Thursday, 12 March 2015

5 TIPS MUDAH SOLAT DHUHA SETIAP HARI DI TEMPAT KERJA


Pagi di Terengganu.
Assalamulaikum dan selamat petang.

SMS doakan anda semua sentiasa berbahagia dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT dalam apa jua perkara dan niat.

InsyaAllah.

KISAH PAGI TADI

Pagi, tadi ketika saya baru je nak memulakan solat dhuha. Tiba-tiba, ada tetamu bagi salam. (Jam lebih kurang 8.30 pagi).

So, saya cepat-cepatlah pergi jenguk sekejap di muka pintu dengan bertelekung solat.

Ooo, ada pelanggan Emak rupanya. Nak ambil tempahan kuih Karipap. Mak pulak tak de, kat rumah.

Maka, saya layanlah dia sekejap.

Dia mintak maaflah, sebab ganggu saya katanya.

Dia tanya : Nak solat dhuha ke dik? "

Saya jawap : " Ha'a, kak. Tak pe. Saya baru je nak solat nie. Belum solat lagi. hehehe "

Akak tue, cakap lagi : " Bestnya, dapat solat dik. Akak, selalu nak solat. tapi, tak boleh. Selalu hujung minggu, kalau tak bekerja.. barulah boleh buat. Itu pun, kalau ingat. "

Kecian, kan. Saya pun bagi lah sedikit tips kat akak nie. 

Sebab, akak nie bukannya tak sempat. Dia tak tahu nak manage masa 5 minit untuk Solat Dhuha.

Dia boleh je solat sebelum pergi kerja. Dia masuk kerja jam 9.00 pagi. Kerana fikirkan solat sunat cam berat dan ambil masa yang lama. So, diabaikan.

Sedangkan, agama kita sentiasa mempermudahkan. Bukan membebankan mahupun memberatkan.

Mesti, ramai nak tahu kan? Cam mana nak solat even bekerja.

Saya dulu pun pernah bekerja. Dan Alhamdulillah. Sempat jugak curi-curi masa untuk buat Solat Sunat Dhuha. Kadang-kadang ada jugak, tak sempat. Bila masuk kerja. Bos dah cari dari awal pagi hingga ke tengah hari. Hahaha.

Nasiblah, bekerja dengan orang.

Sebab tue, saya ambil keputusan untuk jadi Working-at-Home-Woman (WAHW).

5 TIPS MUDAH SOLAT DHUHA DALAM MASA 5 MINIT

Ramai belum tahu.. besar nikmatnya, jika kita amalkan Solat Sunat Dhuha. Salah satu cara kita mencari keberkatan dan melahirkan kesyukuran di atas nikmat pemberian Allah SWT kepada hamba-hambaNya.

Percayalah.

Anda akan lebih merasa tenang dan bahagia jika jadikan Dhuha sebagai amalan harian.

5 Tips Mudah yang saya pernah amalkan sewaktu bekerja dahulu :-

Saya tahu.. bukan semua orang mempunyai kelonggaran untuk tunaikan solat. Pasti, akan ada alasan.

-Tak de surau kat tempat kerja.
-Surau jauhlah.
-Tak sempatlah.
-Tak de masa lah.

Tapi, duk sembang pagi-pagi sebelum masuk ofis.. sempat pulak, ya. Hehehe.

Jangan sentap! Saya tahu.. Anda tak tergolong dalam kumpulan gosip-gosip nie :-)

Ha'.. ke ada, yang suka bergosip?

Kalau ada, tak pe lah. Mulai hari ini, kita berubah menjadi lebih baik dari hari semalam. Lebih baik dari hari-hari sebelumnya.

Tips Mudah :

1. Sebelum keluar dari rumah. Anda dah boleh ambil wudhuk siap-siap untuk ke tempat kerja. So, dah jimat masa di situ. Ini, sesuai untuk mereka yang bujanglah.

Kalau dan kahwin. Mungkin, tak sesuai. Sebab sebelum keluar rumah nak salam dengan husband kan.

Hehehe. Alasan, lagi.

Boleh, je. Slow talk kat husband leklok. Salam dengan dia sebelum ambil wudhuk. Tak pun, berlapiklah sebelum salam.

Banyak cara. Bukan tak boleh. Atas kita, nak ke nak?

Sampai tempat kerja pun, boleh lah ambil semula wudhuk tue. Bukan, lama pun.

Alamak! Nak kena remove make up pulak.

Alasan, lagi.

2. Dah ada wudhuk, kenalah jaga leklok dari bersentuhan dengan orang bukan muhrim kita.

3. Datang awal ke pejabat. Supaya, anda ada masa untuk Solat Dhuha sebelum mula bekerja. Sekurang-kurangnya, 15 minit dah terpacak kat depan punch card tue. Lebih awal, lebih bagus.

4. Dah masuk ofis tue, jangan pi bergosip pulak. Terus pergi ke surau. Pasangkan niat, siap-siap nak Solat Dhuha dulu.

Kalau tak de, surau.. carilah tempat yang sesuai.

Kat mana-mana boleh solat.
InsyaAllah. Setiap niat yang baik, pasti akan dipermudahkan.

5. Kalau tak sempat, awal pagi. Time minum pagi (jam 10), boleh je celah masa. Yang penting, jaga wudhuk kalau nak cepat.

Cam mana?

Mudah ke mudah?

Mudah, je kan.. bukan susah, pun.

Pada saya, masa bekerja kita adalah hak Allah. Tak salah pun, kita nak ambil masa sekejap untuk mengadap Illahi.

Jangan persia-siakan masa 5 minit anda untuk berchatting atau berFBooking. Ini, yang salah. Menggunakan masa ke jalan yang tak betul.

Penting untuk kita, mencari keberkatan dalam ibadat pekerjaan.

Rezeki kerja ni kan, datang dariNya.

TanpaNya, kerja anda bukan milik anda. Semuanya, adalah hakNya.

Majikan takkan marah lah, kalau anda betul-betul komited untuk Dhuha.

Kalau bos, marah. Nasihat, saya. Carilah kerja, lain. Tak pun.. Download ebook kat bawah nie. Ebook nie, banyak membuka minda dan jalan kepada saya untuk jadi WAHW.

PERCUMA !! DOWNLOAD SEKARANG
Jangan takut.

Jangan risau.

Hidup ini adalah pilihan. Anda yang tentukan rencah hidup anda.

Rezeki Allah luas.

Akan ada rezeki kepada yang berusaha. InsyaAllah.
Tak perlu risau.. jika kita letak Allah di hati. Dunia ditangan. InsyaAllah, rezeki dan hidup anda akan menjadi lebih mudah.

K,lah sahabat.

SMS doakan semoga anda semua sentiasa berjaya dan bahagia walau dimana jua berada.

InsyaAllah.

Thanks for reading.

Sila LIKE dan SHARE sekiranya, anda rasa ia bermanfaat kepada rakan-rakan atau saudara-mara di luar sana.

Sekian, wassalam,
Salam Sayang, Salam Bahagia.


"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS 

019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com
FB : Sakinah Mat Said

No comments:

Post a Comment