Friday 15 May 2020

INGAT PESAN SAHABAT : PLEASE PHYSCO JIKA TAK NAK SAKIT SENGGUGUT

Pagi ni, saya nak berkongsi satu kisah dan juga pesanan oleh seorang sahabat lama saya yang bernama Huda.

Kisah ini berlaku sewaktu di bangku sekolah, di asrama perempuan, dorm H-39, MRSM Yt-Besut, pada tahun 2004-2005.

Dulu kalau saya datang bulan (period), mesti alami senggugut yang sangat teruk. Sakit macam nak terputus urat perut, macam kena pulas, dipatah-patahkan segala sendi. Serba tak kena. Baring tak kena, duduk pun tak kena. Ke tandas pun jadi tak kena. Orang kata sakit senggugut ni macam ibu nak beranak.

Saya fikir, "ye ke? nak beranak macam ni" (Waktu itu lah).

Dipendekkan cerita, satu hari tu saya period. Kalau tak silap saya period tu hari sekolah. Jadi, saya tak dapat lah nak ke sekolah. Duduk lah di asrama seorang diri selepas update status kepada mama dorm - Wawa dan juga mendapat kebenaran untuk stay di asrama oleh warden yang bertugas.

Jadi, semua dorm-mates memang tahu lah akan keadaan saya ni, kalau period memang sakit teruk tak boleh bawa berbincang. Bagi ubat memang tolak. Dari dulu (sejak mula senggugut) lagi saya tolak pilkiller sebab tahu ia tidak elok diambil, boleh memudaratkan.

So, now apa kaitan Huda dalam cerita ini? Hehehe.

Ok, ada sekali tu seingat saya Huda datang kepada saya. Dan memberi nasihat sebagai seorang kawan berbunyi begini :

" Kita ni kan, nak sakit ke nak sihat ke, kita yang tentukan. Kita kena lawan. Jangan diikutkan rasa sakit tu. Kita kena physco diri sendiri. Kalau kita cakap sakit, maka kita akan sakit lah. Kalau kita kata sihat, berfikiran positif, kita fokus yang baik-baik je. Kita tak sedar pun kesakitan tu mengganggu dan menghalang aktiviti kita. Kita kena physco minda kita. "

Korang tahu apa saya rasa waktu tu? Huhuhu.

Nak nangis rasa. Dah lah tengah sakit. Dia boleh pulak cakap macam tu. Dia dah lah perempuan. Tak faham ke apa perasaan dan rasa senggugut ni sakitnya macam mana? Sob! Sob! Sob!

Saya tak ambil pusing sangat apa Huda cakap. Sebab tengah sakit kan. Kah! Kah! Kah! cakap lah apa pun. Otak memang tak boleh hadam.

Tapi dalam tempoh itu saya duk berfikir. "Apasal lah Huda cakap cam tu kat aku. Huda boleh lah cakap macam-macam, kena positif lah. Dia tak duduk tempat aku. Dia tak rasa cam mana senggugut ni. "

Haa ! kejadian itu berlalu begitu sahaja sehingga lah dah terjebak dalam dunia kesihatan Shaklee dan berniaga. Pesanan Huda tu tiba datang bermain di fikiran. Walau di saat ini saya sudah positif dan apa-apa berlaku mesti lawan sebab saya sentiasa teringat kata-kata Huda. Walau kami dah lama terpisah membawa haluan masing-masing. Saya tetap pegang kata-katanya sebagai kekuatan saya untuk terus berjaya dalam bisnes mahupun kehidupan.

Saya sewaktu di sekolah tak ramai kawan. Dorm-mates lah kawan-kawan saya, keluarga saya. Pagi petang, siang malam merekalah tempat berkongsi segala perkara. 2 tahun duduk asrama banyak mendidik jiwa dan diri saya untuk lebih kuat dan matang.

Di kesempatan ini, saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada Huda dengan kata-kata nasihat beliau membuatkan saya lebih berfikiran positive. Dan thanks a lot kepada dorm-mates semua jaga saya sewaktu saya sakit (Wawa, Amirah, Mira, Naimah, Mira Atika, Bella, Cher2, Hala, Erah, Mc Pah, Fad, Lin, Syuhada, Fatiyah, Syu, Ernie). Rindu korang semua.

Saya doakan semoga Allah sentiasa merahmati mereka dan melindungi mereka walau di mana jua berada.


Jika anda ada masalah senggugut yang teruk boleh try ikhtiar dengan Set Senggugut Shakle yang terdiri daripada Ostematrix, B Complex dan juga GLA Complex serendah RM221.25 sahaja termasuk post. Nak order? Whatsapp : 019-916 4276 untuk vitamin senggugut anda.


Nak Jana Pendapatan 3, 4 angka sebulan bersama Shaklee? Modal serendah RM35 SAHAJA untuk melayakkan anda menjadi Pengedar Sah yang berdaftar

Hubungi kami, untuk details : 019-916 4276.

Sekian, thanks for reading.

No comments:

Post a Comment