Friday 25 March 2016

TIPS KURUS NECK : SEDAPNYA SARAPAN NASIK LEMAK

Assalamualaikum wbt..

Saya mendoakan semoga anda semua kurus dan sihat.

Dipermudahkan segala urusan dan amal ibadat kepadaNya. InsyaAllah..

Petang ni, saya nak share sedikit Tips Kurus dengan kawan-kawan semua.

Situasinya begini..

Anda bersarapan sebungkus nasik lemak berlaukkan ayam goreng, telur mata dan sambal sotong lebih, sedikit bilis goreng dan 2 keping hirisan timun.


Biasa menu ni, mudah didapati dimana-mana.

Secara kasarnya..dari segi nutrien, nasik lemak ni ada protein, karbohidrat, lemak dan serat hanya 2 keping timun yang sangat-sangat tak seimbang.

Selain tu, nasik nya berlemak dan kebanyakkan lauk-pauknya bergoreng yang tinggi kolestrol.

Untuk makluman anda, badan kita memerlukan usaha 3 kali ganda untuk membakar tenaga yang masuk jika ia dalam bentuk lemak dan 2 kali ganda jika ia karbohidarat.

Dan kebanyakkan sumber makanan berasaskan lemak ni, terus masuk ke dalam badan sebagai lemak.

Anda faham maksud saya?

Ok.

Kebiasaannya, akan ada 2 situasi selepas makan nasik lemak:

Selepas beberapa minit.. kita akan rasa mengantuk. Mata asyik nak pejam je cari bantal. Mulut asyik menguap je.

Plus bekerja pulak dalam aircond.

Then, lapar.. nak makan, lagi.

Ok, tak de masalah untuk makan lagi jika anda seorang yang bekerja angkut bata atau buruh di tapak binaan.

Tapi, akan bermasalah jika anda seorang yang kerja duduk d kerusi dari pagi sampai petang.

Anda pelik?

Selepas habis waktu kerja, anda berzumba sakan. Anda bermain Futsal 2,3 round.

Berat tak turun-turun. Bahkan semakin naik.

Kedua, anda kenyang sampai ke petang berbekal nasik lemak tadi.

Konklusinya di sini, nasik lemak tadi kurang berkhasiat untuk diamalkan setiap hari.

Sekali seminggu atau sekali sebulan.. No Problem jika anda seorang yang aktive bersenam.

Part yang kenyang ke petang tu, kesannya membantutkan keaktifan metabolisma badan anda. Anda lemau dan tak bermaya. Kurang cergas. Lambat berpeluh.

Saya harap, anda semua peroleh sesuatu dari sharing ini.

Pendaftaran Program Now Everyone Can Kurus (NECK) masih dibuka untuk educate dan bantu anda cara kurus yang betul.

Sekian, wassalam.
Salam Kurus, Salam Sihat.

Program Kurus Coaching Online No. 1 di Malaysia.
Now Everyone Can Kurus (NECK)
Kurus Hanya Dari Rumah.
WhatsApp : 019-916 4276.

*Sila SHARE, jika ada rasa entry kali ini bermanfaat kepada saudara-mara mahupun rakan-rakan kita di luar sana. Mudah-mudahan lebih ramai yang akan berubah ke arah hidup yang lebih bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
~Now Everyone Can Kurus~
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com
FB : Sakinah Hasanah Mat Said

No comments:

Post a Comment