Social Icons

Saturday, 28 March 2015

PERTUNANGAN DIPUTUSKAN KERANA AKU GEMUK !!

Assalamualaikum dan selamat pagi semua pengunjung blog Cinta Hati Sakinah.

SMS doakan semoga anda semua sentiasa berada di dalam rahmat dan berkat Allah SWT walau dimana jua anda berada.

Pagi nie, saya terbaca satu perkongsian oleh seorang sahabat.

Tajuknya, berbunyi begini : HINAKAH AKU? PERTUNANGANKU DIPUTUSKAN KERANA BADANKU BESAR DAN GEMUK !!
Saya sentap apabila terbaca tajuk ini.

Ianya adalah kisah benar luahan seorang gadis gemuk yang sudah menjadi tunangan kepada seorang jejaka yang tidak bertanggungjawab.

Kenapa saya kata tidak bertanggungjawab?

Ye lah, sebelum bertunang tak de pulak cakap tak nak, kan?

Bila dah nak sampai tarikh perkahwinan.. barulah buat hal.

Untuk makluman kaum adam di luar sana.. Sila ambil ini, sabagai pengajaran yer dan kaum hawa jangan anggap ianya tanda berakhirnya sebuah kehidupan.

HINAKAH AKU??

Si gadis nie, beruntung dan bertuah.

Sebab, dia dipisahkan sebelum diijab kabul.

Bukan selepas sah menjadi isteri.

Malu yang ditanggung kerana perceraian lebih sakit dari malu kerana putus tunang. Ditambah pulak alasannya, kerana anda gemuk. Alasan yang tidak boleh diterima logik akal.

Sekurang-kurangnya, si gadis ini masih berstatus anak dara.

Dia boleh membuat perubahan hidup dengan kurus dan sihatkan badan kembali.

Tapi, ingat yer sahabat.. Jangan kita nak kurus kerana kita sakit hati kepada orang.

Tetapi.. kuruslah kerana kita nak sihat. Nak dekatkan diri kepada Allah SWT.

Biarlah kita dihina oleh masyarakat. Biarlah kita dikeji oleh lelaki tersebut.

Jangan kita dihina di mata Allah.

Sesungguhnya, setiap ujian Allah kepada kita mempunyai hikmat yang tiada siapa sangka.

Inilah kuasa Allah SWT. DIA lebih dahulu tahu apa yang terbaik untuk kita.

Allah dah tunjukkan kepada dunia yang lelaki ini sangat tidak bertanggungjawab.

Cuba anda bayangkan, apa akan terjadi sekiranya selepas dah kahwin.. dah beranak pinak.. Si gadis ini, semakin gemuk dan membesar?

Dapatkah lelaki tadi terima dia?

Bagi saya.. lelaki cam nie, memang mementingkan rupa paras dan luaran sahaja. Senang cerita, bukan cinta sejati lah. Hehehe.

Ini belum kahwin lagi.. kalau dah kahwin nanti, tak tahu lah. Cam mana. Huhuhu.

Sepatutnya, sebagai seorang bakal pemimpin keluarga.. dia perlu slow talk leklok.. bagi sokongan dan dorongan kepada si tunang.

Memang gemuk tak cantik. Tapi, bukan masalah cantik.. masalahnya, kesihatan.

Jangan ada yang sentap pulak.

Ramai wanita gemuk hari ini.. tak dapat mengandung. Masalah period tidak teratur. Badan berbau masam  kerana terlalu banyak toksin. Dan juga, mempunyai masalah hubungan kelamin antara suami dan isteri.

Anda jangan ambil mudah hal ini.

Ini adalah antara salah satu penyebab, banyak berlaku kes perceraian yang tidak dirancang. Saya tak mahu lah sentuh hal dalam selimut.

Anda boleh rujuk pakar yang lebih arif.

Bila berlaku kegemukan yang berlebihan.. tahap sensitiviti seseorang wanita mahupun lelaki akan berkurangan kerana telah dihalangi dengan lemak-lemak yang berlebihan pada badan.

Maka akan berlaku, ketidakpuasan dalam perhubungan. Suami salahkan isteri tidak mampu memberi zuriat. Isteri mandul.

Hakikatnya, bukan masalah mandul. Dalaman yang perlu dirawat.

Si suami jangan lah ego.. Untuk keharmonian rumah tangga kita perlu bertoleransi antara satu sama lain. Berbincang untuk sama-sama selesaikan masalah. Baru hidup akan bahagia.

Selain itu, bila gemuk.. kita mudah terkena penyakit kencing manis, darah tinggi, strok, serangan jantung dan banyak lah lagi.

JADILAH WANITA YANG SIHAT LUAR DAN DALAM

Penting ke jaga kesihatan?

Penting ke kita kurus dan sihat?

Mestilah penting, sahabat.

Wanita sebenarnya, tunjang kekuatan keluarga taw.

Wanita boleh hidup tanpa lelaki.

Ramai lelaki tak boleh hidup tanpa wanita.

Siapa setuju?

Saya yakin.. sebab, saya dah banyak dah jumpa kes rumah tangga tak terurus bila isteri outstation.

Rumah tangga dan anak-anak entah kemana, bila isteri meninggal dunia.

So, kita memang perlu menjadi kuat dan sihat kerana mereka memerlukan kita.

Takkan nak tinggalkan anak-anak yang masih kecil tanpa kasih sayang seorang ibu?

Apa kata.. sahabat wanita di luar sana yang mempuyai masalah yang sama buat perubahan bermula hari ini. Download ebook di bawah ini sementara ianya masih PERCUMA.

DOWNLOAD !! SEKARANG.
SEMENTARA MASIH PERCUMA.
Ini nasihat saya sebagai seorang wanita.

Bukan bermaksud nak perlekehkan lelaki. Atau nak jatuhkan lelaki.

Ayah saya pun lelaki.. Adik-beradik saya ramai yang lelaki.

Sahabat,

Kumbang bukan seekor. Bunga bukan sekuntum.

Biarlah bunga berkuntum-kuntum.. tapi, pastikan kita bunga yang tercantik di antara yang tercantik. Harum mewangi untuk suami dan anak-anak.

Harum dan suburkan cintamu hanya untuk yang layak.
InsyaAllah.

Sehingga kita bertemu kembali di lain entry.

Sila SHARE kepada mereka di luar sana, jika anda rasa entry ini memberi manfaat kepada rakan-rakan mahupun sedara-mara kita.

SMS doakan anda semua, sentiasa sihat, kaya dan berjaya hidup dunia dan akhirat.

Amin.

Wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.


"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
~Now Everyone Can Kurus~
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

Apa Komen Anda

Google+ Followers

 

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Kepakaran Saya:

Memberi khidmat kesihatan menyeluruh berasaskan amalan produk semulajadi, selamat & halal dengan keizinan Allah SWT. Setiap langganan vitamin dari kami, anda layak mendapat :-
- Jadual Makan Vitamin
- Konsultansi Percuma berterusan
- Jemputan ke group facebook exclusive
- Peluang menjana income dengan Shaklee
Whatsapp/ Telegram :- 019-916 4276
Emel : sakinahmatsaid@gmail.com

Rakan Blog

Disediakan oleh Zulfa Technologies. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared by Zulfa Technologies