SMS doakan semoga kita semua sihat, kaya dan bahagia serta diberkati oleh Allah SWT dunia dan akhirat. Kita dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab. InsyaAllah..
BILA TEKNOLOGI DISALAH GUNAKAN : MENAGIH WANG MELALUI ONLINE
Baru-baru ni, saya didatangi lagi oleh seseorang yang tidak dikenali yang berstatus budak sekolah. Saya tak tahu nak percaya atau tidak. Tapi, kisahnya begini :
Mungkin jugak dia tahu saya sedang berniaga online kerana kekerapan saya berkongsi info, maklumat, tips, offer dan macam-macam lagi.
Pada permulaannya, saya tak berfikir apa-apa yang tidak elok.. tapi, bila makin lama soalan nya agak pelik.
PEMINTA PERTAMA BERPROFILE PICTURE PEREMPUAN BERPURDAH TIADA GAMBAR SENDIRI, PELAJAR KOLEJ
"Akak ada duit kak? Saya nak pinjam.. emak saya masuk hospital. Saya tak de duit nak col emak saya. Saya risaukan emak saya... "
Saya tanya adik ni, "family adik kat mana? Tak de abang atau kakak ke? Ayah kat mana? Emak sakit apa? cam mana tahu emak sakit?"
Saya kecian jugak.. tapi, bila saya berfikir balik. Cam tak logik. Cam mana dia boleh online? Kalau terdesak sangat tak de duit nak col.. tapi, pelik. Boleh pulak dia online kan.
Hurmm..
Akak pernah hidup susah dik.. kredit tepon tak boleh nak to up, apatah lagi nak online.
Memang sangat tak logik.
Kebetulan pada ketika itu saya baru nak mulakan bisnes online. Mungkin orang takkan percaya jika saya katakan kat dalam akaun saya tiada duit langsung untuk bantu adik nie. Tapi, itulah hakikatnya.
Jam lebih kurang 12 tengah malam pada ketika itu, mana ada orang jual to up. Nak beli online, akaun kosong.
Saya bermuhasabah dan berfikir, Adakah Allah sedang menguji saya? Didatangkan ujian sebegini yang mudah tapi susah nak lakukan kerana zaman sekarang macam-macam.
So, saya berdoa mohon petunjuk dariNya. Apakah yang harus saya lakukan?
Saya biarkan permintaannya tanpa jawapan. Dia ganggu saya melalui whatsApp pulak keesokkan harinya. Nampak sangat terlalu terdesak. Seperti memaksa.
Sekarang saya tak tahu apa kisah dengan budak nie. Dan adakah dia masih termasuk dalam friendlist FB saya atau sebaliknya. Saya pun dah lupa namanya.
PEMINTA KEDUA TIADA GAMBAR SENDIRI DAN LELAKI SEKOLAH MENENGAH
Yang kes ni, pulak.. dia nak ebook dari saya.
Seperti biasa.. saya tak suka syak wasangka. Tapi, bila dia cakap tak dapat dan macam tak reti sangat nak download.. Kita akan ajarlah dia kan sehingga berjaya.
Dan perasaan sangsi tu semakin lama semakin kuat. Bila dia cakap budak sekolah, masih dibawah umur. Tapi dia selalu online (setiap jam) dan profile FB dia amat meragukan hati. Sehingga lah, saya mintak diri sebab nak uruskan kerja.
Tiba-tiba dia tanya saya ada duit tak? Dia mintak no. phone..
Then.. saya tak mahu fikir panjang dengan hal-hal pelik nie. Saya ignore je budak-budak cam nie.
Itulah sedikit pengalaman saya dalam dunia online yang semakin mencabar pada hari ini.
Kita selalu dengar pembeli takut nak berikan duit kepada peniaga online kerana risau ditipu. Sebab, mereka tidak kenal kita.
Saya tak salahkan mereka. Kerana itu hak masing-masing untuk believe.
Begitu juga dengan peniaga.. dalam ramai-ramai peniaga, mesti ada jugak yang diuji seperti saya.
Situasinya sama seperti di luar.
Saya selalu berfikir..
Kadang, Allah datangkan orang yang susah di hadapan kita bukan kerana menguji mereka. Sebaliknya, kita yang Allah sedang diuji (termasuklah saya). Adakah kita ikhlas berkongsi apa yang Allah pinjamkan atau sebaliknya.
Cuma dalam kes dua orang peminta ni, profile mereka amat mencurigakan. If mereka tidak sorok identiti.. saya akan usahakan walau tiada duit pada ketika itu. At least, tepon emak si budak tadi.
Tapi, nampak sangat budak ni sedang menipu saya.
Selebihnya saya serahkan kepada Allah.
Sekiranya, mereka jujur.. moga Allah mengampunkan dosa saya kerana bersalah sangka. Jika mereka menipu.. semoga Allah ampunkan jua dosa-dosa mereka.
InsyaAllah.
Berhati-hati ye, sahabat.
Dunia tanpa sempadan, inilah risiko yang perlu dihadapi.
Setiap yang berlaku dalam kehidupan kita ini pasti ada hikmah yang hanya akan kita rasai dan perolehi setelah dinikmatinya. Tidak didunia, InsyaAllah di akhirat.
Marilah sama-sama kita bermuhasabah dan bermunajat kepadaNya dalam mencari keberkatan dan keredhaan hidup menuju ke dunia yang satu suatu hari nanti.
Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.
*Sila SHARE jika entry kali ini bermanfaat untuk saudara-mara dan jugak rakan-rakan kita di luar sana. Saya doakan anda Kaya, Bahagia dan Berjaya Dunia/Akhirat.
*Sila SHARE jika entry kali ini bermanfaat untuk saudara-mara dan jugak rakan-rakan kita di luar sana. Saya doakan anda Kaya, Bahagia dan Berjaya Dunia/Akhirat.
"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Cinta Hati SMS
No comments:
Post a Comment