Tuesday, 11 February 2020

KENAPA SAYA BUAT BISNES HARI INI?

Dari kecil, saya ada banyak cita-cita. Saya yakin, anda yang sedang membaca ini pun sama. Pasti ada cita-cita zaman kanak-kanak.

Antara cita-cita saya ialah nak jadi seorang pelukis, Alhamdulillah dah boleh melukis ala-ala seorang pelukis proffesional. Dah berjaya hasil pelbagai karya sendiri.

Selain itu, saya pun nak jadi arkitek. Tapi, tak sangka aturan Allah itu indah. Saya dilorongkan rezeki untuk mengajar budak yang mengambil jurusan arkitek. Walau bukan saya arkiteknya.

Wednesday, 22 January 2020

6 PUNCA MASALAH SEMBELIT DAN 4 TIPS SERTA KAEDAH RAWATANNYA

Bismillahirahmanirahim, Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Pengasih lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, saya ingin berkongsi dengan anda beberapa tips untuk mengatasi masalah sembelit dan cadangan cara untuk merawat gejala Sembelit ini.

Menurut rujukan di Portal Myhealth, Sembelit bukan penyakit tetapi satu gejala yang berlaku dalam masa-masa tertentu. Namun pada pandangan saya, dari pengamatan dan pengalaman sendri dan juga orang sekeliling, sembelit ini boleh membawa mudarat jika tidak diatasi.

Sebelum itu, izinkan saya berkongsi pengalaman saya sendiri pernah sembelit beberapa kali mengikut perbezaan keadaan dan punca :

Friday, 22 November 2019

PROMOSI SPA SERI PENGANTIN DISEMBER 2019 DI KUANTAN DAN KUALA TERENGGANU

Hai, Assalamualaikum.

Apa khabar? Alhamdulillah hari ini, berakhir sessi persekolahan bagi Tahun 2019 di Pahang dan semalam (21/11/2019) di seluruh Negeri Terengganu.

Maka bersusun lah Majlis Jemputan Walimatul Urus dari kawan-kawan, saudara-mara, jiran tetangga terdekat. Pasti meriahkan kalau kita sebahagian dari keluarga pengantin.

Tapi, bagaimana pula kalau kita yang jadi si bakal pengantinnya? Dup ! Dap ! Dup ! Dap ! Pasti berdebar menanti hari bersejarah sekali seumur hidup. Tak kurang jugak ada yang masih pening kepala membuat persiapan terakhir majlis.

Wednesday, 20 November 2019

TIGA TAWARAN RAWATAN SPA PENGANTIN PERCUMA BERNILAI RM269 !

Bismillahirahmanirahim.

Dengan sukacitanya kami membuka tawaran RAWATAN SPA PENGANTIN ini khas buat bakal-bakal pengantin area Kuala Terengganu dan juga Kuantan.

Siapa yang layak?

Khas buat Bakal-bakal pengantin yang akan melangsungkan majlis mereka di bulan Disember ini. Iaitu bermula tarikh 9 Disember hingga 31 Disember 2019.

Kenapa PERCUMA?

Tuesday, 19 November 2019

PENIAGA AIS KEPAL RM1 BERTUKAR MENJADI LADY BOSS BERPENDAPATAN 5 ANGKA SEBULAN

Hai, hari ini saya ingin berkongsi pengalaman dan kisah kejayaan seorang peniaga Milo Ais Kepal RM1 kepada Lady Boss yang berpendapatan 5 angka sebulan.

Siapa sangka letih, perih, penat lelah berniaga ais kepal mampu membuatkan wanita berjiwa besar ini berjaya bersama Spa The Walking Beauty kami di kala beliau diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran.

Beliau pun wanita biasa seperti kita semua, tidak terlepas dari ujian yang maha hebat.

Empat bulan yang lepas (19 Julai 2019), kami telah menjemput beliau untuk berkongsi kisahnya dalam Preview The Walking Beauty (TWB) as Impact Speaker. Hari ni baru berkesempatan menulis kisah beliau.

Sunday, 17 November 2019

KISAH 3 ORANG IBU TUNGGAL SELEPAS JOIN KURSUS SPA THE WALKING BEAUTY (TWB)

Wanita sering menjadi mangsa keadaan. Wanita orang nampak lemah. Wanita banyak berkorban sebaik mereka bergelar seorang isteri. Mereka berkorban untuk suami dan anak-anak, cucu, cicit sehingga ke akhir nafasnya.

Tapi di sebalik kelemahan wanita itu, bila mereka bangkit mereka mampu menggoncang dunia sebagaimana Kisah Sejarah Islam Summayyah. Jadikan kisah Sumayyah ini sebagai kekuatan anda untuk menikmati kebahagiaan hidup anda.

Dan, baca kisah-kisah di bawah ini. Kisah kebangkitan 3 orang wanita bergelar Ibu Tunggal selepas join Kursus Spa The Walking Beauty (TWB).

Saturday, 16 November 2019

IBU TUNGGAL BUKTI BERJAYA BALIK MODAL SELEPAS KURSUS SPA TWB DALAM MASA SEBULAN

Hai, Assalamualaikum.

Hidup ini tidak selalunya indah, inikan langit tidak selalu cerah. Ada masa mendung dan hujannya. Begitu juga kehidupan kita.

Setiap wanita pasti ada cabaran dan ujian hidup mereka yang tersendiri. Saya sangat menghormati kaum wanita yang kental dan hebat bangkit untuk berjaya.

So, hari ini saya ingin berkongsi dengan anda KISAH KEJAYAAN SEORANG WANITA YANG BERGELAR IBU TUNGGAL DI USIA MUDANYA BERJAYA BALIK MODAL SELEPAS SEBULAN JOIN TRAINING SPA THE WALKING BEAUTY (TWB) PROJECT.

Wednesday, 13 November 2019

RESEPI DAPUR SAKINAH : AIR 3 LAYER SIMPLE TAPI SEDAP

Bosan je tengok air yang sama. Sekali-sekala kita ubah selera, ubah angin.

Hari ni, terlebih rajin saya gunakan bahan simple yang ada di dapur sahaja.

Masak sagu sehingga menjadi seperti mata ikan.

Cara nak masak sagu :

1. Panaskan air terlebih dahulu sehingga mendidih. Boleh guna periuk atau kuali atau apa sahaja yang anda suka. Tetapi yang pasti bukan cerek elektrik. Hehehe.

6 SEBAB SAYA KURANG MENULIS DI FACEBOOK

Alhamdulillah, Assalamualaikum dan selamat Pagi.

Syukur masih dikurniakan rahmat bernafas di saat ini di kala kita pejamkan mata semalam. Alhamdulillah Allah masih beri peluang untuk hidup dan memperbaiki diri serta menambah amal kebajikan ke dunia yang kekal abadi.

Jika suatu hari nanti, anda sudah tidak mendengar khabar dari saya, tolong doakan saya dan sedekahkan Al-Fatihah buat diri yang tiada apa-apa ini setiap hari. Segalanya hanya pinjaman dari Allah Ya Malik.

InsyaAllah doa kalian akan berbalik kepada kalian jua. Ini adalah satu tips berdoa yang berkesan. Mendoakan orang lain tanpa pengetahuan orangnya.

Monday, 21 October 2019

PANDANGAN 10 ORANG WANITA SELEPAS JOIN KURSUS MOBILE SPA THE WALKING BEAUTY

Mobile Spa adalah satu bisnes yang menjadi trend wanita masa kini. High demand dan sangat menguntungkan.

Banyak kursus-kursus ditawarkan untuk belajar skill rawatan spa di luar sana. Dari puluhan ringgit ke ribu-ribu ringgit bergantung kepada input dan outcome nya.

Tetapi apa perbezaan Kursus Mobile Spa The Walking Beauty Kuantan?

Jom ! ikuti cebisan pandangan dan pengalaman 10 orang wanita yang pernah join Kursus Mobile Spa The Walking Beauty (TWB) sejak 2015 sehingga sekarang.

Friday, 18 October 2019

10 KEISTIMEWAAN KURSUS MOBILE SPA THE WALKING BEAUTY KUANTAN

Bismillahirahmanirahim.

Anda sedang mencari peluang bagaimana menjana pendapatan melalui bisnes Mobile Spa?

Anda pernah atau sedang run your own spa, tetapi sekarang mencari peluang untuk menimba ilmu dalam dunia spa atau mencari cara bagaimana tingkatkan sales bisnes spa anda?

Anda seorang yang dalam proses untuk membuka bisnes tetapi tidak tahu bisnes apa yang menarik, kena dengan jiwa dan high demand sekarang?

Thursday, 17 October 2019

BACA 2 KISAH BENAR PEMILIK SPA INI SEBELUM BUAT BISNES MOBILE SPA ANDA

Beberapa tahun yang lepas, iaitu 11 tahun yang lalu. Pada waktu itu saya masih berada di Universiti dalam jurusan Diploma Seni Lukis dan Seni Reka (Tekstil). Dah 11 tahun berlalu rupanya, namun saya masih ingat satu pengalaman mahal dan berharga yang takkan saya lupa sampai bila-bila.

Pada tahun tersebut kami ditugaskan dalam kumpulan untuk merancang satu bisnes sebagai subjek wajib lulus untuk semester tersebut. Saya bersama 4 orang lagi rakan membuat keputusan untuk membina Bisnes Spa. Kumpulan kami terdiri daripada Husna, Mak Su (Amalina), Huda dan Amirul yang mana setiap daripada kami diberi peranan  untuk menggalas tangungjawab masing-masing.

Sunday, 13 October 2019

TAHUKAH ANDA? WANITA MEMERLUKAN KALSIUM LEBIH DARI LELAKI DEWASA

Hai, Assalamualaikum semua mommies dan wanita-wanita hebat.

Tahukah anda yang bergelar wanita ini, badan kita memerlukan lebih Kalsium daripada Lelaki Dewasa.

Kalau lelaki 1000mg/ Kalsium sehari, kita perlukan 1200mg/ Kalsium sehari.

Tapi, berapa ramai antara kita tahu yang cukup kah mereka ambil Kalsium sebanyak itu? Pastikah anda berjaya makan sayur, ikan, ayam dan buah-buahan yang tinggi Kalsium tanpa miss setiap hari?

Monday, 7 October 2019

BIG WHY SAYA BUAT BISNES SHAKLEE

Hai, Assalamualaikum dan Salam Bahagia.

MY BIG WHY (SEBAB UTAMA) BUAT BISNES SHAKLEE

Sejak 5 tahun yang lalu saya buat bisnes Shaklee, inilah kunci utama yang selalu diutarakan dan ditujukan kepada kami. Bila bisnes stuck, cuba semak balik. Apa tujuan utama kita buat bisnes Shaklee?

Ramai orang sangka dengan bisnes kita boleh jadi kaya. Ya, semua bisnes boleh buatkan kita jadi kaya-raya. Jika, kita tahu cara bagaimana untuk jadi kaya.

Tapi, bukan semua orang boleh berjaya untuk jadi kaya walau dah ada proven result dalam bisnes tersebut.

Wednesday, 2 October 2019

RESULT SCREENING HEALTH TEST

Beberapa hari lepas, saya ada share yang result Screening Health Test saya dah keluar. Saya buat 28 September (Sabtu) baru ni.

Pagi ni, saya nak share kenapa kita perlu buat Body Health Test? Tak kisah test macam mana asalkan ia dapat beri result kesihatan dalaman kita.

Bukan yang timbang berat, naik penimbang, ambil reading tekanan darah tue. Ini bagus kalau anda selalu buat. At least you monitor tekanan darah tinggi kan.

Monday, 30 September 2019

9 TIPS KECANTIKKAN DAN 10 PUNCA MASALAH KULIT WANITA

Hai, selamat pagi. Salam Sihat dan Salam Jelita.

Hari ni, saya nak berkongsi beberapa Tips Kesihatan dan Kecantikkan yang sangat mudah untuk kita apply dalam kehidupan seharian.

Siapa kat sini, suka kepada kecantikkan? Alhamdulillah, semua wanita sukakan cantik dan sihat berseri. Jelita, Gebu, flawless tu bonus. betul, betul.

Sebelum itu, izinkan saya perkenalkan diri. Mungkin anda belum kenal siapa saya.

Sunday, 29 September 2019

TIPS BISNES : 5 MOTIVASI MANUSIA


Ramai orang berminat untuk berniaga. Atau hakikat yang sebenarnya, ramai orang nampak berniaga boleh memberi peluang duit yang berganda-ganda.


Tetapi bila sebut je untuk berjaya dalam bisnes perlu mencari orang, berjumpa orang, bercakap dengan orang, mereka terus angkat kaki undur diri.

Tahukah anda apa-apa jenis perniagaan semuanya akan melibatkan manusia. Rasanya sehingga hari ni, belum ada orang berniaga pembelinya ayam, kucing atau kambing.

Betul, betul.


BAGAIMANA CARA PULIH DARI KENCING MANIS

Assalamualaikum dan salam sihat.

Izinkan saya berkongsi. Jika bermanfaat, teruskan bacaan.

Setiap penyakit ada penawarnya. Tiada penyakit tiada ubat melainkan kematian sebagaimana disebut dalam ayat Al-Quran di bawah :

"Dan apabila aku sakit, Dia lah yang menyembuhkan aku. Dan akan mematikan aku, kemudian akan menghidupkan aku kembali" (Al-Syu'ara 80-81)

Jika anda disahkan menghidap Kencing Manis, saya doakan semoga ianya berada dalam keadaan terkawal. Apa-apa jua jenis penyakit, pasti ada solusinya dengan izin Allah SWT.

Saturday, 28 September 2019

BERAPA HARGA FULL SET SKINCARE YOUTH SHAKLEE?

Ada yang risik-risik tanya.

Pastu dorang tergoda, terjatuh cinta dan terus sambar offer istimewa ini. Kinah nak share lah jugak kat kawan-kawan yang duk cari skincare bebas kimia (2500 bahan kimia berbahaya), organik, berkesan dan selamat.

**Di Malaysia hanya 1500 sahaja yang berbahaya. Lagi baki 1000 masih di peringkat selamat. Tetapi, di Amerika saintis kenal pasti 2500 ni memang berbahaya dan memberi kesan jangka masa panjang. So, penghasilan Youth InsyaAllah dengan Allah selamat dan tidak memudaratkan.

Yang best dan exclusive lagi, skincare ni dihasilkan oleh pakar-pakar saintis yang berpengalaman, diuji oleh Dermatologi dan Oftalmologi. Tidak menutup liang-liang pori, 100% vegan, sesuai sangat untuk kulit sensitif macam anda dan juga saya.

Tuesday, 24 September 2019

11 KESAN KEHIDUPAN SELEPAS KELAS METAMORPHOSIS

Metamorphosis membawa Ajaran Sesat? Saya tak nak kupas bab ini. Biarkan pihak yang lebih arif buat urusan sepatutnya.

Kita chill. Sebab zaman sekarang, sepatah kata.. orang boleh hentam 10 kali lebih dasyat kalau buruk je yang dicari. Hehehe.

Saya sentiasa ingat pesan Tuan Guru. "What ever it is after class kalau korang terjatuh, blur ke apa ke, always be Happy." Yes ! itu lah misi Tuan Guru kami. Mengajar ilmu Kebahagiaan.