Social Icons

Thursday, 26 March 2015

LOST 10 INCHES- CABARAN KURUS 100 HARI UNTUK RAYA 2015

Time nie, SMS dah gemuk.
Assalamualaikum wbt..

SMS doakan semoga sahabat pengunjung blog Cinta Hati Sakinah sentiasa dirahmati dan diberkati Allah SWT.

Dah tak lama kita nak berpuasa kanDan ini bermakna dah tak lama jugak lah kita semua akan beraya, yer?

Bukan SMS tak tahu.. sahabat semua mesti dah tempah baju raya siap-siap kan? Ye lah, bulan depan dah GST.

Nanti, semua benda mahal.

Baju mahal.. makan mahal.

Semua lah mahal. Gaji je, yang tak mahal. Hehehe.

Tapi, selera makan pun boleh tahan mahal jugak.

Mana tak, nya.. Hari-hari makan kat kedai. Sekali makan, dah RM10 paling kurang. 5 kali makan, dah RM50 sehari. Kalau sebulan, tak RM1 500?

Betul ke nie, sahabat berbelanja banyak nie sebulan untuk makan sahaja?

Wow.. !!

Banyak tue, kalau untuk seorang. If, satu keluarga boleh consider lagi. Huhuhu.

Haa.. cuba semak. Entah-entah, selama nie tak pernah ambil tahu pun pasal belanja makan. Main belasah je.

Ini belum lagi, sebut apa yang dimakan. Sekali fikir.. bertan-tan makan fast food. Cepat dan mudah.

KFC, Mc Donald, Mary Brown, Secret Resepi, Burger Bakar Abang Burn, dan banyak lah selera korang yang SMS tak tahu.

Ini yang biasa-biasa je. Yang luar biasanya, pi, makan kat hotel-hotel. 

Lama-lama...

Poket kering.. perut maju kedepan. Silap haribulan doktor sahkan sakit kencing manis, tak pun darah tinggi sebab stress tak cukup duit (kolestrol tinggi sangat).

Aduiii.. !!

Sakit pulak yang dapat.

Huhuhu.

Jaga kesihatan ya, sahabat. Amalkan gaya hidup yang sihat.

36 INCHES LEMAK-LEMAK TEPU

Alhamdulillah, pinggang saya dah mengecil. Perkara yang tak pernah terbayang dek akal fikiran suatu masa dahulu.

Saya hampir berputus asa.

Saya penat.

Penat bawak kenderaan berat. Time tue, berat 70kg. Dah pendek. Makin nampak pendek lah bila dah gemuk nie dengan ketinggian 151cm. Huhuhu.


Ini tak nampak sangat kegemukkan yang ketara. Sebab, terlindung dengan member kiri dan kanan. Hihihi.
Saya cabar diri sendiri. Saya gitaw kawan-kawan.

Ramai jugak yang tak setuju.

Dorang cakap saya dah ok. (Ok, lah sangat).

Kalau tiap kali berjalan, selisih peha.. peha akan melecit pedih. Itu maknanya, selulit dah bermaharajalela.

Saya cepat penat. Perubahan demi perubahan berlaku kepada saya.

Baju dah mengecil.
Seluar dah ketat.

Saya terpaksa cari baju-baju baru yang bersaiz besar dari sebelum nie.

Bila kat luar, orang panggil akak lah, puan lah.

"Ye, puan. Ada pape yang boleh saya bantu?"

Oh!! No !!

Apa maksud tue?

Ramai jugak.. dah bagi hint-hint yang suruh saya kuruskan badan. Alhamdulillah. Terima kasih, kepada mereka yang prihatin.

Pernah suatu ketika, saya tersilap pilih seluar.

Saya jarang shopping baju seluar nie. Ada sekali tue, saya pergi Reject Shop dengan kawan-kawan yang dah kahwin.

Saya jumpa satu seluar yang sangat selesa. Dan cantik kain serta warnanya.

Saya happy, lah sebab tak de masalah tang perut. (Selesa lah sangat).

Bila keluar dari fitting room.. pi tunjuk kat kawan (Dia dah pernah bersalin).

Pastu, bila dia tengok seluar tue kan.. Taw apa dia cakap?

"Kinah... itu seluar orang pregnant lah."

Ya Allah.. Malunya. 

Boleh bayang, tak seluar pregnant.

Maknanya, perut saya nie cam orang sedang pregnant 3 bulan. Selesa lah sangat kan? Tak de, masalah tang perut.

Huhuhu.

Nasib baik, pi dengan kawan. Kalau pi sendiri. Sah-sah saya akan ambil dan beli. Cashier pun, ia kan je. Dah fizikal saya cam orang pregnant.

Itulah saya.. Sangat bermasalah nak cari seluar.

At last, saya selalu shopping jubah. Senang nak pakai. tapi, cari yang free cutting lah. Kalau ada cutting tue tak lepas.

Saya pun, tak mahu.. geli, lah nampak body yang banyak lemak.

Lagi pun, kita kan perempuan kena jaga aurat. Bukan, tutup aurat sampai kucing tengok pun terliur, nak sambar. Hahaha.

Saya tak suka pakai baju sendat-mendat. Kalau sendat tue, sebab saya yang gemuk.

LOST 10 INCHES DENGAN NECK

Sehingga lah tahun lepas, saya berjumpa Kak Maria dengan husbandnya (Master Firdaus). Jumpa dalam alam maya je pun.

Beraninya? Boleh percaya, ke nie..

Mestilah berani, dorang boleh dipercayai. Saya follow dorang punyer blog. Dorang nie, usahawan yang berjaya rupanya.

Master Firdaus lah yang banyak bantu saya. Dia founder Now Everyone Can Kurus (NECK). Dulu dia pun, pernah gemuk.

Saya pun, joinlah program NECK.

Alhamdulillah.. saya lost 10 inches.

Alhamdulillah.. muka bulat dah kembali membujur. Hihi.

10 taw. Bukan 1.

KESAN NECK KEPADA SAYA

I'm so happy.

Sebab, dah macam-macam cara saya cuba. Tapi, tak berhasil.

Sekarang.. masalah baru pulak. pakaian time Obes dah longgar. Asyik terlondeh, je. Ingatkan, boleh pakai lagi.

Nampaknya, terpaksa lah let go dengan bahagianya.

Sebab, mentor saya a.k.a Master Firdaus cakap..

"Sakinah, you hanya ada 2 pilihan. Sama ada koyak atau gunting jadikan kain buruk. Atau, you sedekahkan kepada orang yang memerlukan."

Saya cakap kat dia :

"Tak, pe lah Master. Kinah buat pilihan pertama. Pakaian nie pun, dah lusuh. Lunyai saya pakai. Tak elok lah nak bagi kepada orang.

Lagi pun, saya tak mahu orang tue jadi gemuk cam saya dulu.

So, saya buat kain buruk je."

Inilah kisah perjalanan saya sebelum kurus dan sihat.

Kalau anda nak tahu.. dari soal selidik kat bawah nie kan..

Boleh besarkan untuk penglihatan lebih jelas.
Pangkah maknanya, tiada masalah.
Kini maksudnya sebelum consume shaklee.
90 hari, adalah saya yang sekarang.

Saya ada 18 simptom kesihatan yang merajai diri sebelum kenal NECK.

Alhamdulillah.. sekarang, tinggal lagi dua. Still dalam proses pemulihan iaitu rabun dan rambut gugur, tambah pigmentasi kat muka.

Sekarang, saya amalkan Set Kecantikkan untuk sihat dan cantik luar dan dalam.. serta still amalkan slimming set untuk keperluan nutrisi dalam badan.

Ramai orang salah anggap, ambil supplement bermakna kita boleh kurus.

Yang lagi bagus.. ambil "ubat kurus".

Saya tak ambil ubat kurus.

Tapi, saya makan supplement dengan panduan dari mentor pemakanan dan fitness yang sangat berpengalaman.

Ubat kurus dengan supplement adalah dua perkara yang berbeza taw.

Nasihat saya, fahami betul-betul. Ambil supplement dari pihak yang bertanggungjawab. Bukan sekadar mengaut keuntungan semata-mata.

Kami amat-amat mementingkan kebaikan dan manfaat kepada pelanggan. Kerana kami ingin mereka sihat sebagaimana semua orang ingin hidup sihat.

So, berhati-hati yer. sahabat.

Panjang pulak entry SMS kali nie.

Sehingga kita bertemu lagi di lain kisah. Sebelum tue, SMS ada ebook PERCUMA untuk anda semua.

Anda wajib download Ebook Now Everyone Can Kurus (NECK) ini, kalau nak kurus cam SMS.
DOWNLOAD SEKARANG !!
CLICK UNTUK DAPATKAN PERCUMA.

Sahabat boleh juga, SHARE entry ini kepada mereka di luar sana, sekiranya ia memberi 1001 manfaat kepada mereka.

SMS doakan semoga anda semua, kurus dan sihat serta bahagia hidup dunia dan akhirat.

InsyaAllah.

Sekian,
Salam Sayang, Salam Bahagia.


"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
~Now Everyone Can Kurus~



019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

Apa Komen Anda

Google+ Followers

 

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Kepakaran Saya:

Memberi khidmat kesihatan menyeluruh berasaskan amalan produk semulajadi, selamat & halal dengan keizinan Allah SWT. Setiap langganan vitamin dari kami, anda layak mendapat :-
- Jadual Makan Vitamin
- Konsultansi Percuma berterusan
- Jemputan ke group facebook exclusive
- Peluang menjana income dengan Shaklee
Whatsapp/ Telegram :- 019-916 4276
Emel : sakinahmatsaid@gmail.com

Rakan Blog

Disediakan oleh Zulfa Technologies. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared by Zulfa Technologies