Saturday 21 March 2015

FAHAMI DIRI DAN KEPERLUAN NUTRISI DALAM BADAN DI WELLNESS WORKSHOP 2015

Pakar Nutrisi.
Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua pembaca blog Cinta Hati Sakinah yang disayangi dan dikasihi sekalian.

SMS doakan anda semua sentiasa berada di dalam rahmat dan berkat Allah SWT.

InsyaAllah :-)

Actually, saya baru selesai menuntut ilmu di Wellness Workshop siang hari tadi yang bertempat di Sri Manja Boutique Hotel, Kuantan.

Kiranya sepetang saya bersama pakar nutrisi pemakanan yang diimport khas dari Head Quarters (HQ) kami, di Kuala Lumpur.

Nama Nutrionist ini, dikenali sebagai Nurul Hidayah Ismail, graduate dalam bidang  Sains Nutrisi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Beliau dah lama berkecimpung dalam dunia nutrisi.

Orangnya, kecil dan kurus molek je. Kalau saya duk sebelah.. nampak cam dia kakak saya adik. Sebab, dia lebih tinggi dari saya.

Hehehe.

WELLNESS WORKSHOP 2015

Hari ini, saya tak mahu bercerita pasal Nurul.

Saya just nak share dengan anda semua pengalaman saya menghadiri Wellness Workshop atau dalam Bahasa Melayunya Bengkel Nutrisi.

Best ke Best?

Dapat ilmu baru dalam dunia nutrisi.

Memandangkan saya seorang businesswoman dalam bidang Kesihatan dan Kecantikkan. Saya memang wajib hadiri workshop ini untuk menambahkan lagi pemahaman dan keperluan nutrisi kepada tubuh badan kita.

Saya bukan dipaksa taw. Tapi, dengan rela hati memang saya nak join seminar-seminar dan bengkel ilmu cam nie :-)

Ramai orang diluar sana, yang berniaga produk-produk kesihatan tetapi lebih mengutamakan keuntungan semata-mata tanpa ilmu nutrisi.

Haa.. saya bukan nak kondem dorang.

Just to share kepada anda semua. Jika mahu berniaga.. jadilah peniaga yang berilmu dan memberi manfaat kepada orang lain.

Product is product.

Apa yang penting adalah kenapa pelanggan kita memerlukan produk tersebut. Bukan main, tangkap muat je. Nasib baik, tak tangkap lentok.

Hehehe..

Sorry, ye sahabat. Saya amat mementingkan khidmat yang terbaik kepada pelanggan-pelanggan saya. Malah saya sentiasa berusaha untuk mencari dan menambah ilmu untuk kebaikan dorang.

Alhamdulillah.. Produk Shaklee memang sudah terbukti berkesan. Pihak syarikat telah melalui pelbagai ujian klinikal , penyelidikan dan pembangunan dengan pelaburan sebanyak US$ 250 Juta.

Banyak ke banyak?

Ini baru cikit yang saya sentuh. Terlalu banyak keistimewaan dan kelebihan yang telah dilakukan oleh 65 orang saintist berpengalaman yang dilantik khas untuk pembangunan dan penyelidikan (R&D) terhadap setiap produk kami.

Alhamdulillah.

Saya bangga menjadi sebahagian dari rakan niaga mereka.

PENGISIAN WORKSHOP YANG MENARIK

Kami didedahkan dengan masalah-masalah dan cara bagaimana nak atasi setiap masalah atau simptom-simptom yang dihidapi oleh setiap pesakit.

Inilah Nurul, Pakar Nutrisi hari nie.
Jika sebelum ini, saya dah ada ilmu ini. Tapi, hari nie.. Pakar memberi lebih banyak lagi apa yang patut anda sebagai peniaga atau pengguna produk perlu ambil tahu.

I'M HAPPY

Sebab, saya dapat hadiah di awal pagi. Beberapa insan-insan bertuah diminta untuk sharing. Dan saya dengan rela hati berkongsi pengalaman dan perasaan bagaimana saya boleh kenal Shaklee.

Rupanya, saya seorang je yang join shaklee sebab nak berniaga. Yang lan, semuanya pengguna tegar Shaklee.

Saya tak kenal pun, dorang semua.

Cam pelik, lak.. Serius, memang tak kenal. 

Bengkel Nutrisi Shaklee 2015.
Gambar kurang jelas. Ok, lah dari tak de langsung kan. Hehehe.
Saya yang kesembilan dari kanan (lelaki berbaju hijau).
Dorang aktif berniaga offline. Manakala, saya fokus kepada online business.

Maka, selepas lunch tadi.. ramailah yang mai duk interview.

Time dalam kelas tak boleh sembang sangat sebab bengkel tue khas untuk kelas nutrisi. Bukan untuk business. Saya pulak memang duk seat depan. Tak de maknanya, nak toleh ke belakang. Hehehe.

Nanti, tak pasal-pasal kena halau dengan Nurul sebab dah tukar topik. Ala gurau, je.. Nurul ok. Tak garang, pun.

Kecian, dorang. Dorang, tak reti sangat nak berniaga online nie.

Macam-macam lah dorang duk tanya.

Peserta 1 : "Cam mana yer, Sakinah buat bisnes?"
Peserta 2 : "Mudah ke nak buat online nie? Ramai jugak, Master-master yang berjaya dapat income 5 dan 6 angka dengan online sahaja."
Peserta 3 : Buat sendiri, yer?
Peserta 4 : Cam mana Sakinah boleh buat Sedangkan mentor jauh di Parit buntar (Master MariaFirdaus lah tue)?

H'aa.. tu dia. banyak lagi soalan-soalan lain yang dikorek

Saya tak kisah. Saya just kongsi yang mana termampu. 

Bisnes nie, mudah je sahabat. Jika kita tahu 5 perkara nie : 

Mentor
Elmu
Sistem
Tindakan
Impian

Mudah ke mudah

Kerana Elmu.. saya berada di Wellness Workshop hari ini. Kerana adanya Mentor, saya telah menjadi tumpuan peserta secara tiba-tiba.

Dan yang lagi 3 (Sistem, Tindakan, Impian) hasil dari tunjuk ajar Mentor. Selebihnya, kita yang menentukan kehidupan dan perniagaan kita.

Nak maju ke maju?

Nak besar ke besar?

Tepuk dada, tanya hati. Bahagiakah kita dengan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Atau, sekadar melepaskan batuk ditangga?

Berniaga untuk mengaut keuntungan, atau bekerja untuk mendapat gaji di akhir bulan. Dapat gaji, bayar hutang. Dalam sekelip mata, gaji tinggal kosong.

Atau yang paling best.. berniaga memberi manfaat kepada orang lain?

Alhamdulillah.. ini yang saya temui hari nie.

Anda bagaimana?

Nak jadi seperti saya?

Boleh download baca ebook di bawah yang amat-amat memberi sumber inspirasi dan motivasi kepada kita semua. Rugi kalau anda abaikan dan sia-siakannya. Kerana saya tahu.. anda amat memerlukan motivasi sebegini :-)
DOWNLOAD PERCUMA SEKARANG !!
Ok, lah sahabat. Saya doakan anda semua kaya dan berjaya dunia dan akhirat.

Sila SHARE jika anda rasa entry ini, memberi 1001 kebaikan kepada mereka di luar sana. InsyaAllah.

Setiap yang baik itu datangnya dari Allah SWT.. dan yang buruk itu datangnya dari kekurangan saya sendiri.

Wallahulam.

Salam Sayang,
Salam Bahagia.


"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS 
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com
FB : Sakinah Mat Said

No comments:

Post a Comment