Friday, 3 June 2016

KASIH IBU & AYAH SEHINGGA KE SYURGA

Assalamualaikum wbt..

Dulu masa kecik sampai ke besar, saya dijaga oleh emak dan ayah.

Saya nak kemana-mana bebas tanpa halangan walaupun dorang bising sebab saya selalu pi berjalan, maghrib baru nampak batang hidung. Hehehe..

Ini kisah masa kanak-kanak. Hidup dalam ladang kelapa sawit, sungai, air terjun, paya, belukar itu mainan saya.

Emak ayah tak pernah manjakan saya dengan mainan baby dolls ke apa-apa lah jenis mainan yang tak rock tue.

Saya lebih suka panjat pokok rambutan, pokok jambu, makan buah rambutan. Main ala-ala tarzan terjun dalam alur paya (air bersih).

Main jugak pondok-pondok. Tapi, main betul-betul lah. Masak pasir dalam kuali. Hahaha.. Tak tahu lah kawan sepermainan ku ingat tak lagi.

Ikut emak pi redah sungai cari anak-anak ikan dan udang sungai yang sangat manis dan lazat. Sambil cari rebung muda.

Kena gigit lintah berekor-ekor naik ke betis. Menangis sebab geli. Emak lah yang tenangkan. Emak lah cungkil buang.

Namun tak pernah serik. Masih ikut walau kemana-mana.

Kadang, ikut abang-abang pi tangkap burung. 

Heaven.. Indahnya, zaman itu.

Tak pernah ada rasa takut.

Bila meningkat dewasa, hidup mula berubah. Perwatakkan pun mula pasif. Mula jadi anak dara. Tak merayap merata-rata dah melainkan untuk tujuan pelajaran je.

Banyak masa dihabiskan untuk merantau sendiri. Emak ajar saya sekali je naik bas ke bandar Kuala Terengganu.

Mulai saat itu, saya mula berdikari.

Mintak izin emak dan ayah nak balik kampung, nak pi bandar cari buku rujukan, alat tulis. Emak tak pernah halang. Saya tak de kakak. Hanya ada abang je.

Abang pun dah besar. Dah tak boleh jaga adik dia. Masing-masing sibuk.

Bila meningkat dewasa sikit lagi, saya masuk asrama. Saya semakin jauh dari family. Sibuk kejar masa depan. Amat jarang berhubung sebab save bajet. Sekali sebulan. Kononya, lah..

Ujian Allah pada waktu itu, saya mula berjinak-jinak dengan cinta. Boleh pulak call hari-hari. Teruknya saya suatu masa dahulu. Berhabis duit untuk to up semata bergayut dengan lelaki bukan mahram entah pape.

Terlalai menagih cinta manusia. Akhirnya, kecundang di tengah jalan selepas kematian arwah abang. Saya sendiri yang memutuskan kerana baru ku sedar dari lena yang panjang. (Alhamdulillah, saya masih mampu pelihara maruah diri).

Cinta manusia hanya melalaikan dan melekakan jiwa remaja yang ingin dimiliki dan dicintai. Sakit kehilangan arwah abang lebih sakit dari hilang lelaki yang tiada ikatan sah pape.

Selepas itu, saya amat serik untuk bercinta lagi. Walau ramai jejaka yang hadir mencuba nasib. Ada yang straight the point. Tak berselindung. Ada yang mengayat macam ulat bulu. Macam-macam ragam lelaki.

Sehingga lah berjumpa dengan someone tanpa dipinta sehingga ke hari ini masih setia menanti. Diakah jodohku.. saya serahkan kepada Allah yang menentukan. (Doakan kami bersatu hingga ke syurga).

Walau macam mana pun saya, emak sentiasa setia di sini. Mendoakan kebahagiaan anak-anaknya.

Selepas itu, dari satu destinasi ke satu destinasi terokai dan redah.

Namun kasih sayang emak dan ayah tak pernah pudar. Tak pernah berkurang sehingga ke saat ini.

Dilepaskan burung terbang bebas.

Akhirnya burung itu pulang semula ke sangkar. Menjaga emak dan adik-adik pulak. Setelah arwah ayah disahkan sakit kencing manis pada tahun 2014. Emak pun sama.

Terima kasih, kepadaNya yang memberi nikmat dan ujian hidup lampau sebagai pedoman dan pengajaran hidup masa depan.

Pesanan buat anak-anak muda di luar sana terutama anak gadis, bebas lah kamu membentuk diri walau kemana-mana. Tapi, sentiasa ingat batas pergaulan. 

Jaga maruah diri dan keluarga.

Usah terpedaya dengan pujuk rayu lelaki yang hanya ingin memainkan anda. Jika mereka serius, mintak berjumpa emak dan ayah terus.

Jika kurang yakin, beristikharah lah. Itu sebaik-baik petunjuk dan jalan yang diredhai Allah.

Saya pernah terleka, saya tidak mahu anda pun melalui masa silam saya kerana bermula dengan rasa ingin mencuba dan dimiliki.

Aku tertewas dengan pujuk rayu syaitan dalam diri. Bukan salah si dia yang ku kenal atau mereka yang memperkenalkan.

Andai coretan ini mengguris atau melukan hati sesiapa, ku mohon maaf dari hujung kaki ke hujung rambut.

Niatku hanya satu, iaitu peringatan kepada remaja di luar sana, terutama ummat islam, ummat akhir zaman ini.

Sekian, wassalam.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS

019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment