Friday, 5 April 2019

BALIK MODAL SELEPAS 18 HARI TRAINING SPA THE WALKING BEAUTY (TWB)

Free Preview TWB from Mesir malam tadi.
Hai, korang Kinah nak share hasil Free Preview bersama TWB kita from Mesir sebentar tadi.

Kinah tak nak cakap panjang sebab sharing malam ni dah cukup panjang.

Ok, jom ! layan.

"Assalammualaikum semua. Selamat malam untuk semua yang di Malaysia & selamat petang buat sahabat yang berada di Mesir. Hehe.

Bismillahirrahmannirrahim. Sori lambat sikit. Baru selesai solat asar.

Okey, sebelum kita mula, bagi memberkati perkongsian daripada saya malam ni, kita buka dengan ummul furqan Al-fatihah.

Sebelum tu saya akan perkenalkan serba sedikit tentang diri saya yer.

Nama diberi Wan Nurhidayah binti Wan Fadhil. Boleh panggil Hidayah. Tinggal di kuantan pahang, umur 30 tahun. Sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang cahaya mata. Anak pertama Buthainah 4 tahun. Anak ke-2 Al-laith 2 tahun. Sori kalau berbelit sikit lidah. Anak arab la katakan. Hehe😊

Sekarang saya berada di Mesir. Ikut suami. Suami tak habis belajar lagi. 😅 So, sambil-sambil tunggu tu, kene pikir la nak buat bisness apa kan.

In syaa Allah, saya akan kongsi serba sedikit pengalaman dalam bisnes & sampai la jumpa TWB ni.

Macam-macam bisnes saya pernah buat.


Dulu sebelum pergi mesir, penah jadi cikgu.

Sambil-sambil tu, cari juga side income dengan jual makanan kat student. Tu la perniagaan pertama saya pernah buat. Saya jenis pemalu. Segan nak niaga. Tapi jual kat budak-budak. Okey ajela kan. Tebalkan je muka. Masa tu jadi warden skali. Syok jugak la. Sampai kadang-kadang sanggup pergi kat bilik anak murid untuk jual. Haha.

Warden xpe la kan.. Tapi nak kata, tebal giler la muka time tu.

Apa Ustazah ni takde duit sangat ke nak niaga. Haha. Buat tak tau sudah. 😅 Dorang tu lapar sebenarnya. Cuma malas nak turun. 😅 Sebab tu kita yang kena usaha untuk cari customer. Jangan harap customer je cari kita 🤭

Lepas tu saya pernah jual tudung, jual handsock, jual jubah.

Macam-macam la jenis pakaian & makanan. Pernah jugak jual dekat car booth. Penat tu hanya Allah yang tau. Tapi, tak berapa banyak sangat dapat. Kalau dah tolak modal, pastu bahagi pulak dengan semua yang tolong, dapat la RM50 sorang.

Banyak penat daripada untung. Tapi takpela. Syukur alhamdulillah walaupun sikit. Yang penting pengalaman tu kan. 😅

Hadoi, kalau nak cerita satu-satu memang banyak dah pernah buat.

Dengan pernah jual kuih, buat tempahan bahulunya sampai nak patah pinggang, dengan tidur sekejap je, berhenti pun waktu solat aje. Time tu la nikmatnya rehat. Ya Allah. Memang rasa nak pengsan.

Antara banyak-banyak perniagaan ni, memasak dan buat kuih la penat skali. 😭Siapa pernah buat tau la.

Betul tak? Nak nangis rasa. Tapi memamg struggle la kan nak cari duit. Bukan senang nak senang.

Lepas tu nak dijadikan ceritanya, Alhamdulillah, saya balik Malaysia tahun lepas, balik cuti sekejap, tiba-tiba nampak sorang kawan asyik up je pasal TWB ni.

Amenda la TWB ni. Nampak macam syok aja. Pastu tengok masyuk pulak tu. Sehari boleh dapat ratus-ratus. Kita sehari nak dapat 10 pun susah. Nak perabih tu senang aje. Sekejap je. Macam air duit tu mengalirkan kan 😅

Pastu saya terus pm untuk join free preview. Sebab nak tau sangat apa tu TWB. Dalam tu fuhh ! memang macam-macam Master dah terangkan. Dan tengok ramai yang dah berjaya dengan TWB. Tak sangka memang boleh buat duit dengan servis spa ni rupenye. Semudah ABC😅 memang berkobar-kobar la rase nak join😂

Then, saya tanya berapa bayaran?

Biase la nak berniaga. Mana ada tak guna modal. Kita tak bayar guna daun. Kalau guna daun syoknya lahai. Hehe.

Hah! Bile tanye berape bayaran untuk join TWB ni, Member saya kata RM1999.

Wahhhh..

Bila dengar tu. Mahalnye la wehhhh🤦‍♀ Orang yang tak berduit macam saya ni memang rasa mahal laaa kan. Haha.

Nak korek mana 2K tu😅 Nak korek Tabung Haji pun dah tak cukup. Pasei dah guna sebelum tu nak wat modal bisnes lain kononnya. Tapi tak menjadi jugak. Burn gitu ajela. Haha.. Padan muke😅

Serius. Hati saya memang kuat sangat kata nak join TWB ni.

Tapi Saya tak tahu nak dapatkan modal kat mana. Nak pinjam dengan siapa. Puas saya fikir. Member saya pun ade cadangkan pelbagai cara. Tapi macam tak kena je dengan saya😅 

Tiba-tiba, Allah gerakkan hati saya untuk pinjam dengan Abah saya sendiri.

Serius, seumur hidup saya, saya tak pernah mintak duit dengan Abah saya. Apatah lagi nak pinjam duit. Memang tak pernah! Saya memang kurang rapat dengan Abah dari kecil. Sebab Abah selalu sibuk.

Kalau korang nak tau, Abah saya memang bisnesman. Tapi tak pernah ajar anak-anak hidup senang lenang. Nak sesuatu kene usaha sendri. Biasa mak je yang hulur. Tapi tu pun duit daripada Abah jugak.. Haha.

Kasih Abah sukar ditafsirkan kan😅

Lepas tu, saya terus whatsapp Abah. Tak call. Tak berani. Haha.

Whatsapp ajela senang. Tak debor sangat kan😅

Cam biasa tanya khabar dulu, ambil hati sikit. Sebelum tu dah tanya Kakak dulu, mood Abah okey tak. Haha.

Alhamdulillah mood okey, baik😬

Pastu saya terus bagitau, saya nak pinjam 2K (Nak pesan, ayat tu elakkan ade perkataan "tak" nanti jawapannye jadi tak jugak. Hehe).

Ok sambung.

Bagitau nak pinjam, nak buat modal bisnes. Kalau tak dapat bagi 2K pun tak pe. Dapat 1K setengah pun jadi lah. Buat ayat kesian. Haha😅

Pastu siap janji nak bayar sebelum balik Mesir.

Padahal kalau ikutkan tak sampai sebulan lagi nak balik Mesir masa start join tu. Hishhhh.

Memang ibarat letak pisau kat lehir la😂 Tak tau macam mane boleh cakap macam tu. Tapi yakin pulak tulis tu. Haha.

Saya ni berdebar nak tunggu Abah reply.

Dalam hati memang doa, Ya Allah kalau ade rezeki Abah bagi pinjam maksudnye betulla keputusan yang saya buat untuk join TWB ni.

Tunggu punye tunggu.

Tiba-tiba Abah reply. Abah terus mintak No.akaun.

Wahhhhh😱😱😱 Mase tu rasa nak melompat-lompat gembiranya duhai hati. Alhamdulillah Ya Allah. Syukur sangat-sangat. Senyum sampai ke telinga🤭

Tapi tu pun masih confius. Haha.

Saya tanya suami saya jugak. Betul tak keputusan yang saya buat ni. Dia kata kalau dah ada modal tu maksudnya betul lah😅

Dia nak bagi memang tak dapat la dia kata.

Sebab suami saya belajar lagi. Ada jugak buat kerja. Tapi kerja hari. Kalau kerja dapat la duit. Kalau tak kerja, takde la duitnya. Dah cuti 2 bulan. 2 bulan la tak de gaji😅 Tapi dia tetap support apa yang saya buat. Alhamdulillah.

Alhamdulillah. Allah mudahkan segalanya.

Saya nak cite sikit pengalaman yang buat saya tersentuh dan sampai nak menitik air mata saya masa saya tengah training.

Nak tau waktu bile? Part trainer ajar saya scrub tangan. Masa tu saya bawak mak jadi model. Saya gosok tangan mak saya perlahan-lahan. Masa saya gosok tu, tiba-tiba hati saya tersentuh.

Saya rasa nak menangis. Nak tau, saya tak pernah gosok, tak pernah belai tangan mak sepanjang hidup saya.

Tapi tangan kasar itulah yang telah membesarkan saya dari kecil hingga ke besar.

Allah.

Lain tau perasaan gosok tangan mak kita dengan kita salam. Biasa kita salam je kan. Tak pernah kita belai tangan mak kita. Betul tak? Kalau tak percaya, buat la. Masa training nanti korang akan rasa apa yang saya rasa😭

Okey, Lepas je habis training, balik tu saya terus buat dekat adik-beradik dan kebetulan sepupu pun ada datang rumah. Saya terus training sampai saya ingat step-step tu. Mula-mula lupa dan silap jugak. Biase la mula-mula kan. Nasib la siapa yang jadi mangsa tu. Memang lawak. Haha.😅

Lepas tu trainer saya tolong iklankan la kat FB dan saya pun iklankan la jugak kat media sosial kan. Siapa sangka, post tak sampai sehari terus ada yang booking. Alhamdulillah.

Rezeki Allah tak pernah salah alamat. Yang penting kite kene usaha dan dalam masa yang sama kita berdoa supaya Allah luaskan rezeki kita.

Alhamdulillah. Cukup seminggu buat Spa ni saya dah boleh dapat hampir 1K. Itu pun balik kampung 2 hari, ramai sedara-mara dara, so ada bagi diskaun kau-kau la. Hihi.

Jangan berkira sangat dengan sedara-mara ok. Mak sedare tu bagi free jela wehhhh.

Dah anggap macam mak sendri. Hihi😅

Lepas dah terkumpul duit seminggu tu. Saya terus bayar dekat Abah saya RM500.

Hutang tetap kena bayar walaupun Abah sendri kan. Abah tersenyum lebar la saya dah boleh bayar RM500 dalam masa seminggu tu. Bangga je rasa. Hehe.

Yang lebih-lebih tu wat la belanja dulu kan😅

Ada jugak kadang-kadang perasaan berat je rase nak bayar. Mata duitan la katakan. Haha.

Bahaya godaan syaitan ni pandai jugak dia mainkan hati kita kan😅

Tapi kita kena yakin, rezeki Allah tu. Bila kita langsaikan hutang, hati jadi tenang. Jiwa jadi tenteram. Lapang je rase dada. Alhamdulillah. Jadi berbaki RM1500 lagi. 

Yahoooo🤣

Alhamdulillah, cukup 18hari buat servis. Saya dah dapat 2K lebih. Dah lepas balik modal. Syukur sangat-sanagt Ya Allah.

Saya tak tau nak cakap macam mana. Apa saya buat? Saya rasa macam tak buat apa-apa. Semua Allah dah atur. Hebat rezeki dari Allah. Duit pinjam dengan Abah pun dah langsai. Baiknya Allah. Tenang rasa hati masa pulang ke Mesir. Syukur😄

Saya selalu ingat apa yang leader saya pesan. Dia kata, bila buat sesuatu, buat sampai jadi buat sungguh-sungguh. Kita mintak sungguh-sungguh dengan Allah. Bukan mintak dengan manusia😅 Amal ibadah pun kite kena jaga. Ingat, bile kita kejar Akhirat. Maka dunia pun akan kejar kita. Tapi kalau solat kita pun entah kemane, macam mana rezeki tu nak datang😅 Peringatan bersama yer.

Okey.. sekarang saya nak bagitau apa yang saya dapat bila join SPA TWB ni?

Dapat duit cash.

Paling sikit dapat RM50 sehari.. Paling banyak RM380 sehari.

Wow tak wow. Kat mesir ni ada dapat hampir RM 500 sehari. Sampai suami saya kata, eh senangnya buat duit dengan Spa ni ek. Abang nak belajar jugak la katanya. Hehe.

Sampai berangan-angan nanti kita bukak Spa sama-sama. Abang buat yang customer lelaki, Nur (panggilan manje suami tapi bunyi tak berape manje... Haha). Nur buat kat customer perempuan. Sampai camtu la berangannya. Tapi tak mustahil satu hari nanti kan.

Masa flexible.

Tak da had masa. Terpulang pada kita nak buat bila-bila. Kadang-kadang cust. nak buat malam pun saya on jer😅 Ikut waktu yang kita deal dengan customer. Mudah kan. Takda bos nak marah. Sebab kita dah jadi bos kan🤭 

Boleh bawak anak kat tempat kerja.

Ni paling best. Kalau kerja bawah orang dulu, tak de nya boleh bawak anak kan. Tapi pastikan anak tu baik-baik je. Tak buat perangai. Alhamdulillah anak ok setakat ni.

Pesan awal-awal kalau nak ikut kena baik-baik. Kalau tak, tak payah ikut. Pandai la kita handle anak kita kan.

Jangan sampai cust. rasa geram pulak dengan anak kita😅 Hehe.

So, jangan kata ada anak tu susah la, renyah la. Anak-anak tu bukan penghalang. Tapi anak-anak tula pembawa rezeki tau. Sampai kadang-kadang, anak tu dapat lagi banyak duit daripada kita. Hehe.

Kita yang buat Spa, dia yang dapat duit😅 Alhamdulillah.. boleh lah simpan dalam Tabung Haji dorang. Baru bukak akaun 2 bulan dah boleh simpan 1K untuk anak-anak. Alhamdulillah. Rezeki Allah nak bagi kan😅 

And apa yang best jugak. Dapat Bonus.

Walaupun mula-mula tak banyak. Tak mustahil satu hari nanti berlipat ganda kan. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit😅Jeles tau dengar Master & Leaders boleh dapat puluh-puluh ribu sebulan. Siapa tak nak kan. Rugi lah kalau tak nak😎

Dapat belanja Mak, Ibu Mertua Adik-bradik, Anak-anak dengan hasil Spa.

Makin bertambah sayang la Mak Mertua kat menantu dia ni. Hihi. Kalau tak, sebelum ni memang rasa tak mampu nak bagi apa-apa. Tapi dengan hasil Spa ni, Alhamdulillah boleh beli & bagi macam-macam kat orang yang kita sayang. Seronok kan. Baru la bertambah sayang dorang kat kita kan🤭

Dan Alhamdulillah dengan hasil Spa jugak dapat bayar pinjaman masa belajar dulu. RM200 sebulan nak kena bayar. Bukan sikit-sikit. Kalau 20 okey lagi. Ni 200. Kalau takda hasil Spa ni siapa la nak tolog bayarkan. Takkan Mak Ayah pulak. Suami? Takkan nak susahkan suami kita? Sendiri pinjam, sendri bayar la kan😅 Tapi, Alhamdulillah, duit Spa ni sangat-sangat lah membantu.

Terima kasih ya Allah. Temukan saya dengan TWB ni.

Alhamdulillah. Memang jatuh hati sangat dengan TWB ni. Tak rugi lah kalau join. Terima kasih My Leader memperkenalkan saya dengan TWB ni. Bila korang rasa down akan ada orang yang support korang. Sebab tu saya dah sayang TWB ni.


Memang takkan beralih arah dah. Buat sampai jadi. Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. Dalam TWB ni ada Home & Mobile Spa.

Jangan risau, anda tak wajib bukak kedai pun. Buat Mobile Spa pun dah masyukk sangat-sangat dah.

Alhamdulillah, tak lama lagi bakal buka kedai Spa sendiri. Mintak doa dari semua semoga dipermudahkan ye semua.

Jangan peningkan kepala anda. Saya bukak Spa kat Mesir ni, satu sebabnya tak de lagi Spa dari orang Malaysia. Arab ada buat. Tapi biasa la dorang kasar sikit. Sebab tu dorang nak cari Spa melayu😅Lepastu rumah yang saya duduk ni tak boleh buat Home Spa. Kedutaan tak bagi. Sebab tu saya buat kat luar. Itu la al-kisah kena cari kedai. Kedai kecik aja. Macam sewa bilik jugak gitu. Macam Home Spa kiranya. Tapi bukan dalam rumah. So, lain tempat, lain situasinya kan.

In syaa Allah dalam renovation. Saya menggunakan duit hasil dari Spa TWB untuk bukak Spa ini.

Ni saya kongsikan sedikit antara amalan untuk diluaskan rezeki yang melimpah-ruah dan tidak putus-putus. InsyaaaAllah.

✅Jaga solat... Solat awal waktu

✅Sedekah setiap hari. (Adoi... macam mana nak sedekah setiap hari yer? Nampak macam susah je kan. Tak susah pun sebenarnya. Paling senang setiap pagi selepas Subuh tu, niat la sedekahkan Al-Fatihah kepada Nabi kita Nabi Muhammad saw, kepada keluarga Baginda & para sahabat. Lepas tu pada diri sendiri, pada Mak Abah, Suami, Anak-anak, Adik-beradik, pada sesiapa saja yang dah meninggal, kepada semua umat islam. Niat sedekahkan Al-fatihah.

Kalau boleh sedekah Al-Fatihah dan Yassin pagi-pagi lepas subuh tu lagi bagus. Haaa! Senang je kan. Pastu, kalau ada singgah-singgah Masjid jangan lupa masukkan dalam tabung walaupn seringgit dan ikut la. Terpulang pada cara masing-masing untuk bersedekah. Hebat kuasa sedekah ni. InsyaaAllah Allah luaskan rezeki orang yang suka bersedekah.

✅Solat Tahajjud. Yang ni pun kadang-kadang ramai rasa macam susah nak buat. InsyaaAllah boleh. Sebelum tidur tu, Istiqfar banyak-banyak dan mintak Allah kejutkan untuk bangun Solat Tahajjud. Bangun lah dekat-dekat Subuh. Kalau bangun awal sangat nanti takut Tahajjud buat, Subuh terlajak pulak. Tak pasai-pasai jadi Subuh Gajah. Hehe.

✅Solat Dhuha. Pembuka rezeki tu... Sebolehnya jangan tinggal, baca doa Dhuha tu dengan penuh khusyuk dan tawaduk. Mintak sungguh-sungguh dengan Allah. Allah bagi punya.

✅Baca surah Al-Waqiah setiap malam. InsyaaAllah rezeki tak putus-putus.

✅Istiqfar & Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW paling kurang 100x sehari. Sebaiknya 100x selepas setiap solat dan yang paling bagus setiap masa. Sebab kadang-kadang dosa yang kita tak sedar tu menghalang rezeki untuk masuk. Sebab tu kena banyak Istiqfar. Mintak ampun dengan Allah setiap saat dan ketika. Akan ada rezeki yang tak disangka-sangka tu datang pada kita. Aaaminnn.

✅Baca jugak Ya Fattah, Ya Razzak, Ya Wahhab. Biasa baca waktu Dhuha. Lepas solat Dhuha. Tapi nak baca bila-bila pun boleh. Semoga Allah bukakan pintu rezeki kepada kita. Jangan ingat rezeki tu duit je. Rezeki tu macam sudut. Nikmat sihat pun rezeki, nikmat beribadat pun rezeki, macam-macam lah. Banyak sangat nikmat yang Allah bagi ni.

✅And last, amalkan surah Sad ayat-54. Biasa saya amalkan selapas solat dan masa bukak beg duit. Hihi. Masa bukak beg duit tu baca sokmo ayat ni. Niat supaya rezeki tak putus-putus. Duit bertambah banyak. Alhamdulillah. Memang menjadi. Tak pernah tinggal kosong dalam beg duit. Hatta tinggal seringgit pun tetap rezeki jugak kan😅 


Okey... Tu jela antara amalan yang boleh sama-sama kita amalkan. Kalau tak mampu buat semua, jangan tinggal semua. Buat lah sikit-sikit dulu. Pastu tambah dari hari ke hari. Buat seikhlas hati lillahi Taala. Selamat beramal."

Inilah perkongsian oleh Puan Hidayah yang amat-amat berharga beserta dengan tips murah rezeki lagi. Yang mana, kini beliau berada di Mesir mengikuti suaminya sambung pengajian di sana.

Walau siapa pun suami kita, sebagai sorang wanita yang bergelar sorang isteri memang digalakkan untuk mempunyai pendapatan sendiri bagi membuat persediaan dari perkara-perkara yang tidak diduga.


At least kita ada back up. Whatsapp Kinah : 019-916 4276 untuk details pendaftaran Training TWB segera. Semakin korang bertangguh-tangguh semakin bertangguh lah rezeki tu datang kepada korang.

Tiada apa yang mustahil di TWB. Banyak dan proven result yang kita kongsikan sebelum ini. Korang boleh baca success story TWB di link kat bawah.











No comments:

Post a Comment