Friday 29 March 2019

BUAT PART TIME MOBILE SPA UNTUK 7 ORANG, DAPAT RM750++

Dapat RM750++ untuk servis Mobile Spa
7 orang pelanggan.
Assalamualaikum wbt.

Salam Jumaat yang barakhah.

Pagi ni Kinah nak share pengalaman Kinah sendiri buat Mobile Spa kepada pelanggan-pelanggan Kinah secara Part Time.

Asyik duk share keseronokkan Alumni TWB je buat duit, kan. Nak lah jugak Kinah share keterujaan Kinah berbuat duit segera hanya secara Part Time.

Untuk makluman korang, Kinah mempunyai anak kecil yang berusia 1 tahun 6 bulan (05 April ni, cukup 1 tahun 7 bulan). Emak dan sedara-mara jauh nun di Terengganu. Mertua Kinah pulak kurang sihat.

Jadi Kinah tak yakin nak tinggalkan anak kecil yang masih menyusu badan kat sesiapa.

Solution Kinah, mintak kerjasama en.suami untuk jagakan anak setiap kali Kinah buat servis Spa.

Pada permulaan Kinah pernah jugak bawak anak 2, 3 kali ke rumah pelanggan. Tapi, Kinah sendiri tidak selesa. Sebab sekarang anak Kinah dah pandai explore. Jap lagi customer nak ber Me-Time, dah jadi lain. Sebab anak kita sepahkan rumah. Hehehe.

Lagi pun, selalunya Kinah buat servis Spa paling lama pun 2 jam setengah untuk Full Body Treatment. Kalau Facial Relaxing, dalam 1 jam setengah cam tu je lah. Quick Facial pulak 1 jam. Selalu buat Quick Facial lebih dari seorang. Itu yang jadi 1 jam untuk 2 orang pelanggan.

Macam Kinah cakap lah, Kinah buat pun Part Time. Bukan full time.

Alhamdulillah, syukur rezeki dariNya. Dapatlah RM750++ untuk 7 orang pelanggan berdekatan area Kuantan. Masa ni, Kinah masih baru sangat dalam servis Mobile Spa. Ada rasa kurang confident lagi. Tapi, once dah start hilang semua darah gemuruh tue. Tambah bila tengok result pelanggan. Lagi lah seronok.

Servis Mobile Spa di SMK Garuda, Kuantan. Ada Cikgu nak buat Quick Servis. Asal sorang, dah jadi dua orang. Masa ni tak de air. Tapi, skill Mobile Spa senang je. Even tak de air. Kita dah siap sedia cam mana nak buat servis. Tak kisah kat mana-mana. Dah nama Mobile. Servis Spa bergerak kan. 


Pelanggan asal nak buat facial, hand dan foot spa sahaja. Dengan ilmu marketing yang diajar dalam group, Kinah terpaksa servis pelanggan full body treatment. Tambah servis Mandian Aura susu dengan urut lulur. Alhamdulillah rezeki Azzahra.

Pelanggan ni ada anak bersekolah. Kebetulan Kinah dan husband available, boleh lah adjust ikut masa dia. Sebab tu Kinah kata Mobile Spa ni demand tinggi. Ramai wanita nak cantik tapi ada banyak kenkangan seperti anak kecik, anak bersekolah dan tak de orang boleh jagakan anak semasa ber Spa.

Servis pelanggan Facial Glowing & Relaxing. Dia booking untuk next day servis. Ikutkan Kinah tak free. Tapi, disebabkan dia nak sangat. Kinah adjustkan masa untuk dia. Alhamdulillah.
Yang ni pulak, servis Mobile Spa kat Kempadang. Kita deal ikut persetujuan keadaan dua-dua pihak. Alhamdulillah, dapat pelanggan-pelanggan yang memahami, kita usahakan yang terbaik buat dia. Pelanggan dah siap bank in bayaran penuh sebelum datang servis lagi.

Pelanggan ni repeat servis Spa dengan Kinah. So, Kinah bagi dia Free Gift Face Steaming. Dia upgrade servis Facial Premium dengan Kinah. Biasa dia buat Facial Relaxing je. Tapi, kali ni dia upgrade untuk add on Serum Anti-aging. Alhamdulillah.

Pelanggan dari Air Putih, nak buat Facial Luxury Secret. Semasa treatment, dia upgrade servis jugak. Settle lah gosok-gosok dalam 1 jam setengah RM120. Kiranya, exact time tak de lah menggosok sepanjang masa 1 jam 30 minit. Kita akan ajar skill ni semasa training nanti.
Haa ! ini lah sedikit sharing pelanggan Kinah. Ada yang mulut ke mulut. So, tak de lah rekod screenshot.

Pelanggan lena diulit music spa sambil di urut-urut manja. So, kita selfie sekeping dua. Hehehe.

Masker time. Kita selfie dulu lah.
Mandian Auraseri pengantin. Kat rumah pelanggan tak de bath tab. No problem asalkan ada baldi dah membantu. Ini masa permulaan servis. Ada beautician yang bawak semua kelengkapan sendiri. Papepun, itu atas bajet dan effort masing-masing.

Selfie dulu sementara tunggu scrub kering. Untuk kesan yang lebih baik kita biarkan beberapa minit.

Tunggu masker kering, kita selfie dulu.

Pelanggan siap tertidur sementara tunggu masker keirng.

Nak servis Spa, pun boleh wasap Kinah. Kita deal ikut masa yang available.

RM750++ bukan nilai kecil di zaman sekarang ni.

Dah boleh buat bayar installment kereta taw.

Alhamdulillah, syukur kepadaNya. Dengan duit ni, Kinah wat belanja emak dan adik-adik Kinah kat kampung.

Pernah sekali adik Kinah accident motor dengan lembu masa nak pi ambil adik kembar Kinah balik sekolah. Orang kampung jumpa dia dalam keadaan tak sedarkan diri, mulut berbuih. So, terpaksa bawa ke hospital. Adik Kinah kena admit kat wad. Emak tepon perlukan duit nak wat bayar bil hospital.

Terkejut Kinah masa emak call cerita keadaan adik masa tue. Hati memang menangis lah. Hati tisu kan. Tapi, masa emak call tak tunjuk lah sedih. Depan emak, hati Kinah kental Belakang hanya Allah je yang tahu.

Kebetulan Kinah pulak baru je buat servis Spa. Kiranya rezeki emak Kinah, dengan servis Spa ni Kinah boleh bagi Instant Cash. Walau tak banyak mana, dapat lah melunaskan beberapa perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian kita.

Kinah percaya ramai wanita di luar sana dibelenggu oleh masalah kewangan.

Nak bayar yuran sekolah anak, yuran PIBG, yuran kelab dan persatuan. Semua perlukan duit.

Nak beli buku dan peralatan persekolahan anak-anak, setiap hari ada je nak beli barang. Kita mana taw kan. Walau nilai RM5 sahaja. Ia tetap melibatkan duit.

Duit belanja harian sekolah anak-anak lagi. Kalau pagi sekolah, petang sekolah, malam tuisyen. Dah berapa RM kan. Bayangkan mereka yang ada anak 3, 4 orang. Sehari dah berapa duit belanja kan. Even kita sediakan bekal sendiri kat dorang. Tetap menggunakan duit.

Ada yang nak beli barang dapur pun sesak. Beras, ayam, ikan dan berapa RM sekali beli. Pastu, makan setiap hari. Walau kita cuba bajet macam mana sekali pun, setiap hari tetap kena makan kan.

Kita mungkin boleh ikat perut. Tapi, anak-anak kecik yang tak tahu apa-apa. Takkan nak ikat perut dorang jugak. Kalau dah terdesak, tersepit memang terpaksa lah kita kentalkan hati. Tapi, sampai bila.

Itu belum sentuh lagi bab anak demam, pening, sakit muntah secara tiba-tiba.

Macam sekarang ni, musim panas dan udara kurang sihat. Kalau anak dah tak cukup zat dari pemakanan. Agak-agak cam mana daya tahan mereka?

Anytime boleh berjangkit dan jatuh sakit.

Kinah mintak maaf lah ibu-ibu semua. Kinah tak mintak ianya berlaku kepada keluarga ibu-ibu. Apatah lagi keluarga Kinah sendiri.

Tapi sebagai sorang wanita, sorang ibu.. pasti kita inginkan yang terbaik buat anak-anak kita kan.

Sebagai contoh terdekat, apa yang berlaku di Pasir Gudang, Johor beberapa minggu yang lalu.

Pencemaran sisa bahan toksik yang telah meragut beberapa orang nyawa yang tak bersalah. Dan kesan pencemaran ini juga Pasir Gudang diisytiharkan darurat. Ratusan penduduk dimasukkan ke hospital akibat kerakusan dan ketidak bertanggungjawaban hati-hati manusia kejam.

Ini semua berlaku secara tiba-tiba.

Kalau ada duit simpanan dan kecemasann, InsyaAllah sedikit sebanyak dapat kurangkan bebanan kita di saat diujikan.

Kinah memang tak boleh sebut pasal anak, emak dan keluarga. Kinah hati tisu. Sebab Kinah sentiasa inginkan yang terbaik buat mereka.

Sebab tu lah jugak Kinah buat bisnes Mobile Spa The Walking Beauty (TWB) ini.

Dan Kinah ingin mengajak rakan-rakan wanita semua untuk turut serta bersama team kami. Kinah dah buat banyak bisnes. Tapi, TWB ni sangat berbeza.

Sebab ada 6 penjuru income. Satu daripadanya Instant Cash Mobile Spa.

Jom ! tonton video di bawah ini :


Amacam menarik kan Mobile Spa The Walking Beauty (TWB) nie. Korang boleh jugak  baca pelbagai kisah-kisah menarik TWB di sini : Mobile Spa TWB Ideal untuk semua golongan wanita dan Juga Bagaimana Peroleh 10 Pelanggan dalam masa Seminggu?

Jom! daftar sekarang. Whatsapp : 019-9164276 untuk details pendaftaran Training anda.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

No comments:

Post a Comment