Wednesday 8 June 2016

KATA USTAZ : HIDUP INI SEPERTI SIFIR 7

Assalamualaikum wbt..

Saya doakan semoga kita semua dipermudahkan segala urusan dan amal ibadat kepadaNya di bulan Ramadhan yang mulia penuh barakhah ini.

Dan dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.

InsyaAllah..

Hari ini, saya nak menulis kata-kata oleh Ustaz Kamil yang dikongsikan oleh seorang sahabat di muka buku yang saya rasakan sangat benar dan setujui.

APA KATA USTAZ : HIDUP INI SEPERTI SIFIR 7

Kita, kehidupan kita dan umur kita adalah seperti SIFIR 7. Sifir ini akan berhenti di tangga ke 9.

Kenapa? Jom renungkan.


7x 1= 7

Ketika umur disifir 7x1, kita percaya bahawa bermain merupakan perkara sangat penting. Sebab itu kita suka bermain. Pagi petang siang malam mahu bermain. Kita belum kenal dosa pahala. Kita belum fikir tentang masa depan.

7 x 2=14

Ketika umur kita belasan tahun pula, kita merasakan kebebasan itu lebih penting. Sebab itu kita ingin menyuarakan pendapat sendiri. Ingin suara didengari. Kita banyak memberontak dan sedikit keras kepala. Kita menjadi degil dan tidak mahu mendengar kata.

7 x 3=21

Beranjak kepada umur 20-an, kita berasakan pendidikan dan kerjaya pula penting. Sebab itu kita belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh kerjaya yang setimpal.

Kadang-kadang kita berasa menyesal tidak belajar bersungguh-sungguh dahulu. Melihat kawan-kawan mendapat pekerjaan yang baik kita berasa cemburu.

Alangkah ruginya kita mempersiakan hidup sebelum ini.

7 x 4= 28

Meningkat kepada umur ini, kita semakin sedar bahawa kewangan itu pula penting. Masa inilah kita sedang membina hidup.

7 x 5= 35



Tahap penting untuk membina keluarga. Ingin membeli kereta, rumah, tanah, aset, melancong dan sebagainya.

7 x6=42

Namun akhirnya, kita akur tatkala memasuki fasa ini . Bahawa usia semakin meningkat. Ini bukan lagi masa untuk berehat. Saat ini saat yang genting. Kita berlumba mengumpul harta.

7 x 7=49

Kita sedar perkara yang paling penting dalam hidup ialah kesihatan.

Kekayaaan dan lain-lain tidak bermakna dengan tahap kesihatan yang tidak memuaskan.

Pada masa ini darah tinggi, kencing manis, jantung sakit dan lain-lain sedang cuba melamar.

Masa inilah kita menyesal kerana sibuk dengan kerjaya sehingga lupa untuk bersenam, menjaga kesihatan ketika umur remaja dan meningkat dewasa.

7 x 8= 56

Memasuki era 50-an, tatkala kita sudah memiliki semua impian, akhirnya kita sedar bahawa perkara yang lagi penting dalam hidup ialah kasih sayang. Kita sedikit kesunyian tatkala anak-anak sudah berkahwin dan tinggal di tempat lain.

Anak-anak yang sibuk dengan kerjaya menjadikan kita rindu saat-saat indah bersama mereka di usia kecil.

Rumah banglo besar, kereta besar seakan-akan tidak lagi bermakna. Rumah besar kosong dan sunyi sepi.

7 x 9= 63

Kehidupan mesti diteruskan.

Tatkala memasuki usia 60-an, kita semakin sedar bahawa hanya amal ibadat perkara yang cukup bermakna sebagai bekalan menuju ke sana.

Segala kemewahan dan kebendaan tidak lagi bermakna.

Kubur bakal menjemput bila-bila masa. Rumah hampir setiap hari menyatakan selamat tinggal.

Mujurlah Allah masih membuka pintu dan menerima taubat yang kita pohon.

Kenapa berhenti di sifir 7 x 9?

Sebab, kita umat Muhammad SAW. Banyak yang berakhir di usia ini. Jika ada pun yang sampai ke sifir seterusnya, ia adalah bonus.

Demikianlah kitaran hidup. Kanak-kanak akan menjadi remaja. Remaja akan menjadi dewasa. Dan dewasa akan melangkah ke alam usia emas.

Usia hanyalah pinjaman. Dunia hanyalah pinjaman.

Amatlah rugi jika kita mempersiakan hidup dengan perkara yang merugikan dan melalaikan. Terlibat dengan gejala dadah, berkawan dengan rakan yang melalaikan, atau terlalu sibuk dengan kebendaan.

Ingat!!

Berapa ramai pula yang tak lepas banyak sifir 7.

Ada yang berhenti di tangga 1, banyak juga yang umurnya ditangga ke-3.

Hidup ini hanya sementara sahabat-sahabatku.

Kejarlah akhirat sebelum tertiarap. Dunia juga penting. Kerana dengan dunialah kita akan ke akhirat.

Umur yang kita dapat hari ini adalah anugerah dari Allah SWT.

Hargailah dengan banyak mengingati Allah. Kumpulkan bekalan yang akan kita bawa ke sana.

Walau ditangga mana pun kita sekarang, jangan tangguh kerana mati itu misteri, tidak akan cepat atau lewat walau sesaat.

Credit to Ustaz Kamil.‬

Copy & Paste.

Sekian, wassalam.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS

019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment