Tuesday, 17 March 2015

NYAWA WANITA BEKERJAYA DI HUJUNG STERENG

Sekadar gambar hiasan - Nyawa hujung stereng.
Assalamualaikum dan Salam bahagia.

SMS doakan pengunjung blog Cinta Hati Sakinah berada dalam keadaan sihat, kaya dan berjaya bersama insan-insan tersayang.

Aaaminn :-)

Tiba-tiba hari nie, SMS teringat zaman bekerja dulu.

Tadi ada seorang sahabat (Ina : bukan nama sebenar) duk tanya SMS. Actually, dah ramai yang tanya.

Kinah, seronok ke jadi Working-At-Home-Woman (WAHW)? 

Mahu tak seronok? 

Alhamdulillah, saya rasa amat-amat bersyukur dengan nikmat dan rahmat kebahagiaan yang diberikan oleh Allah SWT kepada saya.

Bukan semua orang berpeluang jadi WAHW. Tapi, sebenarnya.. Ramai orang ada pilihan untuk jadi WAHW atau WAHM.

Jom, baca sedikit kisah SMS sebelum full time WAHW.

NYAWA HUJUNG STERENG

Saya bukan lah, seorang pemandu yang hebat.

Dulu.. time belajar kereta, main redah je.

Saya ingat lagi..

Saya tak pernah pegang stereng kereta. Tapi, saya nak ambil lesen kereta sebab ianya satu keperluan.

So, saya menabung lah duit untuk buat lesen (RM1600 kalau tak silap saya).

Alhamdulillah, berjaya daftarkan diri.

FIRST TIME PEGANG STERENG

Mentor saya cakap.. nak belajar, mestilah kena berguru kan? 

Dah masuk kelas teori. Next.. kena kelas praktikal pulak.

Saya punyer kes special cikit. First day, saya dipaksa bawak kereta atas jalan raya oleh cikgu sekolah memandu.

Saya tanya cikgu : Cikgu biar betul?  Saya tak reti. Saya belum pernah pegang stereng seumur hidup saya.

Cikgu Lelaki : Bawak je lah. (Sambil relax je. Cikgu tue bersilang tangan kat tempat penumpang).

Saya nak tak nak.. mentah lagi time tue. Even cam terpinga-pinga. Ikut je lah. Time tue, tak tahu apa-apa pasal syarat dan laluan.

Akur je, lah.

Nak tahu, apa jadi? 

Saya hampir tersasar ke laluan sebelah taw. Nak berselisih dengan lori kontena.

Dah lah tak reti. Pastu, saya pulak kena marah.

Katanya, saya tak sayang nyawa. (Dalam hati, duk mengomel. Betul ke betul cikgu nie? Saya lom sedia nak mati dengan dia) Huhuhu.

Rupanya, bila diselidik.. cikgu bawak ikut laluan salah. Tak de, dalam laluan yang telah ditetapkan oleh sekolah memandu.

Cikgu tu agak culas dan main ikut suka hati dia je.

Inilah kisah saya first time pegang stereng.

Lepas dapat green light. Lesen dah lulus. Saya mula berjinak-jinak bawak kereta atas jalan raya.

SEJARAH BERULANG KEMBALI

Bila saya dapat offer kerja di Terengganu. Sekali lagi, laluan lori menjadi medan pertarungan dan perjuangan saya untuk ke tempat kerja.

Sebagai wanita yang bekerjaya.. Setiap hujung minggu, saya perlu out station. Membuat side visit dan apa-apa lah yang berkaitan dengan kerja.

So, setiap minggu memang akan keluar dan kadang-kadang balik ke rumah emak.

Bila balik.. saya, bukannya duk di rumah. Tiada masa dengan keluarga sebenarnya. Rumah jadi transit je.

2 hari cuti saya. Dihabiskan untuk kerja dan kerja.

Terengganu kan, start kerja hari Ahad.

So, saya selalu korbankan masa dan penat saya untuk gerak di awal pagi. Sebab, nak spend jugak masa di malam hari dengan family.

Kalau saya balik petang sabtu. Saya tak perlu terkejar-kejar. Saya ada masa untuk rehat di rumah sewa.

Tak pe,lah. Bukan untuk siapa pun. Untuk keluarga jugak :-)

Maka, antara jam 4.45pagi hingga 5.00pagi.. saya dah bangun untuk bersiap-siap ke tempat kerja.

Pukul 5. 30pagi - 5.45 pagi, saya dah gerak. Berhenti subuh kat petronas, sebelum masuk highway. Nanti, lewat pulak kalau tunggu masuk waktu.

Jarak perjalanan dari tempat kerja, ambil masa 2 jam kalau tak de lori-lori kontena atau lori besar.

Saya ambil laluan Jabor.

Kalau siapa yang pernah lalu, akan tahu dan dapat bayangkan suasananya cam mana.

Lori-lori memang suka keluar di awal pagi.

Lori-lori cam nie lah, yang biasa memenuhi Jalan raya Jabor.
Berderet-deret lori.. Kalau salah timing, kadang 2,3 buah jugak saya nak kena speed.

Yelah.. kalau tak, speed untuk potong. Saya akan lambat sampai ke tempat kerja.

Kadang, saya hampir bersua dengan kenderaan di hadapan. Dapatlah sport light free dari orang depan. Itu kalau kereta. Pernah jugak hampir bersua dengan bas dan lori. Huhuhu.

Laluan tu kan, berbukit-bukit dan berselekoh.

Memang menempah maut, lah dulu-dulu.

Fikir-fikir balik. Cam tak caya. 2, 3 buah lori saya potong dalam satu-satu masa. Ekor lori kan, panjang. Dah jalan sempit. Pastu gelap. Saya pulak, ada masalah silau yang tinggi.

Time memotong tue.. memang, mengucap panjang-panjang. Risau taw.

Cam nak terbang pun, ada. Hahaha.

Emak selalu bising kalau saya sampai awal ke tempat kerja.

Sebab, mak taw anak dia nie.. memecut. Kalau tak pecut. Tak de nya, sampai awal.

Memang tawakal lah setiap kali nak keluar rumah.

Sepanjang saya berkereta.. ada dalam 3 kali saya dilanggar dan 2 kali saya accident sendiri. (Pertama : Tayar kereta jatuh lubang dan terseret. Pecah skirting depan. Kedua : saya pi naik divider tinggi).

Alhamdulillah.. sekarang, saya dah tak perlu kejar-mengejar lori lagi. Syukur sangat-sangat.

Tiada lagi istilah nyawa di hujung stereng.

Cam mana hidup saya mula berubah? Hanya selepas, saya membaca ebook ini. Anda wajib baca. Saya yakin.. anda takkan menyesal. Kerana ebook ini, amat memberi inspirasi dan motivasi kepada kita semua.

InsyaAllah.
WHATSAPP SAKINAH : 019-916 4276 (Type Saya Nak Jadi WAHW).
UNTUK DAPATKAN EBOOK PERCUMA.

K, lah sahabat.

Semoga kita bertemu lagi di lain kisah. InsyaAllah.

Berhati-hati di jalan raya. Jangan jadi seperti SMS dulu taw.

Sila LIKE dan SHARE sekiranya, anda rasa ia bermanfaat kepada rakan-rakan atau saudara-mara di luar sana.

Anda kaya dan berjaya.

Sekian, wassalam,
Salam Sayang, Salam Bahagia.


"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS 
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com
FB : Sakinah Mat Said

No comments:

Post a Comment