Saturday, 7 March 2015

SEMINAR OFFLINE ADVANCE BUSINESS BUILDING 2015

Assalamualaikum wbt..

SMS doakan semoga sahabat pengunjung ke blog cinta Hati Sakinah sentiasa sihat, kaya dan berjaya serta berbahagia di samping keluarga tersayang.

Hari ini, SMS nak share dengan anda semua pengalaman menghadiri seminar bersama rakan-rakan niaga di siang hari tadi. 

Seminar ini, diberi nama Advance Business Building (ABB) 2015 yang bertempat di Grand Putri Hotel, Kuala Terengganu.

Penceramah jemputan hari ini, ialah Master Tn. Hj. Roslan yang sudah 17 tahun dalam dunia Shaklee.


Alhamdulillah.

Sekarang Shaklee adalah LifeTime beliau..

Bukan PartTime ataupun FullTime lagi.

Sebelum itu, saya nak story serba sedikit perjalanan saya untuk ke ABB nie.

BERMALAM DI RUMAH ATOK BERSAMA KELUARGA

Oleh kerana seminar ABB ini bertempat di bandar Kuala Terengganu.. so, saya ambil peluang ni untuk bermalam di kampung atok bersama emak, dan adik-adik.

Kampung Pulau Manis, Serada, Kuala Terengganu.

Jarak perjalanan dari kampung ke hotel lebih kurang 30 minit jika tiada lampu isyarat.

12 BATANG LAMPU ISYARAT KU REDAH

Pagi tadi, perut saya meragam pulak tiba-tiba.

So, saya agak terlewat gerak dari kampung.

Program start jam 9.00 pagi.

Tapi, saya bertolak jam 8.15 pagi. Cam saya cakap kat atas tadi, kalau tiada lampu isyarat sekejap je.

Saya hanya ada 45 minit sebelum, seminar bermula.

Mula-mula saya risau jugak..

Mana sempat kan.. paling cepat pun, 1 jam nak kena redah lampu isyarat.

Huhuhu..

Saya relax.. tarikh nafas dan doa sambil LUA.

Saya LUA yang sepanjang perjalanan saya nak ke sana, lampu akan hijau. Saya akan sampai ke bilik seminar sebelum Master Roslan masuk..

Yang paling ketara, niat saya LUA untuk lampu berwarna hijau

Alhamdulillah..

Berhasil dan  menjadi. Perjalanan saya dipermudahkan dan lancar je.

12 batang lampu isyarat saya lalu dengan lampu berwarna hijau..

Miracle betul LUA (Allah memberi berdasarkan sangkaan hamba-hambaNya).

Saya ambil masa 30 minit je untuk ke sana. Dan yang seronoknya, penceramah belum sampai lagi..

Agaknya, sedang bersarapan atau bersiap.

Hehehe.

Lagi pun, masa masih terlalu awal. Saya masuk ke bilik seminar dalam jam 8.50 pagi selepas settle parking kereta.

Nasib baik, pihak hotel ada sediakan tapak parking untuk tetamunya.

Malam tadi, dah survey kawasan.

Tak nampak pulak parking area.

SEMINAR BERMULA

Antara pengisian menarik yang nak saya kongsikan dengan anda semua adalah mengenai IMPIAN.
Master Yani memberi sepatah dua rangkap kata.
Sessi pagi, dimulakan dengan perkenalan diri oleh Master Roslan.

Banyak topik-topik WOW !! yang beliau kongsikan.

Tapi, kita fokus kepada IMPIAN dulu, k?

Kenapa IMPIAN?

Sebab, salah satu kunci sebuah kejayaan adalah bermula dengan IMPIAN.

Tanpa IMPIAN ibarat seperti "Mati Sebelum Mati- Kata-kata oleh Ateh Zuhairi "

Ramai orang gagal hari ini, kerana mereka tidak pasti dan tidak jelas dengan IMPIAN hidup mereka.

Hakikatnya, dengan IMPIAN lah kita menentukan matlamat dan hala tuju hidup ini.

Bukan di seminar ini sahaja, tetapi sudah banyak seminar yang saya hadiri serta mentor saya juga berkata perkara yang sama.

Jika anda ingin berjaya.. Tulislah, IMPIAN anda.

Tulis lah walau 1001 IMPIAN.

Kerana kita tidak pernah taw, bila IMPIAN itu akan tercapai melainkan kita tulis dan visual kan ianya.

InsyaAllah, kejayaan pasti akan menjadi milik anda sooner or later.

Tak percaya, tak pe. Buat je :-)

SMS nak kongsikan sedikit gambar sepanjang seminar ini dengan anda.

Bergambar bersama Tn. Hj. Roslan.
Tak melepaskan peluang bersama my Top Leader, Master Ira. Kecik molek je orangnya ;-)

Credit to Master Yani. Seminar berakhir dengan sessi bergambar.
Ok, sahabat.

SMS doakan anda semua sentiasa kaya dan berbahagia hidup dunia dan akhirat.

Jika ada sebarang kemusykilan atau pertanyaan lanjut boleh hubungi SMS (019-916 4276) atau komen di bawah.

SMS cuba bantu mengikut pengalaman dan kepakaran yang ada.

InsyaAllah.

Sila SHARE jika anda rasa entry kali ini, memberi manfaat dan sumber inspirasi kepada anda, saudara-mara atau rakan-rakan di luar sana.

Sekian, Wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.


"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS 
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com
FB : Sakinah Mat Said

No comments:

Post a Comment