Sunday 15 March 2015

KENDURI KESYUKURAN DAN DOA SELAMAT KAWAN EMAK

kredit to www.forblogger.net
Assalamualaikum dan selamat petang.

SMS doakan anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat bersama keluarga tersayang.

Sekarang nie kan, musim cuti sekolah. So, ini bermakna berduyung-duyung lah kita semua bertandang ke rumah sanak-saudara untuk meraikan majlis dorang.

Kebiasaannya, satu hari mesti ada 2, 3 tempat di satu-satu kawasan.

Betul ke betul?

Buktinya, kat jalan raya.. berpacak-pacak bunga manggar, kan?

Alhamdulillah.. Tahniah, SMS ucapkan kepada pasangan-pasangan mempelai yang meraikan hari bahagia mereka pada hari ini.

Sebenarnya, SMS baru balik dari kenduri kesyukuran dan doa selamat dengan emak dan adik-adik tadi.

Tapi, tak ambil gambar pun. Huhuhu..

Duk, melayan kerenah si kembar yang merengek lapar dan nak macam-macam.

Cam layan anak pulak. Hahaha.

Perfect! Practice Make perfect katakan. 

Persediaan sebelum berumah tangga. Dari dulu lagi, dah biasa melayan kerenah adik-adik. Cuma, this time.. kembar. Kerenah dorang lain dari yang lain.

Megharapkan perhatian serentak. Mahu haru-biru bila dorang meminta.

KENDURI DI TAMAN PELINDUNG

Kenduri nie, kat taman sebelah je. Ambil masa dalam 10 minit untuk ke tempat kenduri..

Rumah kawan emak nie, atas bukit.

Part bukit nie, lah saya allergic cikit.

Faham-faham je lah, bila kenduri mesti banyak kenderaan.

Risau tak de parking. Dan jalan sempit. Kawasan taman selalu jalannya, bukan luas pun. Lepas untuk 1 setengah buah kereta je. Hahaha. (1 setengah. Tak boleh, bla betul. Orang kurang expert part parking. Memang cam nie)

Nasib, baik dapat parking kawasan clear. Biarlah jauh dari rumah. Asalkan tak de masalah nak keluar nanti.

Time kitorang sampai.. tetamu dah makan.

Si kembar pulak dah merengek lapar. Tak tahu malu, betul. Hahaha.

Budak-budak.. Dah time, dorang makan.

Nak buat cam mana, kan.

Saya follow je mak... jumpa tuan rumah, dulu. Meriah jugak, majlisnya. Tetamu tak de, lah ramai sangat time tue.

Patut lah meriah.. diadakan majlis sambutan hari lahir sekali.

TIME MAKAN 

Kalau kenduri nie, cam ngeri cikit nak bukak tray. Huhuhu.

Sebab makanan orang melayu nie, kan.. kenduri-kendara, memang best-best. Berselera betul.

Macam-macam ada.

Daging gulai.
Ayam goreng masak merah.
Puding.
Dadih.
Ais-cream pun ada taw.
Beehon Goreng.
Bubur kacang.
Buah-buahan.
Kek.

Ini antara main menu kat kenduri hari nie.

Ada lagi yang lain. Tapi, saya tak tengok.

Saya ambil nasik cikit. Mak ambil extra. Suap untuk kakak. Saya memang ambil nak suap kat adik.

Cukup sekadar rasa je.

Kenapa saya rasa?

Sebab... Lauk-pauknya sangat-sangat lah manis. Even acar timun, pun manis. Kembang anak tekak. Sebab, manis betul lauk dorang.

Saya pulak ambil lauk lebih. Maka si kembar lah yang habiskan.

Hari nie, dorang nak bermanja. Tak mahu suap sendiri. Huhuhu.

SELEPAS 30 MINIT LAYAN PERUT MASING-MASING

Tiba-tiba muncul sebuah kereta proton wira dengan bunyi yang agak menarik perhatian semua orang.

Kereta tue, betul-betul parking kat depan pintu rumah.

Kitorang pulak, makan dekat-dekat situ. Memang nampak, lah apa yang jadi.

Kereta dimatikan. Semua penumpang keluar.

Hrmm..

Besar-besar.. montel-montel, semuanya.

Saya bukan nak persenda or perlekehkan saiz dorang. Cuma saya, nak citer ini untuk pedoman kita semua.

Mula-mula saya tak hirau pun. Tapi, kekalutan dorang cam buatkan saya tertarik.

Seorang anak bukak bonet kereta. Dia keluarkan kerusi roda.

Saya berfikir.. "Siapa yang perlukan kerusi roda tue?"

Semua nampak sihat, je.

Agak-agak, sahabat... Siapa, ya?

Jeng je Jeng...

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

Gerangannya adalah orang di hadapan. Kerusi tue, menuju ke pintu penumpang hadapan.

Tahu, siapa?

Emak dorang yang sakit. 

Tapi, sakit apa?

Ok..

Saya still curi-curi pandang.

Saya terkaku sekejap. Dengan apa yang saya nampak.

Saya ternampak kaki emak dorang berbalut. Dan ada kesan kudis-kudis. Kebetulan waktu saya tengok. Kain, emaknya terselak. So, jelaslah saya nampak kudis tue. Kudis kaki orang kencing manis.

Kaki emaknya pulak berbalut sebab dah kena potong.

Dalam hati : "Keciannya."

Terbayang-bayang saat kami adik-beradik jaga arwah ayah sebab kencing manis (Gangrene).

NASIHAT SAYA KEPADA ANAK-ANAK DI LUAR SANA

Jaga ibu bapa anda leklok. Jaga betul-betul.

Sekadar gambar hiasan - Kasih ibu dan anak tak mengira makluk.
Sebelum jaga mereka.. diri kita pun perlu dijaga.

Cam kes kat atas tadi :

Anak-anaknya, montel-montel. Ibu itu, adalah sebagai peringatan kepada mereka.

Tapi, saya tengok.. bahagia dan berselera betul. Anak-anaknya makan time kenduri tadi. Membukit makanan dalam pinggan.

Berlemak.. bertambah lemak bila tengok dorang.

Alhamdulillah.. Bagus, dorang jaga emak.

Lagi bagus..kalau dorang jaga diri. Jaga gaya hidup.

Mungkin.. mereka nak kurus dan sihat. Tapi, belum berjumpa cara. Saya ada Formula Mudah M.E.S.T.I Kurus yang anda wajib baca kalau nak hidup sihat.

DOWNLOAD SEKARANG !! FORMULA
UNTUK KURUS DAN SIHAT

Saya hanya mampu doakan mereka dari kejauhan.

Andai kata, kami bertemu suatu hari nanti. Mereka dah kurus. Kurus yang sihat. Bukan Kurus kerana sakit.

Cam arwah ayah saya. Ayah dulu boroi.. Tapi, bila meningkat usia.. kurus pulak. Kami tak sangka, ayah kurus kerana sakit.

Seriusly, tak sangka.

So, sahabat SMS.. ambil lah kisah ini, sebagai pengajaran.

Saya dah melaluinya. Saya harap.. anda semua, sedar dan jadikan ini sebagai landasan dan peringatan kepada kita semua.

InsyaAllah.

Terima kasih, kerana sudi menghabiskan bacaan ini.

Sila SHARE, jika anda rasa entry ini bermanfaat. Semoga dengan sedikit perkongsian ini, dapat memberi pengajaran dan pedoman kepada kita semua.

Saya doakan anda kaya dan berbahagia dunia dan akhirat.

Sekian, wassalam,
Salam Sayang, Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
~Now Everyone Can Kurus~



019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment