Assalamualaikum wbt..
BILA MALAIKAT KECIL BERTANYA
Berapa ramai antara kita kenal siapa teman paling rapat dengan kita, yang selalu ada dengan kita?
JIBRIL : Menyampaikan Wahyu Kepada Nabi & Rasul
MIKAIL : Memberikan Rezeki Kepada MaklukNya
IZRAIL : Mengambil Nyawa
ISRAFIL : Meniup Sangkala Kala di Hari Kiamat
MUNKAR : Menjaga dan Menyoal Ahli Kubur
NAKIR : Menjaga dan Menyoal Ahli Kubur
RAQID : Mencatat Amal Kebaikan
ATID : Mencatat Amal Kejahatan
MALIK : Menjaga Pintu Neraka
RIDHUAN : Menjaga Pintu Syurga
Kenapa saya kongsikan ini.
Kerana saya sentap dengan diri sendiri. Saya malu dengan diri sendiri yang ceteknya ilmu agama walau sudah lebih suku abad bernafas di muka bumiNya ini.
Rasa cam nothing. Apa saya nak jawap kepada Munkar dan Nakir nanti.
Baru-baru ni.. adik saya yang kembar tue, ada bertanya mengenai rukun iman. Ada berapa dan minta sebutkan rukun tersebut. Seperti malaikat kecil sedang menyoal pulak mereka nie.
Alhamdulillah.. semuanya lancar dan saya rasa terinsaf sendiri. Setiap kali menyebut dan menghayati setiap rukun tersebut. Saya berfikir cam manalah nanti aku nak didik anak-anak aku.. kalau adik sendiri bertanya pun tergagap-gagap.
1. Percaya kepada Allah.
2. Percaya kepada Malaikat.
3. Percaya kepada Kitab.
4. Percaya kepada Rasul.
5. Percaya kepada Hari Kiamat.
6. Percaya kepada Qada' dan Qadhar.
Ia pengetahuan asas yang wajib diketahui oleh semua umat islam.
Tapi..
Cukupkah kepercayaan saya ini? Saya percaya siapa? Allah memang hanya ada satu. Tapi, Malaikat? Rasul? Kitab? berapa ramai, berapa banyak yang wajib kita ketahui?
Cukupkah pengetahuan kita untuk bekalan ke akhirat nanti?
Cukupkah pengetahuan kita nak didik anak-anak syurga nanti?
Sedangkan, ia kita dah belajar di zaman sekolah rendah dan agama fardu ain dulu. Kenapa kita boleh lupa?
Sebab, kita terlalu kejar dunia hingga akhirat terabai. Terlalai sendiri. Huhuhu..
Maafkan saya atas luahan yang mungkin, ada yang kurang senang. Tapi, saya yakin.. ramai jugak seperti saya.
Sebelum kita teralpa dan terleka.. Jom! Like & Share.
Supaya kita sama-sama ingati mereka dan sentiasa berada dalam iman serta lindungan dan rahmat Allah SWT.
InsyaAllah.
Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.
*Sila SHARE jika entry kali ini bermanfaat untuk saudara-mara dan jugak rakan-rakan kita di luar sana. Saya doakan anda Kaya, Bahagia dan Berjaya Dunia/Akhirat.
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com
FB : Sakinah Hasanah Mat Said
*Sila SHARE jika entry kali ini bermanfaat untuk saudara-mara dan jugak rakan-rakan kita di luar sana. Saya doakan anda Kaya, Bahagia dan Berjaya Dunia/Akhirat.
"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Cinta Hati SMS
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com
FB : Sakinah Hasanah Mat Said
No comments:
Post a Comment