Wednesday, 25 March 2015

BAHAYA DEMAM DENGGI SERANGAN NYAMUK AEDES

Assalamualaikum wbt..

SMS doakan semua sahabat pengunjung blog Cinta Hati Sakinah berada dalam keadaan sihat walafiat bersama insan-insan tersayang.

InsyaAllah.

Pagi tadi, saya didatangi oleh beberapa orang Pegawai Kesihatan dari bandar.


Assalamualaikum, dik.
Emak, ada?

Saya pulak :

Maaf, Encik.. Mak tak de. Kenapa, yer?

Encik Pegawai :

Cam ni, dik. Untuk makluman adik, kawasan ni ada berlaku kes demam denggi di 2, 3 buah rumah berdekatan.

So, hari ini kami nak buat sedikit semakan dan pemantauan keselamatan isi rumah. Boleh?

Geli hati sekejap, saya :-)

Mestilah, boleh. Tak kan, tak boleh pulak.

Hehehe.

Kiranya, dalam 10 minit camtu lah proses berjalan.

Alhamdulillah..

BAHAYA NYAMUK AEDES

Nyamuk Aedes hanya mengambil masa 7 hari untuk bertelur dan membiak di dalam air jernih dan bersih.

7 hari kitaran hidup Nyamuk Aedes.
So, berhati-hati yer sahabat.

Pasti, kawasan rumah kita semua sentiasa selamat dan terjamin dari persinggahan nyamuk merbahaya ini.

DEMAM DENGGI BERDARAH BOLEH MEMBAWA MAUT

Bagaimana Nyamuk Aedes boleh membawa maut?

Nyamuk Aedes membawa satu virus yang dikenali sebagai denggi melalui gigitan (1 gigitan boleh menghisap darah sebanyak 2-5 mg darah iaitu 1.5 kali berat badannya)  kepada si mangsa.

Kemudian, akan datang nyamuk Aedes betina menggigit kembali mangsa tadi. Dan seterusnya mencari mangsa yang baru untuk disebarkan virus tanpa perlu mengambil masa yang lama untuk membiak.

Kerana belalai air liurnya, telah mempunyai virus dari mangsa sebelumnya.

Maka akan berlakulah teknik penularan virus demam denggi di dalam peredaran darah kepada mangsa-,mangsa berdekatan.

Aedes membawa maut.
7 Tanda-tanda dijangkiti Virus Demam Denggi Berdarah :-

1. Demam kuat yang mengejut dan berterusan.

2. Terdapat bintik-bintik merah pada kulit mangsa.

3. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala.

4. Berdarah pada badan, hidung dan mulut.

5. Hilang selera makan secara tiba-tiba.

6. Muntah-muntah, sakit perut.

7. Lidah mula terasa pahit-pahit.

Testimoni mangsa Denggi.
Jika terdapat tanda-tanda di atas tadi, segeralah bawa mereka ke hospital berdekatan. Kerana virus ini terlalu cepat menyerang salur darah manusia.

Perlu cepat bertindak ye, sahabat. Sebab virus denggi, akan merendahkan platlet si mangsa bila sistem pertahanan mula lemah.

Anda juga boleh mengambil Nutriferon dan Vita-C yang berfungsi untuk membantu tingkatkan sistem pertahanan (imunisasi badan) untuk melawan penyakit.

Manakala, ESP untuk bina sel-sel baru dan Performance Drink untuk elak daripada kehilangan cecair di dalam badan secara berlebihan. 

Ada juga yang syorkan minum sup Ketam Nipah dan air rebusan pucuk betik.

Walau apa-pun, kita berikhtiar. Selebihnya, Allah yang tentukan.

InsyaAllah.

Setiap penyakit itu, pasti ada penawarnya.

Jangan menyerah sebelum berjuang.

Sampai di sini dulu. Sehingga kita bertemu kembali di lain entry.

Sila SHARE jika anda rasa entry ini bermanfaat kepada mereka di luar sana.

SMS doakan anda semua sentiasa sihat, kaya dan bahagia dunia akhirat.

Aaaminn.

Sekian, wassalam.

Salam Sayang,
Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
~Now Everyone Can Kurus~
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment