Tuesday 3 May 2016

25 REJAB : SELAMAT TINGGAL DUNIA, SELAMAT TINGGAL ANAK CUCUKU

Assalamualaikum dan salam syahdu dari perkampungan Pulau Manis, Serada. Kampung kelahiranku. Di sini, langkah pertama aku melihat dunia.

Selesai sudah urusan tok ki di dunia ini.

Tenanglah Tok ki di sana. Berehatlah.

Pagi tadi aku dikejutkan dengan suara emakku dari lena yang panjang. Jam 5.20 pagi emak kejutkan dengan perkhabaran yang tok ki sedang sakit tenat di kampung.

Aku yang sedang mamai, terkejut. Kami tahu tok ki sudah uzur.

Sebulan lebih yang lalu, ketika aku pulang ke kampung bersama emak dan En. Tunang.. Tok ki ada cakap yang dia mimpikan emak dan ayahnya datang kepada dia.

Kami cuba sedapkan hati cakap tiada apa lah.

Masa tu kami sedang menjamu juadah petang kat dapur dengan tok ki. Kami singgah sekejap atas urusan kerja di Terengganu.

Jika diberi kesempatan, memang nak stay lama-lama kat kampung. Tapi, banyak tuntutan lain perlu diutamakan.

Alhamdulillah terubat jugak rinduku. Kasihku kepada tok ki yang pendiam orangnya.

Itu pun, nasib baik lah aku dengar cakap En. Tunang untuk follow emak dan dia ke Terengganu. Ikutkan aku berbelah bahagi sebab banyak kerja.

Tapi, en.Tunang bagi aku ayat sentap !! Sengaja menduga hati ini.

Katanya, bayangkan kalau tak sempat jumpa tok ki nanti cam mana? Jangan menyesal.. Tok ki dan tua. Bila-bila masa je akan pergi. Bukan selalu pun dapat peluang ke Terengganu nie (walau duduk sebelah negeri je, walau dah ada shorcut highway). Huhuhu..

Terima Kasih, Ya Allah hadirkan somebody to push me.

Patutlah, malam tadi sebelum tok ki hembuskan nafas akhirnya sebelum subuh 25 Rejab.. aku tak dapat tidur. Aku dengar ceramah-ceramah berkaitan dengan kematian dan persediaan kita ke alam sana.

Masa tu, aku fikir.. aku nak mati dah ke nie? Aku menangis, menginsafi diri dengan setiap cerita kematian dari youtube.

Aku fikir, bagaimana jika ini malam terakhirku.. cam mana urusan jenazahku? Adakah mereka akan meratapiku? Siapakah yang akan membantuku di alam sana?

Aku menangis.

Aku sendiri tak sedar jam berapa terlena dan dikejutkan oleh emak.

Allahuakhbar.. 

Rupanya, tika aku fikir diri nak mati.. tok ki jatuh kat bilik air semasa nak ke toilet. Maknanya masa tu, roh tok ki dah bersedia untuk berpisah dari jasadnya. Kami je di sini, yang tak tahu. Dan mereka di kampung pun tak tahu itu pagi akhir tok ki dengan mereka.

Jam 5 lebih dorang baru dapat hubungi emak dan maklumkan yang keadaan tok ki sedang tenat.

Mintak kami balik dengan segera ke kampung.

Cam mana nak balik, tak de kereta kat rumah. Yang ada, manual. Tapi, aku tak reti  bawak manual. Huhuhu.. Abangku masuk kerja dari malam tadi lagi. Kena stand-by. Emak call banyak kali tak dapat. Bila dia dah masuk plan.. memang tak dapat nak buat apa-apa dah. Tunggu je lah dia keluar dari plan.

Aku tiada pilihan.

Kena mintak tolong En. Tunang jugak kali nie. Walau aku tahu, dia ada meeting penting. Sebab dia dah report jadual kat aku semalam. Lately, dia memang bz.

Huhuhu..

Selang 10 minit kami dapat panggilan dari kampung. Emak saudara cakap tok ki dah tak de. Tok ki hembus nafas akhirnya sebelum subuh.

Alhamdulillah.. Allah permudahkan kami. En. Tunang mohon emergency leave.

Jam 7 pagi baru kami bergerak pulang selepas en. Tunang dapat contact partner dia.

Dalam kelam kabut tue, aku sempat capai botol vivix je sebagai persediaan aku, emak dan En. Tunang. Vitamin lain, memang tak bawak pun. En. Tunang langsung tak bawak bekalan dia.

Maka kesannya, ada orang kena masuk wad emergency pada malam hari. Nanti, aku share di lain entry. (Alahai, kecian betullah bila fikir pengorbanan si dia).

Sempat ke kami menatap wajah tok ki untuk kali akhir?

Kami dah redha kalau tak dapat lihat jenazah tok ki. Kami pun tak mahu jenazah simpan lama-lama sangat semata-mata tunggu kami. Tak elok.

Kalau boleh, bila ada kematian segerakan. Jangan lengah-lengahkan.



Mereka di kampung khabarkan jenazah akan dikebumi jam 10pagi.

Semasa di highway, aku dengar Emak dah sebak kat belakang. Aku sangkakan emak kuat. Sebab, emak senyap je. Jauh di sudut hati seorang anak, mesti nak lihat ayah kesayangannya buat kali akhir kan. 

Jam 9 lebih emak telefon adiknya, dan mintak tunggu kami. Selepas tue lah, emak nangis. Alhamdulillah rezeki emak.. dapat tatap dan kucup tok ki buat kali terakhir.

Semasa kami sampai sekitar jam 10pagi, tok ki sedang dimandikan.

Putih bercahaya je muka tok ki. Aku jadi seram sejuk. Bayangkan saat kematian sendiri nanti cam mana. Huhuhu..

Jenazah disolat dan dimakamkan sekitar jam 11 tengah hari di perkuburan makam Tok Ku Pulau Manis, bersebelah adik-beradik tok ki, arwah tok (nenek), ayahku dan saudara-mara yang lain.


Perkuburan Makan Tok Ku Pulau Manis, Serada.
2 tahun lalu aku menghantar ayah. Kini, aku menghantar tok ki.

Aku agak terkilan tak sempat hantar tok ki ke mekah. Itu impianku. Itu janjiku kepadanya. Aku mintak tok ki doakan. Aku tahu, tok ki nak sangat ke sana. Tapi, belum berkemampuan dan tak berkesempatan hingga akhir hayatnya.

Kita hanya mampu merancang, Allah jua sebaik-baik perancang.

Al-Fatihah untuk tok ki dan mereka yang telah lama meninggalkn kita semua menuju perjalanan ke alam sana yang masih panjang.

Perjalanan kita masih panjang.
Sahabat, dunia ini hanya sementara.

Sama-samalah kita ambil ikhtibar dengn setiap kematian.

Semoga kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.

Wasalam,
Salam Sayang, Salam Bahagia.

No comments:

Post a Comment