Wednesday 17 February 2016

SHARING DARI ANA MAMBO : KENCING MANIS PEMBUNUH TANPA SEDAR

Assalamualaikum wbt..

Malam ni, saya nak share sedikit kata-kata nasihat dari bekas peserta Now Everyone Can Kurus (NECK) yang lepas. Beliau lebih dikenali sebagai Ana Mambo mempunyai berat badan melebihi 100++ kg sebelum NECK.

Dan beliau jugak pernah mempunyai penyakit kencing manis sebelum ini.

Apa kata beliau :

SHARING DARI ANA MAMBO : KENCING MANIS PEMBUNUH TANPA SEDAR

"Since saya kat kampung menziarahi arwah makcik saya yang meninggal agak tiba-tiba semalam, izinkan saya meluahkan sedikit kata-kata buat kalian semua.

Arwah makcik saya ada diabetes. Tapi tak dikawal. Both pemakanan dan ubat. Lama tak makan ubat katanya. Gamaknya tak tahan kesan ubat (gigil-gigil, memusing sampai jadi sakit kepala dan macam-macam).

Arwah pernah masuk hospital sebab diabetes tapi dicaj dan sihat. Sehinggalah semalam.

Selepas balik dari ambik abang beliau, memula dia kata nak makan. Tapi tak makan. Lepas tu dia kata dia sesak nafas. Dan mula keluar buih di bucu mulut. Bawak ke klinik, klinik suruh bawak hospital.

Arwah sebenarnya dah meninggal masa sampai hospital tapi hospital cuba resus 15minit. Arwah meninggal kerana accute pulmonary edema. (Bengkak air dalam paru-paru). 

Jadi, pada saya.. jagalah kesihatan. Mungkin kita bakal cravings benda manis dan sebagainya. Tapi diabetes ni penyakit senyap. Dia menular kita tanpa sedar. Sehinggalah bila dah tenat.

Kami suspect arwah kena heart attack masa dia kata sesak nafas. Dan sebab diabetes, air dalam badan mula memenuhi paru-paru sebab beliau langsung tak de jangkitan.

Apa pun, kita ambillah iktibar daripada apa yg berlaku. Jagalah kesihatan."

Mari kita sama-sama SHARE supaya lebih ramai rakyat Malaysia sedar dan berubah.

InsyaAllah.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Sihat.
Happy First Anniversary, NECK.

Sakinah Hasanah Mat Said (SHMS),
Pakar Runding Kesihatan Kencing Manis & NECK,

*Sila SHARE, jika ada rasa entry kali ini bermanfaat kepada saudara-mara mahupun rakan-rakan kita di luar sana. Mudah-mudahan lebih ramai yang akan berubah ke arah hidup yang lebih bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
~Now Everyone Can Kurus~
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment