Social Icons

Monday, 23 March 2015

HAKIKAT SEBENAR KERJA MAKAN GAJI SEORANG PENDIDIK DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT)


Assalamualaikum dan selamat pagi, kepada semua pengunjung blog Cinta Hati Sakinah pada hari ini.

SMS doakan anda semua sentiasa dipermudahkan segala urusan dan pekerjaan pada hari ini. InsyaAllah.

Tidak lupa juga, SMS doakan semoga sahabat semua berada dalam keadaan sihat walafiat di samping keluarga tersayang.


Ramai pengunjung blog SMS yang sedang bekerja sekarang nie. Dan ada jugak masih terperangkap di atas jalan raya kerana jamp yang teruk sambil mendengar celoteh dj di radio pilihan masing-masing.

Keadaan ini, membuatkan SMS teringat kembali perjalanan hidup semasa bekerja sebagai seorang pendidik di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) suatu masa dahulu.

Sementara sampai ke tempat kerja.. Radio lah yang menjadi peneman dan penghibur di pagi hari.

(Tersenyum Bahagia mengenangkan kisah lama)

MENDIDIK BUKAN KERJA MUDAH TAPI IANYA TIDAK SUSAH

Saya seronok dan bahagia menjadi seorang pendidik. Sebab, saya dapat memberi sesuatu kepada anak bangsa.

Saya dapat berkongsi ilmu dan pengalaman kepada mereka.

Saya dapat menyampaikan manfaat dan kebaikan kepada anak-anak didik.

Bagilah saya bercakap, dari pagi sampai ke petang pun. Saya tak kisah. Asalkan dorang sudi mendengar lah. Hehehe.

Saya sedia mengajar dan memberi ilmu jika ada yang berminat.

Namun saya bukannya, seorang yang hebat. Saya hanya manusia biasa. Tetap perlu membuat persediaan sebelum mengajar. Kerana saya pun masih belajar.

Bila dah mula bercakap.. kadang, saya tidak sedar masa berlalu begitu pantas. Setiap hari, saya akan habiskan masa pagi hingga ke tengah hari di kelas studio untuk anak-anak didik saya.

Selalu saya dah pesan siap-siap kat PA tak rasmi (Kak Ina), yang saya ada kelas dari pagi sampai ke jam 1.30 tengah hari. Saya memang takkan naik ofis dah. Direct stay kat studio.

Sebab, saya tahu.. akan ada yang mencari nanti, kalau tak dimaklumkan. Dunia pekerjaan, walaupun anda seorang pendidik. Ianya, tetap sama seperti pekerja lain.

Selepas di sessi pagi, saya akan fokus kepada kerja-kerja pembangunan akademik pelajar dan juga IPT.

Seingat saya, banyak tugasan tidak rasmi yang saya dapat.

Saya lah perancang landskap, saya lah designer, saya lah ketua bahagian, saya lah itu, saya lah ini..

Senang citer. Multasking job. Normal lah, kerja private company.

Gaji besar.. kerja pun besar. No life, ini yang berlaku kepada saya.

Ada je pendidik yang culas. Makan gaji buta. Ngelat katakan. Time buat kerja, hilang entah kemana.

Time semua dah indah.. dah cantik.. Sedap mata memandang. Semua muncul.

Best, kan dorang.

Saya bukan kaki bodek. So, malas nak ambil pusing. Apa yang saya tahu.. saya cuba jalankan tangungjawab yang diberi. Kerana ianya adalah amanah dan punca rezeki saya dan keluarga.

Itu hal mereka nak menipu ke apa. Jawap lah nanti dengan Allah kat atas sana.

Just keep smiling :-)

MUDAH KE KERJA MAKAN GAJI

Hari-hari bos cari.

Hari-hari bos perhati.

Hari-hari bos tak puas hati.

Hari-hari makan hati. Hehehe (Gurau je).

Bos tanya PA (Kak Ina) :

Sakinah Mana?
Dari tadi, saya tak nampak Sakinah, nie?
Dia masuk kerja tak?
Nanti, dia naik.. suruh dia jumpa saya.

Hahaha..

Ada masalah, dicari. tiada masalah pun, saya dicari. Dah nama saya mengajar dari pagi sampai ke tengah hari.

Inilah bos yang suka cari silap.. bukannya, dia nak tengok jadual staff. Padahal, saya selalu cakap setiap kali jumpa, kalau dia cari saya : Saya ada kelas dari pagi sampai ke tengah hari En. J. Non-stop, i run my class. Tak sempat nak makan pun.

En. J, En. J...

Next time, concern cikit staff. Kata ketua bahagian akademik. Takkan hal akademik, tak tahu. Tapi, memang dia tak tahu pun. Sebab, dia tak ingat.

Walaupun, dia selalu anggap dia kuat ingatan. Dan tidak pernah lupa.

Saya, ia kan je. Malas nak gaduh. Dia bos, kan. Lagi pun, dia dah berusia. Uban dah mula nak muncul. Hidupnya, dalam dunia stress.

Dia selalu ugut.

You kena ingat Sakinah, kerja you kat sini bergantung kepada i. U nak kerja lama ke sekejap?

Nak ambil cuti pun, tak boleh.
Dah MC sebab sakit pun, tak percaya. Sampai tak boleh bawak diri. Tetap tak percaya. Sadis tak bos, nie?
Macam-macamlah.

Anda boleh bayangkan tak, cam mana kerja dalam keadaan cam nie? Huhuhu.

Jom ! tonton video di bawah yang sebijik dengan kisah hidup saya makan gaji dulu. Dan saya pasti yakin.. bukan saya sahaja. Masih ramai yang laluinya. Sebab, ramai yang datang mengadu masalah dan mintak pandangan serta khidmat nasihat.


Inilah kisah hidup saya suatu masa dahulu sebagai seorang pekerja.

At last.. saya tetap ditendang keluar. Hahaha.

Seronok ke kena tendang?

Mestilah tak seronok.

Better kita berhenti kerja dari kita diberhentikan.
Kerana ini punca rezeki saya dan keluarga.

Tapi, sebenarnya saya bersyukur sangat. Saya dah keluar dari kemelut dan gari majikan yang cam tue.

Alhamdulillah, sekarang saya bahagia menjadi Working-At-Home-Woma (WAHW).

Saya BOSS !!
Saya STAFF !!

Cam mana saya boleh jadi boss pulak nie

Haa.. Ebook kat bawah nie, banyak menunjukkan saya jalan cam mana nak jadi WAHW. Saya sendiri pun, tak sangka yang ebook nie PERCUMA je. Saya ingatkan berbayar. Cam takut-takut jugak lah kan, nak dowmload. Hehehe.
Tapi, saya download jugak.

Alhamdulillah, memang percuma dan sangat bagus ebook nya. Memberi inspirasi dan motivasi kepada lebih ramai orang di luar sana termasuk saya.

Kalau anda sendiri belum baca.. saya sarankan lebih baik, anda download sekarang sebelum ianya dipadamkan.

K, lah sahabat. Sampai sendiri dulu kita kali ini. Hingga bersua kembali di lain entry yang lagi best dan menarik.

Sila SHARE jika anda rasa entry ini bermanfaat kepada rakan-rakan anda di luar sana yang memerlukan.

Semoga lebih ramai mendapat kebaikan dari kisah SMS ini.

SMS doakan anda kaya dan berjaya dunia dan akhirat.

InsyaAllah.

Salam Sayang,
Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS 
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com
FB : Sakinah Mat Said

Apa Komen Anda

Google+ Followers

 

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Kepakaran Saya:

Memberi khidmat kesihatan menyeluruh berasaskan amalan produk semulajadi, selamat & halal dengan keizinan Allah SWT. Setiap langganan vitamin dari kami, anda layak mendapat :-
- Jadual Makan Vitamin
- Konsultansi Percuma berterusan
- Jemputan ke group facebook exclusive
- Peluang menjana income dengan Shaklee
Whatsapp/ Telegram :- 019-916 4276
Emel : sakinahmatsaid@gmail.com

Rakan Blog

Disediakan oleh Zulfa Technologies. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared by Zulfa Technologies