Assalamualaikum wbt..
HUKUM BERPUASA DI DALAM AL-QURAN, SURAH AL-BAQARAH,AYAT 183-188
Tak sabar rasanya menanti Ramadhan kali ini. Tadi baca tafsir Al-Quran (Al-Baqarah, Ayat 183 hingga 188). Dan kebetulan ia berkaitan puasa.
So, saya kongsikan di sini untuk sama-sama kita peroleh manfaat.
Ayat 183 : Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.
BILA?
Ayat 184 : Iaitu beberapa hari tertentu. Maka barang siapa di antara kamu sakit atau dalam perjalanan(lalu tidak berpuasa), maka wajib mengganti sebanyak hari yang dia tidak berpuasa itu, pada hari-hari yang lain.
Dan bagi orang yang berat menjalankannya, wajib membayar fidyah, iaitu memberi makan seorang miskin. Tetapi barang siapa dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itu lebih baik baginya, dan puasamu itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.
RAMADHAN
Ayat 185 : Bulan Ramadhan adalah bulan yang diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza(antara yang benar dan yang batil).
Kerana itu, barang siapa di antara kamu ada di bulan itu, maka berpuasalah. Dan barang siapa sakit atau dalam perjalanan(dia tidak berpuasa), maka wajib menggantinya sebanyak hari yang ditinggalkan itu, pada hari-hari yang lain.
Allah mengkehendaki kemudahan bagimu, dan tidak mengkehendaki kesukaran bagimu. Hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan kepadamu, agar kamu bersyukur.
KELEBIHAN
Ayat 186 : Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepdaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran.
Ayat 187 : Dihalalkan bagimu pada malam hari puasa bercampur dengan isterimu. Mereka adalah pakaian bagimu adan kamu adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawa kamu tidak dapat menahan dirimu sendiri, tetapi DIA menerima taubatmu dan memaafkanmu.
Maka sekarang campurilah mereka dan carilah apa yang telah ditetapkan Allah bagimu.
Makan dan minumlah hingga jelas bagimu (perbezaan) antara benang putih dan benang hitam, iaitu fajar. Kemudian sempurnakan lah puasa sampai datang malam. Tetapi jangan kamu campuri mereka, ketika kamu beri'itikaf dalam masjid. Itulah ketentuan Allah, maka janganlah kamu mendekatinya.
Demikian lah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepada manusia agar mereka bertaqwa.
Ayat 188 : Dan janganlah kamu makan harta di antara kamu dengan jalan yang batil dan janganlah kamu menyuap dengan harta itu kepada para hakim, dengan maksud agar kamu dapat memakan sebahagian harta orang lain itu dengan jalan dosa, padahal kamu mengetahui.
Selamat datang Ramadhan Al-Mubaraq.
3 hari lagi kita bakal menyambutnya.
Semoga kita semua diberi kesempatan dan peluang untuk bersama menghayati Ramadhan kali ini.
InsyaAllah.
Jom! LIKE dan SHARE jika anda rasa ia bermanfaat kepada saudara-mara ataupun rakan anda di luar sana.
Salam Sayang, Salam Bahagia.
Salam 25 Syaaban.
No comments:
Post a Comment