Social Icons

Tuesday, 15 September 2015

KAWALAN ASMA : UBAH GAYA HIDUP BERSAMA NECK !!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pengunjung blog SMS.

SMS doakan semoga anda semua sentiasa berada di bawah lindungan rahmat dan berkat Allah SWT.

Kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.

InsyaAllah.

Ini kisah seorang wanita yang sudah berusia 58 tahun.

Beliau lebih dikenali dengan panggilan mesra sebagai Bonda.

Saya sangat respect dan kagum dengan semangat dan perjuangan Bonda.

Jom! kita baca sedikit perkongsian dari beliau setelah grad dari program Now Everyone Can Kurus (NECK) Batch 5 beberapa hari yang lalu.

SHARING DARI BONDA EMBUN

Resahnya hati ini, apabila menilik gambar-gambar yang diambil ketika melancong ke Aceh pada bulan mei 2015 yang lalu. Terasa malu kepda diri sendiri. Hati berkata-kata "kenapalah berat badan semakin naik,sedangkan macam-macam produk kurus telah dicuba dan masih berterusan mengamalkannya".


Badan mula melebar semenjak Menopause pada umur 55 tahun, iaitu 3 tahun lalu.


Aduhai badan...

Sukar untuk duduk bangun dalam solat, sakit lutut sebelah kiri, Asma yang kronik... (orang Asma ni selalu batuk dan banyak lendir di bahagian paru-paru).

Rasa rendah diri dan kurang yakin dalam semua hal. Makan sudah dikurangkan...ambil nasi segenggan saja...dan Bonda menahan diri dari makan malam. Tapi, tetap tak kurus..

Dimanakah silapnya?

KEPADANYA KU BERSUJUD DAN MENGADU

Dipanjatkan doa dalam sujud akhir solat, Bonda minta Allah tunjukkan jalan bagaimana hendak menguruskan badan. Bonda rasa terbatas bila badan semakin membesar. Nak solat pun susah.

Allahuakhbar..

Pada minggu terakhir di bulan Mei tahun ini, ada seseorang memperkenalkan kepada Bonda tentang satu program kurus. Dan apa yang Bonda tak sangka ialah pasal supplement tue. "Ehh...yang aku makan ni pun supplement yang sama lahh.... tak kurus juga.... betul, ke?"

Setelah mendapat penerangan dari Cik Sakinah, barulah bonda faham.. untuk buat perubahan dalam hidup kena ada Mentor dan lebih mudah jika buat secara berjemaah... bonda pun akur dgn terma dan syarat. Hehehe..

ALANG-ALANG JOIN NECK!! BIAR SAMPAI KURUS DAN SIHAT

Terpaksa mengubah rutin dan jadual harian, belajar mengira kalori, ikut tugasan yang diberi coach dan amalkan ilmu dari Master Firdaus mengenai pemakanan.


Sepanjang program, kami digalakkan supaya bersenam 3 hingga 5 kali seminggu (bergantung kepada target dan keadaan seseorang)..

1 jam setiap kali.... selalunya bonda buat lebih...

Mula-mula buat senaman memang agak menyeksakan bagi bonda... ketika buat knee crunch.. terseliuh ditulang rusuk... 2 minggu baru hilang sakitnya... pernah juga jatuh tertonggeng dan tergolek macam buah nangka ketika pike push up (hehehe)..... terhentak betul-betul.... tapi cabaran tetap bersahut...

Makan?

Yang nie, paling best.. wajib makan 5 kali sehari. Bonda tak pernah dengar lak, kalau nak kurus, kena makan 5 kali sehari. Cam ragu-ragu pun ada mula-mula dulu.

Tapi, apa salahnya kalau kita cuba kan?

Pada mulanya, Bonda takut nak pilih makanan. Takut tersalah makan.

Sebenarnya, tak susah pun. Kita boleh makan apa yang nak dimakan. Cuma pastikan elakkan atau kurangkan makanan ini (berGORENG/berMINYAK, berGULA, berMANIS, berSANTAN/ berLEMAK dan berGARAM TINGGI).

Cabaran 100 hari bersama NECK...

Timbangan pertama pada minggu kedua...berat turun 2.7 kg... gembira tak terkata... program ini berhasil...Alhamdulillah...ia unggun api pertama yang membakar semangat bonda.


Setiap 2 minggu timbang. semangat bonda berkobar dengan adanya jemaah NECK dari anak-anak muda yang sentiasa memberi dorongan.


Kesan NECK..

Sedar tidar sedar.... sakit lutut hilang.. Asma pun sepanjang program NECK hanya sekali diserang... tapi tidak teruk...tidak batuk dah...lendir diparu-paru sudah berkurangan.

Badan rasa lebih sihat.

Alhamdulillah...bonda rasa semakin sihat dan kurus...jujur bonda katakan.. (bukan perasan ye).. .kulit wajah lebih bersih dan glowing berbanding dengan rakan-rakan seusia... hidup lebih ceria dan gembira.


Terima kasih cik sakinan dan terima kasih NECK.


Hopefully, dengan perkongsian dari bonda akan membuatkan anda lebih bersemangat untuk kurus dan sihat.

InsyaAllah.

SMS doakan semoga anda semua diberikan kesihatan yang berpanjangan dan berjaya dunia akhirat.

*Sila SHARE jika anda rasa entry ini bermanfaat kepada rakan kita di luar sana.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
~Now Everyone Can Kurus~
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

Apa Komen Anda

Google+ Followers

 

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Kepakaran Saya:

Memberi khidmat kesihatan menyeluruh berasaskan amalan produk semulajadi, selamat & halal dengan keizinan Allah SWT. Setiap langganan vitamin dari kami, anda layak mendapat :-
- Jadual Makan Vitamin
- Konsultansi Percuma berterusan
- Jemputan ke group facebook exclusive
- Peluang menjana income dengan Shaklee
Whatsapp/ Telegram :- 019-916 4276
Emel : sakinahmatsaid@gmail.com

Rakan Blog

Disediakan oleh Zulfa Technologies. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared by Zulfa Technologies