Thursday, 24 September 2015

700 LEBIH TERLIBAT DALAM REMPUHAN MAUT DI MINA 2015

Assalamualaikum wbt..

SMS mendoakan semoga sahabat pengunjung blog SMS sentiasa berada di bawah payung rahmat dan berkat Allah SWT. Sentiasa terpelihara dan dilindungi dari segala musibah yang tidak diingini.

Walau apa-pun, sebagai hambaNya yang serba kerdil ini.. kita perlulah akur dengan Qada' dan Qadar dariNya.

Dan semoga kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.

InsyaAllah.

Dikala semua umat manusia seluruh manusia sedang menghayati dan menikmati sambutan hari raya EidulAdha, tiba-tiba kita dikejutkan pula dengan insiden satu tragedi Rempuhan Maut yang berlaku di Mina petang tadi yang melibatkan seramai 700++ jemaah.


Allahuakhbar.

Baru seminggu berlaku peristiwa Crane terbalik di Mekah yang telah meragut ramai nyawa jemaah yang sedang menunaikan ibadat haji, rukun kelima islam itu.

Beruntung dan bertuahnya mereka yang syahid di sana. Syahid dalam menunaikan ibadat dan jihad kepada Allah SWT.

Bagaimanakah keadaan mereka?

Sehingga kini, laporan menunjukkan angka kematian semakin meningkat kepada 300 lebih jemaah dan 400 orang yang tercedera.


Pihak Tabung Haji Malaysia belum mendapat apa-apa maklumat jemaah Malaysia yang terlibat. Mereka masih lagi dalam siasatan.

So, kepada saudara-mara kita di Malaysia marilah kita sama-sama doakan semoga mereka semua selamat dan berada di bawah lindungan Allah SWT.

Perbanyakkan bersabar dan doakan mereka yang berada di sana.

Mudah-mudahan mereka semua selamat dunia dan akhirat.

Al-fatihah buat semua jemaah.

Marilah kita muhasabah dan renung-renungkan hikmah disebalik kejadian ini.

Allahuakhbar.
Allahuakhbar.
Allahuakhbar.

Kerdil lagi hina diriku.

Ampuni dosaku, dosa kedua ibu-bapaku, dosa keluarga dan saudara-mara ku samada yang telah kembali kepada-Mu mahupun yang masih hidup.

Allahuakhbar.

Sekian, wassalam.

Salam Sayang, Salam Bahagia buat semua.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS

019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment