Friday, 13 March 2015

TERIMA KASIH PECAT SAYA - I'M FREEDOM NOW !!

Sekadar gambar hiasan.
Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pengunjung blog Cinta hati Sakinah pada hari ini.

SMS doakan semoga anda semua sentiasa dirahmati dan berbahagia di samping keluarga tersayang.

Kalau anda semua perasan. SMS selalu titipkan doa anda bersama keluarga dalam setiap entry SMS.

Kerana ini adalah doa dan harapan SMS kepada anda.

Kerana SMS tahu.. bukan semua dapat peluang nie. Masih ramai antara kita belum mampu bersama keluarga sepanjang masa.

Syukur kepada Allah SWT di atas anugerah yang terlalu besar kepada diri ini.

SMS sekarang mampu bekerja dari rumah bersama keluarga sebagai Working-At-Home-Woman (WAHW).

Perkara yang diluar perancangan. Tetapi, sentiasa bermain di fikiran suatu masa dahulu.

Mungkin sebelum ini, saya masih muda dan mentah. Mengejar cita-cita untuk buktikan kepada dunia saya mampu berjaya dengan segulung ijazah first class degree.

Saya mampu menyara keluarga dengan hanya bekerja dengan kerajaan mahupun syarikat swasta.

Hehehe.. tak de, lah sampai bukti kepada dunia. Just nak sara family dengan pendapatan tetap setiap bulan. 

Jika suatu masa dahulu.. ianya bukan masalah dengan first class degree nak kerja makan gaji.

Tapi, kini.. Ekonomi negara kita semakin merudum. Nilai belanja harian semakin tinggi.

Bulan hadapan GST akan dilaksanakan. 

Hurmmm..

Hari nie, saya bukan nak bercakap pasal GST.

Saya nak ucapkan jutaan terima kasih, atas usaha majikan saya. Usaha mereka memecat saya. Hahaha.

Ada jugak, orang cam nie?

Mestilah ada. Sebab, saya orangnya. Bukan orang lain.

Nak tahu kisah tak?

Pasal saya dipecat? Kalau nak tahu.. habiskan bacaan ini.

TERIMA KASIH BOSS!!

Saya nak berterima kasih, kepada bekas majikan saya yang telah berusaha bertungkus lumus untuk pecat seorang pekerja yang berkaliber, bernama Sakinah Mat Said yang mempunyai tanggungan keluarga seramai 8 orang.

Chewaaahh !! Kuat perasan, lah Sakinah, nie.

Ada aku kisah? Hahaha.

Bos, tak kisah lah Saya ada tanggungan berapa pun.

Ini dunia, pekerjaan swasta. Saya bekerja dengan sebuah anak syarikat kepada badan berkanun.

Kawan-kawan saya, selalu pesan. Kalau ada jawatan kosong, gitaw dorang.

Berderet nie, bagi list nak masuk kerja kat tempat saya. Huhuhu.

Maafkan saya, sahabat.. Ianya di luar bidang kuasa saya.

Dan sebagai seorang sahabat.. nasihat saya, berniagalah. Tak perlu nak kejar kerja makan gaji.

Dulu saya kejar..

Bila dipecat boss. saya pergi buat rayuan. Saya mengadap Pegawai Operasi Syarikat di Head Quarters (HQ), KL.

Saya ingat lagi, kata-kata terakhir mereka ketika itu :

" Sakinah.. you kena terima keputusan ini. Sebab, pihak kami telah bermesyuarat bersama jawatankuasa-jawatankuasa yang terlibat.

Kami telah membuat keputusan ini, sebulat suara. Apa reason.. kami tak dapat memberitahu. You anggap lah ini sebagai satu pengalaman. Mana tahu, oneday you menjadi someone yang lebih baik dari hari ini. Someone yang lebih bagus dari hari ini.

Pastu, you datang sini semula. Time tue, you dah berjaya. Menjadi orang yang hebat."

Alhamdulillah..

Thanks to them.

Sebab memecat saya.

Akan saya buktikan yang mereka membuat kesilapan memecat seorang pekerja seperti saya.

Saya ada niat nak bawak kes nie, ke Pejabat buruh kerana Majikan tidak berlaku adil mengikut Akta pekerja 1955 (Boleh baca kisah DI SINI).

Sahabat.. 

Setiap ujian yang didatangkan kepada kita, pasti ada hikmah dariNya.

Saya bersyukur kerana dikelilingi rakan-rakan dan mantan ketua bahagian yang sangat supportive.

Jom! tonton dan hayati video di bawah ini. Santapan minda.


I'M FREEDOM

Actually, entry ni bukan nak salahkan mereka pun. Saya selalu tanamkan dalam diri.. Dalam Hati.

pasti, ada sesuatu yang Allah ingin berikan kepada saya yang lebih baik dari hari ini.

Alhamdulillah..

Benar, sahabat.

Antara nikmat kebahagiaan yang saya perolehi apabila jadi WAHW :

1. Saya sentiasa berfikiran positive.

2. Tiada lagi istilah stress di tempat kerja.

3. Tiada masa bercakap perkara yang tidak memberi manfaat dan faedah.

4. No more rasuah. Ini pernah hampir berlaku kepada saya.

5. Masa cuti saya flexible.

6. Dah tak perlu tengok kawan-kawan menipu bos. Hahaha.

Dulu selalu je, ada yang buat itu ..... buat ini .......

Tak sanggup dah nak tanggung.

7. Kini, Saya bos. Saya pekerja.

8. Saya usaha, saya dapat. Kalau time kerja dulu. Saya usaha.. orang lain yang dapat nama.

Saya dikatakan, tak buat kerja. Huhuhu.

9. Kebebasan masa bersama bersama keluarga.


10. Saya mempunyai banyak masa untuk dekatkan diri kepadaNya. Saya tahu.. masih, ramai yang solat di hujung waktu. Tak dapat nak solat Dhuha.

Alhamdulillah.. Saya boleh buat semua tue dengan tenang sekarang.

11. Saya dapat bantu lebih ramai orang untuk bersama keluarga mereka. Mereka mempunyai masa dan wang.

Kebanyakkan orang hari ini, tiada masa dan tiada duit. Itu, saya yang dulu lah.

12. Saya seronok menimba ilmu-ilmu baru dalam perniagaan dan kehidupan untuk bekalan akhirat.

13. Time saya "bendera merah", saya dapat rest sebaik-baiknya. Sebelum  nie, terpaksa ambil cuti. Bos pulak, tak percaya. Huhuhu.

Dia lelaki.. Dia tak faham.

14. Saya bebas kemana-mana.

15. Saya dapat jaga emak dan adik-adik. Dulu, saya risau memikirkan persekolahan adik-adik.

Sebab, ada seorang adik saya tue. Bermasalah untuk ke sekolah. Bila terlewat. Dia akan menangis dan tak ke sekolah.

Ada gangguan jiwa sikit. Alhamdulillah, sekarang dah ok.

Saya bertambah risau dengan adik yang kembar tue. Dorang dah terdedah dengan perkara negative. Ada saya kongsikan DI SINI.

16. Saya mula belajar menjadi suri rumah bekerjaya dari rumah sahaja. Kiranya, bonus lah. Persediaan sebelum melangkah ke gerbang rumahtangga.

Saya selalu tengok kawan-kawan yang dah kahwin, hantar anak kecil dorang ke kampung untuk dijaga oleh Emak sendiri.

Dorang tak yakin dengan pusat asuhan. Saya pun, tak yakin. Macam-macam kes sekarang nie.

Inilah inisiatif saya.

Bersedia sebelum tiba.

Wah! dah panjang cerita hari nie.

Sampai sini, dulu lah ya, sahabat.

Sebelum tue, anda boleh download dan baca ebook di bawah. Yang mana, ebook ini lah yang membuatkan hati saya terbuka untuk berniaga. Sangat-sangat bagus. Ia telah berjaya buka minda saya untuk membuat pilihan hidup yang lebih bermakna dan enjoy.
Alhamdulillah.

Semoga kita bertemu lagi di lain kisah. InsyaAllah.

Sila LIKE dan SHARE sekiranya, anda rasa ia bermanfaat kepada rakan-rakan atau saudara-mara di luar sana.

Anda kaya dan berjaya.

Sekian, wassalam,
Salam Sayang, Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS 

019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com
FB : Sakinah Mat Said

No comments:

Post a Comment