Tuesday, 7 April 2015

21 TANDA-TANDA ORANG GEMUK TIDAK SIHAT

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sahabat pengunjung blog Cinta Hati Sakinah yang sentiasa disayangi dan dikasihi sekalian.

Menulisnya, SMS bukan kerana nama.

Tetapi, kerana ilmu dan pengalaman yang saban hari semakin menarik untuk dikongsikan kepada sahabat setia SMS sama ada yang masih baru mahupun lama.

Alhamdulillah, syukur kehadrat illahi atas nikmat ilham dan ilmu yang tidak pernah putus kepada diri ini untuk mereka di luar sana.

InsyaAllah.

Sebagaimana anda semua sedia maklum, program Now Everyone Can Kurus (NECK) berjalan seperti biasa malah semakin rancak kerana sekarang telah berjalan batch ketiga (Hari ke-7) dan kedua (Hari ke-38).

Manakala, batch pertama sudah menghampiri ke garisan penamat nya. Lagi 33 hari baki perjuangan yang tinggal.

Dan untuk makluman anda semua.. sebenarnya, peserta batch pertama sudah ramai yang berjaya mencapai berat ideal masing-masing.

Best ke best?

Belum sampai 100 hari, sudah selim melim.

Alhamdulillah.. Tahniah, kepada founder NECK dan Coach serta Crew dan peserta yang telah banyak menjayakan program ini.

Setinggi penghargaan tahniah, SMS ucapkan.

Chewaah.. !!

Cam, saya pulak yang founder nya.

Hehehe.

Tak de, lah. Just nak share keseronokkan dan keterujaan program ini.

Program yang sangat bagus untuk semua lapisan masyarakat Malaysia.

Bukan mereka yang gemuk sahaja. Yang kurus pun boleh. Sebab, ianya diilhamkan untuk bantu peserta amalkan gaya hidup sihat selamanya.

Memang tujuan kami untuk bantu mereka yang gemuk dan obesiti.

Tapi, anda juga perlu taw.. Orang kurus belum pasti mereka sihat.

Orang gemuk.. sudah pasti mereka tidak sihat.

Apa?!

Orang gemuk tak sihat?!!

Haa.. jangan ada yang sentap!

Ini memang hakikatnya.

Orang gemuk tidak sihat.

Saya tak tuduh.

Saya pernah gemuk..

Saya taw setakat mana sihat orang gemuk dengan orang tak gemuk ini.

Huhuhu.

Tak caya tak pe.

Sila buat pemeriksaan lanjut di hospital atau klinik-klinik berdekatan.

Tak yah, susah-susah.

Jom! analisis diri anda.

ORANG GEMUK TIDAK SIHAT

Berikut adalah tanda-tanda anda tidak sihat dan bakal mempunyai penyakit membawa maut jika dibiarkan tanpa apa-apa tindakan :-

1. Selalu merasa penat dan mengantuk sebelum tiba tengah hari. Ini bermakna tenaga sudah semakin berkurang dan lemau.

2. Berjalan 15 minit, sudah semput. Mintak nyawa.

3. Bila terlalu banyak melangkah.. peha mula melecit. Haa.. ini, tanda anda ada selulit di peha cam drumstick ayam tue.

4. Sentiasa rasa nak menguyah benda-benda manis ataupun bergaram. Keinginan makan yang terlalu tinggi.

5. Kulit muka kusam dan tidak bermaya. Tanda badan bertoksin.

6. Malas nak buat kerja. Kalau diberi pilihan nak tidur je.

7. Bila berdiri di sebelah anak. Orang panggil nenek. Tak pun, orang panggil mak cik walaupun anda belum berkahwin.

8. Orang fikir kita dan berusia. Hakikatnya, kita masih lagi muda.

9. Cuba cubit diri sendiri. Ada rasa sakit tak Boleh cubit Biasanya kalau terlalu gemuk.. Memang tak dapat nak cubit dan tak de rasa sakit pun. Sebab, tak kena pada saraf.

Daya sensitiviti badan kurang berfungsi.

10. Bila menaip text di telefon.. asyik typo je. Ada dua keadaan typo nie. Jari dia memang gemuk atau dia nak rushing.

Anda lebih taw, yang mana satu diri anda.

11. Baju-baju lama dah tak boleh dipakai. Terpaksa sedekah kat orang lain.

12. Seluar sendat sampai terbukak butang atau zip. 

13. Rambut kering dan gugur dalam kadar yang terlalu banyak.

14. Tukang jahit selalu mintak kain extra sebab tak cukup kain nak buat baju.

15. Tidur kurang lena dan tidak berkualiti.

16. Susah nak bernafas. Rasa cam semput je bila naik tangga atau bersenam.

17. Bila luka lambat sembuh itu tanda-tanda darah terlalu cair atau kemungkinan ada diabetes.

18. Mulut berbau.

19. Susah nak buang air besar. Biasa 2 kali seminggu baru boleh membuang.

20. Spare tayar semakin bertambah-tambah seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan.

21. Sakit-sakit dan lenguh-lenguh lutut sehingga terpaksa solat duduk.

Haa.. amacam?

Ini baru cikit saya list kan.

Lain orang lai tanda-tandanya.

Cara paling selamat buat screening test.

Atau cuba semak Body Mass Index (BMI) anda di bawah :-

Semak berat badan anda di sini.
So, sahabat.. jangan ambil mudah taw.

16.8 juta rakyat Malaysia mempunyai masalah Obesiti yang melampau.

Ini yang direkodkan.

16.8 juta gemuk !!

Yang tiada rekod.. Tak tahu lah berapa ramai lagi.

Huhuhu.

Cam mana nak atasi tanda-tanda di atas Anda boleh download ebook Formula Mudah M.E.S.T.I Kurus di bawah ini.


DOWNLOAD PERCUMA SEKARANG !!
K, lah sahabat.

Selamat membaca dan jaga diri, jaga kesihatan, jaga badan untuk kehidupan yang lebih baik dan bahagia dunia akhirat.

InsyaAllah.

Sila SHARE jika anda rasa entry kali ini memberi manfaat kepada mereka di luar sana.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
~Now Everyone Can Kurus~
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment