat mahal.

End Up bisnes tu pun dah bungkus. Jadi saya serik dengan bisnes MLM. Hahaha.

Saya join bisnes MLM ni pun disebabkan umpan kawan. Kuat betul pengaruh kawan. It's ok. Masing-masing tengah darah muda. Tujuannya buat bisnes cuma nak bahagiakan Emak Ayah dari hasil bisnes ini tidak kesampaian.

Masa tu belum kenal Bisnes Online.

After convo rasanya, saya dapat tawaran mengajar sebagai Pensyarah Part Time/ Full Time UiTM Cawangan Kuala Terengganu. Maka terhenti lah episod ber bisnes saya dalam tempoh mengajar. Tamat kontrak di UiTM, saya struggle cari kerja lain pulak. Alhamdulillah dapat mengajar lagi sebagai Guru Ganti di Sekolah Menengah Kebangsaan.

Bukan mudah nak bertahan dalam dunia mengajar sebagai pendidik yang makan gaji. Gaji waktu itu pun dibayar sangat-sangat rendah dari kelayakkan. Dan gaji pun dibayar sangat lambat. Bayangkan dah habis kontrak 3 bulan, baru dapat semua gaji. Itu pun selepas follow up berulang kali dengan Pejabat Pendidikan Daerah. Tak taw macam mana saya boleh bertahan. Syukur stay dengan keluarga. Kalau tak, mustahil untuk saya menerima.

Saya sentiasa ada isu gaji dibayar lambat seperti di UiTM. Walau namanya sangat gah di mata masyarakat, saya anggap ini sebagai ujian saya. Bukan mudah untuk menjawat jawatan Pensyarah mahupun guru berstatus tetap yang lebih terjaga kebajikannya.

Saya menerima dan bersabar kerana ingin menambah pengalaman. Kalau menolak mungkin saya akan menanam anggur lagi. Hehehe. Sehingga lah ke kali terakhir saya menamatkan career teaching di International School.

Saya jenis yang sangat serik untuk menganggur di usia 26 tahun. Saya membuat keputusan mula berniaga. Kembali aktifkan Impian-impian saya yang tertangguh sebelum ini.

Jadi saya mengambil masa 3 bulan secara serius, mula mencari informasi Apakah Pilihan Bisnes yang saya ada?

Dah berusaha mencari kerja tidak berjaya, attend interview pun tidak terpilih, saya pernah terpilih untuk menduduki beberapa exam kelayakkan jawatan seperti Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD), Designer under SPA, Kurator Muzium tetapi semuanya gagal. Maka kepala mula berfikir untuk berniaga. Why not try? Berniaga pun ada peluang career development jugak berbanding kerjaya makan gaji.

Career Development, Bisnes Leaders National Conference Tahun 2023 yang telah dianjurkan oleh Bisnes Shaklee.

Betul tak? Sebab sebenarnya bila berbisnes  kita membuka peluang kerjaya kepada orang lain berbanding kerja makan gaji, dimana kita hanya menunggu duit gaji hujung bulan untuk diri kita dan keluarga.

Tapi dengan buat bisnes ini, kita ada extra tanggungjawab yang perlu diuruskan iaitu membimbing rakan-rakan bisnes jana pendapatan yang lebih jugak. Ia jauh lebih baik bagi mereka yang sukakan kepada memegang tanggungjawab, terutama mereka-mereka yang ada kebolehan kepimpinan.

Oh! ya dalam tempoh 3 bulan itu saya dah mula berniaga kuih-muih dan sup Gear box semasa bulan puasa di hadapan sekolah rendah. Market saya adalah guru-guru, parents dan pelajar-pelajar serta orang lalu lalang di situ. Ada hari habis jualan, ada hari tak habis. Yang habis tu kadang sedeqah. Kadang makan untuk berbuka dengan keluarga. Bisnes makanan ni, kita tak boleh recycle. Tak sesuai dan tidak fresh.

Dipendekkan cerita dalam bulan September 2014, terjumpalah Bisnes Online Shaklee yang mana ia sesuai sangat untuk saya, (anda boleh cuba jika tujuan dan ciri-ciri pilihan kita adalah sama) :

BISNES MODAL RENDAH sebab saya tiada saving yang banyak.

Saya sign up ahli dengan Free Membership serendah RM700++. Tapi sekarang, RM99 pun dah automatik dapat Free Membership termasuk SET VITAMIN KULIT RAHMAH Murah sangat-sangat.

Dah lah murah. Pastu, sistem Bisnes Online Shaklee sangat mudah.

BISNES ONLINE BERSISTEM

Part ni ter sangat lah penting. Saya dah pernah buat bisnes lain sebelum ini secara suka-suka (seperti cerita di atas). Tetapi jika bisnes pilihan kita mempunyai Sistem di mana kita tahu bila akan berlakunya bayaran Cash Bonus, berapa jumlah percentage nya, bagaimana kiraan untung runcit, untung jualan, bonus mengajar orang lain untuk menjana income, kan best.


Ada 11 jenis peluang bisnes dalam Shaklee yang memberikan Unlimited Income. 

Dalam masa yang sama Shaklee ada sistem kiraan untuk kelayakkan Bonus Kenderaan dan Bonus Percutian setiap tahun. Sebagai orang yang kurang ilmu bisnes, bagi saya ini adalah ter sangat advance. Saya bukan orang yang pandai bab sistem atas talian.

Saya pernah membantu En. suami buat bisnes jualan bajanya. Suami lah founder, suamilah yang urus everything dari segi production, marketing, penghantaran, kiraan untung dan komisen. Penat dan sangat berbeza dengan Bisnes Online Shaklee.


Semua bersistem di dalam website anda yang sah berdaftar dengan Shaklee.

Di sini, saya dah tak perlu pening kepala nak memikirkan cam mana nak buat semua itu. 

Pastukan apa yang membuatkan saya lebih seronok dengan Sistem Bisnes Online Shaklee ini berlaku di hujung jari sahaja berbanding 10 tahun lepas kita perlu ke HQ buat secara manual.

Urusan penghantaran dalam jumlah yang besar mahupun kecil (Walau satu unit Cream Multipurpose Herbal Blend) pun dilakukan oleh company.

Sekarang, Bisnes Online Shaklee ada semua tu. Shaklee lebih up to date mengikut perubahan teknologi semasa yang lebih pantas dan cepat.

TAK PERLU SIMPAN STOCK sebab saya tiada modal besar untuk restock produk.

Syukur Bisnes Online Shaklee tak mewajibkan kita berbuat demikian. Melainkan anda ada bajet extra baru lah digalakkan untuk ada stock sendiri dalam kuantiti yang terkawal mengikut demand kawasan anda. Stock ni ibarat seperti gula. Di mana ada gula di situ ada semut. In Shaa Allah laku keras jika kena caranya.

Tapi tak perlu risau kalau tak de stock. Nama pun Bisnes Online kan. Semua dihujung jari. Kita pun dapat reach lebih ramai customers seluruh Malaysia. Saya baru sahaja selesai submit order thru online customer di Shah Alam. Sedangkan saya berada di Kuala Terengganu pada waktu ini.

Mudahkan Bisnes Online. Tak perlu travel ke sana, tapi barang sampai kepada customers sendiri. Urusan pengeposan diuruskan oleh staff Shaklee di bahagian Delivery.

Jujur saya kongsikan ya. It's not easy nak manage penghantaran stock dalam jumlah yang banyak seorang diri tanpa staff.

Saya masih ingat lagi, semasa PKP tahun 2020. Demand produk Shaklee tersangat lah tinggi, jadi saya ada juga menguruskan penghantaran menggunakan courier J&T dan Pos Laju untuk certain order seperti alamat di luar kawasan Gdex coverage. Ada jugak customer nak Suplemen Terbaik, hot items di Shaklee tetapi stock di HQ dah habis. Kiranya saya ada lah simpan stock untuk customers. Nak cakapnya penat jugak nak uruskan courier. Nak kena double check supaya tidak tersilap alamat. Nanya kalau tersilap.

Saya pernah membuat kesilapan tersilap key in alamat penerima. Masak lah nak menjawap dengan customers. Sejak daripada kejadian itu setiap kali saya nak pos barang, mesti double check, double confirm dengan customers terlebih dahulu. Syukur Allah hadirkan customers yang sangat memahami dan bertoleransi.

Mana-mana bisnes pun memang kena berhati-hati bila melibatkan urusan pengeposan. Cuma advance Bisnes Online Shaklee ni, kita buat bila perlu sahaja.

Ya lah, kalau pembelian biasa RM300 atau RM188 (Promo Set Vitamin Kulit bulan ini) customers dapat Free Postage, Free Membership. Takkan korang nak bayar lebih untuk postage. Kalau saya uruskan ada cas tambahan lain. Jadi company dah memudahkan. Shaklee yang tanggung cost postage, bukan anda.

SYARIKAT YANG STABIL DAN BER KREDIBILITI

Ok, pesanan saya untuk memulakan bisnes jualan produk orang lain pastikan anda membuat kajian terlebih dahulu latar belakang syarikat tersebut :

Dah berapa tahun beroperasi? Siapa pengasas nya? Adakah produk yang dijual selaras dengan kepakaran, visi dan misi syarikat. Ada tak rekod buruk syarikat? Apa yang syarikat tawarkan kepada ahli-ahlinya.

Anda boleh baca Kelebihan Bisnes Shaklee Suplemen terbaik (Tekan dan baca) di Malaysia dalam posting saya sebelum ini.

FYI, di saat pandemik Covid melanda dunia dan Malaysia pada tahun 2020 hingga 2022, Shaklee tidak pernah gagal membayar Cash Rewards dan Leadership Bonus serta Car & Intensive Trip Rewards kepada pengedar-pengedarnya yang layak setiap bulan, sepanjang tempoh 3 tahun kita diserang Covid sebanyak RM372 Juta ringgit. Banyak kan. 



Di saat company lain banyak yang gulung tikar, tutup premis jualan, Shaklee masih mampu bertahan sebab Shaklee adalah Bisnes Online yang menawarkan produk-produk kesihatan, beauty dan penjagaan rumah dari seawal usia bayi sehingga warga emas.

Selagi ada perkahwinan, selagi ada kelahiran, selagi itu produk Shaklee mendapat permintaan. Tambahan disebabkan bisnes online yang sangat meluas, semakin ramai aware tentang preventive treatment melalui suplemen Shaklee.

Bisnes Online Shaklee membantu customers mendapatkan PRODUK YANG BERKUALITI DENGAN HARGA SANGAT MURAH.

Kenapa saya berani katakan Shaklee adalah Produk yang berkualiti?

Ini adalah kerana Shaklee telah melantik kumpulan Saintis yang berpengalaman dan pakar puluhan tahun di dalam bidang kesihatan nutrisi. Ia bukan produk OEM yang timbang kilo dan bancuh-bancuh terus siap. Produk Shaklee perlu melalui 350 kali ujian saringan kualiti sebelum dihasilkan bagi setiap batch.

Tetapi harga yang dijual kadang tidak masuk akal. Sebagai contoh : Promosi Set Rahmah, harganya serendah RM3.30 sahaja per hidangan yang terdiri daripada Sustained Release Vita C Plus dan Energizing Soy Protein Powder. 

Nak hasilkan kedua-dua produk ni ambil masa yang sangat lama taw. Sebab produk Shaklee Non-GMO. Tiada kacukan atau pengubahsuaian genetik. Kalau yang cepat matang tu adalah produk GMO.

Satu Set ni RM99 SAHAJA, FREE Membership. Jimat banyak giller. Normal Price dua items ni RM289 taw.

Bayangkan kacang-kacang soya perlu menunggu tempoh matang yang normal baru lah dapat hasilkan ESP. Itu pun process penghasilannya dibasuh menggunakan air bukan alkohol seperti sesetengah company diluar sana.

Buah Jagung pun sama, kena betul-betul matang baru lah menghasilkan Ascorbic Acid yang ada gabungan bioflavanoid dan bersifat sustaine release (Perlepasan secara berperingkat-peringkat). 

SHAKLEE SYARIKAT YANG SANGAT SUPPORTIVE yang sentiasa berusaha membantu pengedar-pengedarnya grow dalam Bisnes Online mahupun secara Offline.



CIRCLE BISNES YANG SANGAT POSITIVE MEMBANTU DAN BERPENGALAMAN

Alhamdulillah, saya telah menghampiri tahun ke-10 (Sept. 2014 - untill now 2023) dalam Bisnes Online Shaklee ini. Syukur berada dalam circle bisnes yang sangat positive, saling membantu antara satu sama lain tidak mengira pangkat, atau siapa kita, muda atau tua, Suri Rumah atau golongan Proffesional.

Bagi circle bisnes kami, semakin banyak memberi semakin banyak yang akan kita peroleh dalam bentuk ganjaran pahala dan dipermudahkan segala urusan bisnes. Bahkan ia ibarat seperti sedeqah. Kita guide team, walau berbeza organisasi sekali pun, Allah hadirkan rezeki yang hebat-hebat dan tidak disangka-sangka.

Itu uniknya circle Bisnes Online Shaklee. Anda boleh tekan dan baca juga 9 Sebab Community Bisnes Shaklee Best di sini.

BISNES GAYA INTROVERT

Berita baik buat anda jika anda seorang yang Introvert sama seperti saya. Adakala saya agak kekok berhadapan dengan orang yang belum dikenali. Adakala saya tidak sempat untuk berjumpa orang secara Offline kerana kenkangan masa dan tuntutan tugasan hakiki sebagai Suri Rumah Suri Bisnes serta pengurus beberapa projek keluarga.

Ada masa kita perlu spend quality time bersama family seperti gathering, hari raya dan bercuti. Tetapi team kami, Master 2 Beradik telah membangunkan satu Modul Bisnes Gaya Introvert yang lebih mudah dan fleksible tanpa perlu menonjolkan diri di kalangan ramai.



Nak tahu details dan ingin buat bisnes online Shaklee bersama-sama my team, anda boleh tekan link ini untuk pendaftaran atau pertanyaan lanjut, Coach Bisnes Online Anda ; Sakinah.  

Ok, sehingga kita berjumpa lagi di lain entry. Terima kasih anda setia membaca sehingga ke ayat terakhir ini.

Saya doakan semoga anda peroleh manfaat dan kebaikan serta dipermudahkan segala urusan dalam usaha menambah pendapatan keluarga. Saya yakin anda di sini, kerana anda sedang berusaha mencari extra income secara online. In Shaa Allah, Bisnes Shaklee pilihan terbaik anda.



Sekian, wassalam.

#NextLevelBlogging #blogmegashaklee #projekblogmega2 #shakleethrive2023 #shakleethriumph2023 #SetRahmahShaklee2023 





No comments:

Post a Comment