Social Icons

Sunday, 12 June 2016

MATAHARI TERBIT DI PANTAI BATU HITAM, KUANTAN

Assalamualaikum wbt..

Saya mendoakan semoga sahabat-sahabat pembaca blog sakinahms.blogspot.my sentiasa berada di dalam rahmat dan barakhah oleh Allah SWT. Anda Kaya, Bahagia, Berjaya dunia akhirat.

Kita dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.

Pada 3 June 2016 yang lalu, saya berkesempatan bersiar-siar bersama adik, Siti Aisyah ke Pantai Batu Hitam.

Sebelum ni, asyik ke Pantai Pelindung je (Boleh baca di sini). Sekali sekala, kita ubah angin lah pulak kan.

Memandangkan kereta kuning saya dah bertukar pemandu, so sekarang saya jarang keluar rumah seperti dedulu.

Si kuning, abang bawak pi kerja. Kereta dia, di beri kepada abang yang sulong. Kereta si abang yang sulong ada kat rumah. Saya tak reti nak bawak sebab besar sangat. Huhuhu..

So, sementara kereta bergerak pi kerja.. saya ambil kesempatan selepas subuh untuk terapi diri dalam 1 jam 30 minit.

Ok, tak pe lah. Kisahnya pagi ni bukan nak cerita pasal kereta.

Saya nak share keindahan alam ciptaan Allah di Pantai Batu Hitam nie.

Kenapa pantai ini diberi nama Batu Hitam. Bunyi nama, cam buruk je. Apa ada pada batu hitam?

Sebelum ni, itu yang saya fikir.. dan saya pernah datang beberapa kali, tapi tak pernah turun ke pantai. Sekadar, lepak-lepak ambil angin pantai dari jauh. So, nampak semua hitam lah. Hihihi.

Semalam dalam sejarah, saya turun ke gigi air. Memijak batu-batuan yang dikatakan hitam tue. Memang unik dan sangat cantik batu, khazanah alam nie.

Ia bukan semata-mata warna hitam. Tapi, ada corak yang sangat menarik.

Air pantai pun jernih je pada pagi tue.

Ditambah dengan cahaya mentari pagi yang mula menapakkan bentuk dan sinarannya yang mengasyikkan.

Semasa saya sampai di sana, ada seorang lelaki sedang merakamkan saat-saat  matahari terbit terpacak berdiri di atas timbunan batu hitam tue.

Jom! saya tunjukkan beberapa keping photo yang sempat saya rakamkan untuk tatapan bersama.

Menara peninjau. Tak dapat naik, sebab masih berkunci.
View di Pantai Batu Hitam.
Semua batu berwarna, tetapi sangat unik bila berada di dalam air pantai.

Batu hitam dan merah di dasarnya.
Matahari mula terbit.
Sempat berselfie dengan adik. Dan berlatar belakangkan seorang lelaki yang sedang asyik merakam view pagi.
Adik je lah yang jadi model hari nie.
Adik lagi. Si kakak tak ikut. Dia lebih sayangkan selimut. Hihihi. 


Ruangan parking yang sangat luas.
Pandangan mentari pagi di celahan pokok kelapa dan menara tinjau.
Oh, ye.. tadi, nak ke toilet (jam 6.15am). Tapi, terpaksa ke masjid berdekatan sebab toilet kat sini bukak jam 7 pagi.

So, jangan risau kat sini ada toilet dan surau serta ruang berpicnic untuk keluarga (Boleh diguna selepas jam 7.00am ye). Ada jugak kedai makan untuk lepak-lepak sambil minum air kelapa bersama keluarga dan rakan-rakan.

Hujung minggu, pantai ni memang sentiasa full dengan pengunjung.

Ok, kitorang dah kena gerak balik. Sebab, abang nak pi kerja pulak.

I will miss this moment. Bau pantai, masa pagi yang syahdu dan menenangkan. Saya akan rindukan saat nie.

I love nature !

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

Ingin menjana pendapatan dari rumah. Atau sebagai pendapatan tambahan keluarga melalui perniagaan online?

Sila download ebook di bawah ini. Ebook yang akan memberi pendedahan awal kepada anda bagaimana memulakan perniagaan pertama anda.

Atau hubungi saya, Sakinah : 019-916 4276 untuk bantuan khidmat nasihat masalah kewangan dan kesihatan anda dan keluarga.


"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

Apa Komen Anda

Google+ Followers

 

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Kepakaran Saya:

Memberi khidmat kesihatan menyeluruh berasaskan amalan produk semulajadi, selamat & halal dengan keizinan Allah SWT. Setiap langganan vitamin dari kami, anda layak mendapat :-
- Jadual Makan Vitamin
- Konsultansi Percuma berterusan
- Jemputan ke group facebook exclusive
- Peluang menjana income dengan Shaklee
Whatsapp/ Telegram :- 019-916 4276
Emel : sakinahmatsaid@gmail.com

Rakan Blog

Disediakan oleh Zulfa Technologies. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared by Zulfa Technologies