Sunday, 5 June 2016

MELIHAT MATAHARI TERBIT DI PERKAMPUNGAN NELAYAN, PANTAI PELINDUNG

Selamat Pagi, dari Pantai Pelindung.
Assalamualaikum wbt dan salam 30 Syaaban 1437H.

Apa khabar?

Saya mendoakan semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan berbahagia di samping keluarga tercinta.

Kita dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab. InsyaAllah.

Hari ni, saya nak kongsikan kepada sahabat permandangan dinihari ketika melihat matahari terbit dan berjogging di persisiran Pantai Pelindung.

Ada beberapa perkara menarik untuk tatapan anda yang ingin datang ke sini.

Kebiasaannya saya akan keluar dari rumah sekitar jam 6.00 pagi (seusai subuh) untuk menikmati pukulan ombak pagi, bau-bau pantai dan menghayati warna-warni alam ketika matahari muncul.

Matahari mula terbit.
Ia satu nikmat yang sangat bermakna buat saya..

Dikala orang lain berlumba-lumba ke tempat kerja, saya pulak ke pantai untuk terapi pagi.

Alhamdulillah.

FYI, foto di bawah ni diambil pada hari berbeza-beza. 

Bot-bot kecil nelayan.
Yang ni, foto di ambil hari lain. Nelayan bekerjasama menurunkan bot ke laut.
Adik dah jauh ke depan meninggalkan saya yang asyik duk ambil gambar. Hehehe..
Jogging Time..

Hasil snapshot adik. Not bad dalam keterpaksaan. Hahaha.
Pandangan hujung Pantai Pelindung.
Tiba-tiba adik nak terkucil.. Panik sekejap saya. Nasib baik ada toilet.

Adik tiba-tiba nak terkucil.. tak sangka ada toilet. Dah berkali datang sini.
Hari ni, baru tahu kewujudan toilet sebab nak guna. Kalau tak.. memang tak tahu. Hehehe.. Ok, lah. Bayar RM0.30. Tandas awam, tak berkunci.
Anda akan terjumpa banyak lubang macam ni, sepanjang persisir pantai. Jangan takut.. Ni, lubang ketam. Bukan ular taw.
Selain itu, ada kedai makan jugak berdekatan pantai nie. Iaitu Kedai Pawana Tom yam.

Pandangan matahari dari Kedai Makan Pawana Tom yam.
Promosi Berbuka puasa di bulan Ramadhan. Ada contact no. Boleh lah cuba ye, if  berminat. Saya belum try lagi. Dekat sangat dengan rumah. Dan orang selalu ramai.
Maybe, one day boleh try.
Pandangan hadapan kedai.
Matahari dah naik terpacak atas kepala. Sekitar jam 7.30pagi.
Ini, hari berbeza jugak. Sekitar jam 11tengah hari. Tempat duduk bawah pokok.
Kanak-kanak duk bermandi-manda di tengah hari yang terik. Relax je, dorang asalkan happy.
Inilah sedikit sharing dari saya, pemandangan di sekitar Pantai Pelindung.

Yang mengambil masa 15 hingga 20 minit dari Tunas Manja Jalan Beserah.

10 minit dari stesen minyak Petron berdekatan tapak pasar malam Beserah atau Pasar Segar Beserah.

Selamat mencari dan enjoy ur trip untuk jogging, makan atau mandi-manda.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

Ingin menjana pendapatan dari rumah. Atau sebagai pendapatan tambahan keluarga melalui perniagaan online?

Sila download ebook di bawah ini. Ebook yang akan memberi pendedahan awal kepada anda bagaimana memulakan perniagaan pertama anda.

Atau hubungi saya, Sakinah : 019-916 4276 untuk bantuan khidmat nasihat masalah kewangan dan kesihatan anda dan keluarga.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment